nuffnang adv

lazada adv

Sunday, April 25, 2010

Hebatnya AL MULK

Daripada Anas Ibnu Malik berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesunggunya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meningga dan tiada bersamanya sedikitpun daripada kitab Allah (AL QURAN) kecuali "Tabaarakallazi..." (Surah Al Mulk). Maka apabila ia dimasukkan ke dalam kubur, datanglah kepadanya Malaikat. Maka surah itu (al Mulk) telah menahan wajahnya dan Malaikat berkata kepada surah itu, "sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu, sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu (al Mulk) dan kepada dia (si mati), dan kepada saya kemudharatan atau kemanfaatan. Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia (si mati), pergilah menemui Allah swt. Lalu surah itu pergi menemui Allah swt dan berkata: " Wahai Tuhanku, si flan ini (si mati) dia telah memilih saya dalam kitabMU dan dia pelajari saya dan dia membaca saya, bolehkah wahai Allah swt, Engkau membakarnya dan menyeksanya? walhal saya didalam dadanya. Maka jika Engkau ingin berbuat demikian, jadi padamlah saya dari kitabMU. Dan Allah swt berfireman: "Aku nampak kamu (surah AL Mulk) marah". Dia (surah) menjawab: "sesungguhnya saya marah". Allah swt berfirman: "Pergilah, sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi syafaat ke atasnya".

Nabi bersabda: "Surah itu datang kepada malaikat dan memaksa Malaikat keluar dari kubur tanpa melakukan apa-apa pada si mati".

Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut si mati yang sentiasa membaca aku dan mengucapkan selamat datang kepada dada yang sentiasa menghafal dan menjaga aku. dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri dan membaca aku.

Maka surah itu bersama si mati dalam kuburnya supaya dia (si mati) tidak merasa kesunyian.

Anas berkata: "Apabila Nabi saw khabarkan hadis ini, maka tiada seorangpun sama ada yang kecil mahupun yang besar, hamba mahupun tuan kecuali dia mempelajari ini. Dan Nabi saw memanggil surah ini Al Munjiah iaitu Yang Menyelamatkan.

(Hadis Riwayat. Ibnu Kathir)

Rumusan

Begitu besar sekali fadilat dan syafaat oleh ayat-ayat ALlah swt dari surah AL MULK. sama kita ambil iktibar untuk membacanya dengan lebih kerap dan sebaiknya kita menghafalnya dan kita sampaikan dan galakkan anak dan isteri kita untuk menghafal sama.

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...