Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) menuntut agar pilihan raya dan politik yang bersih tanpa diganggu dengan ancaman-ancaman yang bertentang dengan ajaran Islam.
Sejajar dengan sistem pilihan raya demokrasi yang diamalkan di Malaysia, ILMAM berharap agar pilihan raya umum ke-13 yang telah rancak bermula seawal pembubaran Parlimen dan penamaan calon yang akan diadakan pada hari Sabtu, 20 April dan pembuangan undi pada 5 Mei ini menepati ciri-ciri dan pengamalan berdasarkan kehendak agama Islam.
ILMAM juga mengutuk sekeras-kerasnya politik melampau yang mencerminkan akhlak dan jati diri sebagai seorang Muslim yang keterlaluan seperti yang berlaku akhir-akhir ini apabila politik lucah dan mengaibkan cuba digunakan sebagai cara menentang musuh.

ILMAM menyeru seluruh warga lepasan Mesir terutama 'warga Azhari' dan graduan Al-Azhar untuk menerangkan kepada seluruh rakyat di Malaysia sama ada Muslim atau non-Muslim untuk menolak politik yang keterlaluan dan bertentangan dengan adab dan nilai moral masyarakat amnya.
Menghormati semangat demokrasi rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama adalah menjadi kewajipan.
Di samping itu, ILMAM berharap kempen pilihan raya yang akan bermula dalam pilihan raya umum ke-13 tidak akan dikotori oleh pelbagai ancaman yang bertentangan dengan norma tatacara dan akhlak.

Rakyat di Malaysia juga perlu bijak di dalam memilih pemimpin di dalam pilihan raya kali ini bagi membawa Malaysia sebagai sebuah negara berkebajikan dan disenangi rakyat.
MOHD ASRI MAT DAUD timbalan presiden Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM). Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment