nuffnang adv

lazada adv

Sunday, April 28, 2013

Peugeot Serba Baru 208 Lebih Bergaya




Peugeot 208 telah dilancarkan di Malaysia baru-baru ini.
NASIM Sdn Bhd secara rasminya telah melancarkan model Peugeot 208 serba baharu yang dinanti-nantikan untuk pasaran tempatan.
Dua varian terbaharu ini bakal menjadi perhatian berdasarkan gaya yang lebih dinamik, 'sporty' serta dengan sentuhan yang lebih menarik.
Ketua Pegawai Operasi (COO), Datuk Samson Anand George menetapkan sasaran untuk menjual kira-kira 200 unit dalam tempoh sebulan.
"Sebanyak 300 buah unit sudah ditempah dan secara keseluruhan kami menyasarkan sebanyak 8,000 unit tahun ini," jelasnya.
Peugeot 208 serba baharu didatangkan standard bersama enam beg udara dan sistem ESP (Electronic Stability Program) yang menampilkan ABS, EBD, EBA, DSC dan ASR.
Antara ciri-ciri keselamatan lain termasuklah Hill Start Assist, dua titik ISOFIX di bahagian belakang untuk kerusi kanak-kanak.
Kedua-duanya dilengkapi enjin 1.6 liter VTi yang menghasilkan kuasa 122ps dan 160Nm tork.
Tork setinggi 140Nm tersedia pada putaran enjin serendah 2,000rpm, menjadikan Peugeot 208 serba baharu sebuah kereta yang responsif dan lebih bergaya untuk dipandu.
Enjin tersebut dipadankan kotak gear adaptif Tiptronic dengan fungsi 'mod sport'.
Di bahagian dalam, skrin sesentuh interaktif bersaiz tujuh inci dengan warna HD yang memudahkan pemandu dan penumpang akses mudah untuk pelbagai fungsi seperti radio, capaian fail muzik melalui sambungan USB serta penyambungan Bluetooth untuk fungsi telefon bebas tangan atau ‘audio streaming’, di samping pelbagai fungsi lebih moden yang tersedia.
Peugeot 208 boleh didapati dalam enam warna menarik – Putih (Digital White), Hitam (Platinum Black), Biru (Virtual Blue), Merah (Rogue Red) dan Perak (Passion Silver).
Model hatchback kompak yang sporty itu turut didatangkan dengan jaminan lima tahun tanpa had kilometer dan akses percuma ke Peugeot Lounge.
Kedua-dua model ini ditawarkan iaitu tiga pintu dan lima pintu, masing-masing berharga pada RM95,888.00 dan RM85,888.00 (harga di atas jalan).
Sejak Disember 2012, Peugeot 208 menjadi mencatat jualan tertinggi di Eropah dalam kategori B-segment.
Manakala pada Februari tahun ini, sebanyak 300,000 telah dikeluarkan di Poissy, Perancis.
-Mstar Online

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...