Kempen pilihan raya umum ke-13 memasuki hari kelima semakin rancak dan bahang kerusi 'panas' DUN Ayer Hitam, Jerlun yang diwakili Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, semakin dirasai.
Darjahnya dilihat meningkat apabila pemasangan bendera merentangi jalan, penyebaran risalah, menampal poster Mukhriz dan calon BN lain serta menggantung kain rentang memenuhi jalan di kawasan DUN dan parlimen itu.
Berbanding sebelum penamaan calon, tinjauan Malaysiakini setakat semalam mendapati hampir keseluruhan jalan memasuki Ayer Hitam - dari jalan Alor Setar-Simpang Empat-Kangar - dipenuhi poster, bendera serta banting wajah Mukhriz berbanding calon PAS Abdul Ghani Ahmad.
Boleh dikatakan hampir tiada pokok yang terlepas daripada bahan kempen BN dan seorangpetugas PAS Majlis Tindakan DUN (MTD) yang ditemui semalam bagaimanapun berkata ia tidak melemahkan semangat jentera yang dididik dengan kesabaran dan semangat jihad.
Malah, katanya,rakyat setempat sedar kemampuan BN menyediakan bahan kempen 'agresif' seperti itu berbanding mereka bergerak seadanya tetapi dengan semangat perjuangan yang tinggi tanpa balasan.
Kempen agresif BN turut diterjemahkan dengan 'mengangkut' orang ramai ke majlis perasmian peletakan batu asas cadangan pusat sukan dalam parlimen Jerlun oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi semalam (Selasa).
Beberapa buah bas disediakan untuk tujuan itu termasuk berbondong-bondong pemuda berkonvoi motosikal ke tapak projek tersebut sambil memakai baju dan mengibarkanbendera BN. Kira-kira 2,000 yang hadir pada majlis itu.
Manakala, risalah wajah pemimpin Pakatan Rakyat yang menganggotai "Kabinet Rakyat 2013" dan buku kecil setebal 108 muka surat bertajuk "Mengapa kami tinggalkan Anwar" mengenai bekas sahabat dan pemimpin PKR yang meninggal ketua umumm PKR itu, turut ditemui dan dibaca oleh hadirin dalam majlis itu.
Tidak cukup dengan itu, pejabat Umno Jerlun, turut meletakkan satu risalah mengenai lima sebab utama pengundi perlu menyokong BN dan menolak Pakatan Rakyat.
Hal demikian mengundang tandatanya sama ada 'lemahnya' jentera PAS di kawasan DUN itu. Bagaimanapun 'kegusaran' itu ditangkas petugas itu sambil menegaskan bahawa jentera bergerak dalam keadaan senyap "tak mahu menang sorak, kampung tergadai" dan mengikut kemampuan.
"Fasa kempen kami berterusan siang dan malam. Kami turun siang malam. Risalah dan manifesto Pakatan diedarkan di kawasan nat (pasar sehari). Hari ini (semalam) saja, satu kumpulan seramai 20 orang bersama Ustaz Ghani beramah mesra di pekan Ayer Hitam.
"Sebelum penamaan calon lagi kita dah mula edar risalah. Di Kampung Telaga Batu, Kampung Melele, dan di DUN Kota Siputeh. Semua habis diedar. Pagi tadi adalah pusingan kedua," kata petugas parti PAS yang tidak mahu namanya disebut.
Dianggarkan lebih 300 risalah termasuk buku kejayaan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah telah diedar kepada penduduk di kawasan DUN Ayer Hitam pagi semalam.
Kawasan Jerlun mempunyai 100 cawangan PAS , merangkumi 61 buah dalam DUN Ayer Hitam dan bakinya dalam DUN Kota Siputeh.
Tekad Muhkriz merampas DUN Ayer Hitam serta mempertahankan parlimen Jerlun dan DUN Kota Siputeh tergambar dalam ucapannya sewaktu majlis perasmian pagi tadi termasuk menyenaraikan rekod pencapaian pembangunan yang diusahakan beliau dan wakil rakyat.
"Dalam masa lima tahun ini, bukan setakat saya (saling) kenal mengenali (dengan rakyat) tetapi sudah sayang menyayangi antara satu sama lain.
"Kerja buat saya selama lima tahun, maka saya boleh bergantung sebagai rekod pencapaian saya dan juga kepada calon-calon lain," katanya sambil membidas kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang didakwanya gagal mentadbir negeri itu.
Sungguhpun begitu, rata-rata masyarakat tempatan yang ditemui Malaysiakini di situ mengakui 'bukan mudah' bagi anak lelaki mantan perdana menteri itu bertapak di situ sekalipun merupakan ahli parlimen Jerlun sebelum ini.
Rata-ratanya mereka termasuk pengundi atas pagar meletakkan peluang 50-50 antara Mukhriz dan Abdul Ghani bersaing bagi kerusi tersebut.
Namun, 'rahsia umum' yang menjadi buah mulut di Jerlun kononnya berlaku 'pepecahan dalaman' antara beberapa pemimpin kanan bahagian Umno itu sehingga dikatakan berlakunya 'pergaduhan' kerana wujudnya 'cantas-mencantas' menjadi calon pada saat-saat akhir.
Oleh yang demikian, ia dilihat menyulitkan lagi peluang Mukhriz yang berpindah ke kerusi DUN dengan mesej untuk dicalonkan menjadi menteri besar Kedah jika BN menang dua pertiga majoriti.
Pada masa yang sama, ia berkemungkinan memberi kelebihan kepada Abdul Ghani hasil kekecewaan kumpulan calon yang tidak terpilih dengan memberikan 'undi protes' kepadanya yang juga bekas exco kerajaan negeri.
"(Pergolakan) ini memberikan satu tamparan hebat (kepada BN). Ia memberikan satu undi protes. Ini mungkin memberi kemenangan kepada PAS.
"Dan pemimpin Umno (yang tidak terpilih) tidak senang apabila mereka tidak diberi tempat," kata Abdul Ghani yang ditemui Malaysiakini sehari sebelum penamaan calon.
Menetap bersama akar umbi memberi kelebihan pada Abdul Ghani menyelesaikan pelbagai isu masyarakat setempat dengan segera termasuk menghadiri kenduri, menziarahi kematian, apatah lagi beliau adalah bekas exco kerajaan negeri.
Ia sekaligus memudahkan penerimaan rakyat terhadapnya berbanding Mukhriz yang berada di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kuala Lumpur.
"Sambutan terhadap Ustaz Ghani (baik) khusus kaum Cina. Beliau juga turun padang, buat konvoi dan santai anak muda dengan buat penerangan tentang isu semasa. Buat pertandingan bola.
"Orang Cina pun mahu berubah. Ada orang Cina berkempen untuk PAS... Tapi tunggu tengok macam mana (keputusan pilihan raya nanti)," katanya petugas PAS yang ditemui di Pusat Khidmat DUN Ayer Hitam.

sumber: Malaysia Kini
No comments:
Post a Comment