Bersama ini dikongsikan beberapa gambar sebagai pengenalan untuk berkongsi pengalaman dan cerita semasa mengerjakan umrah tempohari. Banyak sekali pengajaran dan pengalaman yang akan dinukil diblog ini untuk sama-sama dikongsi bersama rakan blogger sebagai wadah ilmu dan persediaan bagi rakan blogger yang lain untuk mengerjakan umrah di tanah suci Makkah dan Madinah.
Anak unta yang jinak |
kelihatan unta di ladang di tepi suasana gurun di Hudaibiyah |
Ini adalah pengalaman ziarah di ladang unta di Hudaibiyah di pinggir bandar Mekah Al Mukaramah, kira-kira 30km jaraknya. Di sini adalah salah satu tempat miqat iaitu tempat untuk berniat ihram.
Susu unta segar dimana dijual dengan harga SR5 sebotol / 200ml |
Hudaibiyah adalah salah satu tempat yang menjadi sejarah penting kepada perkembangan Islam di mana, di sinilah tempat berlakunya Perjanjian Hudaibiyah di antara Kaum Musyrikin Mekah dan Rasulullah SAW yang membawa kepada perkembangan Islam sehingga kini. Pada tahun tersebut telah berlaku satu perjanjian di mana rombongan Rasulullah SAW dan para sahabat daripada Madinah telah tidak dibenarkan masuk ke Makkah oleh kaum Musyrikin Makkah dan terpaksa balik semula ke Madinah setelah 12 hari berjalan kaki dari Madinah. Ia juga membawa kepada berlakunya tahallul tanpa ihram di sini.
Tanah Hudaibiyah dikatakan telah menjadi subur dengan izin Allah SWT setelah berlakunya sembelihan korban selepas perjanjian Hudaibiyah. Dahulunya ia adalah tanah dan gersang dan sekarang dapat di lihat ia bagaikan lembah yang subur di tengah gurun dan banyak terdapat ladang unta dan lain-lain.
Di sebalik peristiwa Hudaibiyah ini juga telah membawa kepada peristiwa kejayaan Islam menawan Makkah pada tahun berikutnya di mana telah berlaku iaitu mana-mana penduduk yang memeluk Islam dibenarkan terus tinggal di Makkah dan mana-mana yang tidak ingin memeluk Islam hendaklah meninggalkan Makkah dan tanah haram untuk tinggal di tanah halal. Ia menjadi titik momentum yang besar kepada perkembangan Islam dan mengislamkan penduduk di Makkah.
Begitu banyak sekali peristiwa dan sejarah penting yang telah berlaku di sebalik peristiwa Perjanjian Hudaibiyah yang penuh hikm,ah.
sesungguhnya Umrah dan ziarah benar-benar membawa kita kembali merenungi dan menginsafi betapa sukarnya Rasulullah SAW menegakkan agama Islam dengan bukan sahaja cabaran secara fizikal atau geografi yang sungguh mencabar tetapi juga cabaran dalam membentuk dan menawan sikap orang quraisy dan lain-lain kaum pada masa itu dengan pelbagai macam ragam sikap dan perangai serta karenah. Namun ia tetap diharungi dengan sabar dan tabah demi Islam tercinta.