PUTRAJAYA, 23 April (Bernama) -- Anggota Umno yang dipecat kerana bertanding sebagai calon Bebas tidak akan diterima semula ke dalam parti, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
"Bagi saya, mereka adalah pengkhianat dan tidak berlaku adil kepada anggota parti yang lain. Apabila anda berada dalam parti ini, anda harus sentiasa memperkukuh disiplin parti, anda juga perlu mematuhi perjuangan parti.
"Jika anda melakukan perkara sebegini, ia menunjukkan anda hanya memikirkan kepentingan diri," katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Tengah hari Bersama Penjawat Awam Anak-Anak Kelantan di sini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya Selasa.
Turut hadir pada majlis yang menghimpun hampir 1,000 anak negeri Kelantan itu ialah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Pengerusi Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat.
Umno Isnin memecat 58 anggotanya serta-merta kerana bertanding sebagai calon Bebas di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Antara yang dipecat ialah bekas Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamalia Ibrahim (bertanding di Parlimen Kuala Kangsar), bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Mohd Shariff Omar, yang juga bekas Ketua Bahagian Tasek Gelugor (Parlimen Tasek Gelugor) dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Sepang Datuk Suhaimi Mohd Ghazali (Parlimen Sepang).
Tengku Adnan berkata pencadang dan penyokong calon berkenaan juga akan dikenakan tindakan jika mereka anggota Umno.
Mengulas tindakan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menyertai PAS, Tengku Adnan berkata beliau tidak faham mengapa bekas Menteri Besar Selangor itu berbuat demikian.
"Kita menganggap ia suatu pengkhianatan kerana beliau sudah lama dengan kita dan perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku," katanya.
Menyentuh saingan bagi kerusi Parlimen Putrajaya iaitu Datuk Husam Musa, Tengku Adnan berkata beliau harap Naib Presiden PAS itu tidak akan menggunakan taktik kotor untuk meraih undi.
"Yang terbaik akan menang dan saya berkeyakinan Barisan Nasional akan kekal. Saya dah di sini selama dua penggal dan warga Putrajaya tahu hati budi saya serta jasa Barisan Nasional kepada mereka," katanya.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment