Mohd Rashidi Hassan, |
Pagi Ahad lepas, penulis menerima panggilan dari Wan Zulkifli Wn Muhammad, Pembantu Khas Politik kepada Menteri Besar Kelantan. Beliau yang lebih dikenali dengan nama Haji Wan Zul, memberitahu bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hendak berjumpa di Rumah Kelantan, Jalan Stonor, Kuala Lumpur, jam 10.00 pagi.
Mulanya berasa hendak berehat kerana sudah beberapa hari kesibukan kerana terbabit dalam mobilisasi Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka. Tambahan pula pagi itu hujan membasahi bumi, kesejukan dan keletihan mengakibatkan kemalasan melanda.
Namun panggilan dari Wan Zul, kembali menyegarkan minda. Bergegas ke Rumah Kelantan untuk memenuhi arahan Musyidul Am PAS, lebih utama.
Sesampai di Rumah Kelantan, Tok Guru sudah menunggu. Beliau ditemani Wan Zul dan pengawal peribadinya, Zakaria Deraman (Pok Ya).
Tok Guru tersenyum sambil menjawab salam penulis. Setelah bersalaman dan mencium tangannya, bagi mengambil berkat ulama, penulis duduk disisi beliau. Beliau memakai ketayap putih serta jubah putih dan vest KL112 warna kuning. Lencana R turut tersemat didada beliau.
Menjadi kelaziman bagi MB Kelantan itu jika berkunjung ke Kuala Lumpur, untuk menginap di Rumah Kelantan. Banglo agam dua tingkat itu sudah terbina lama sebelum beliau menjadi MB.
Keadaan di dalam banglo lama itu tidak ubah seperti 20 tahun yang lalu. Masih menggunakan sofa lama, kerusi lama, tidak banyak perabot dan barang-barang perhiasan. Langsirnya juga pun masih kekal seperti dahulu. Jika hendak berubah pun barangkali catnya sahaja.
Tok Guru memang tawaduk, walaupun berstatus MB, beliau sesekali tidak akan membazirkan wang rakyat Kelantan semata-mata untuk keselesaan dirinya.
Penulis teringat tentang pembaziran besar dan pendedahan penggunaan wang jutaan ringgit bagi membaik pulih rumah Perdana Menteri, Timbalan PM dan MB-MB dari Umno. Hidup mereka serba mewah dan membazir.
Bercerita tentang HKR
Tanpa membuang masa Tok Guru menerangkan tujuan beliau memanggi penulis untuk berjumpa. Katanya, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana diberikan kesempatan untuk menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka.
"Saya berasa letih. Letih bukan kerana penat, tetapi letih kerana terlalu gembira dengan komitmen ratusan ribu rakyat berhimpun bagi menuntut keadilan.
"Dua hari lepas (10 Januari) saya menerima banyak ucapan tahniah dan ucapan panjang umur dalam satu majlis khas diadakan di Kota Bharu. Ramai orang doa dan mengucapkan moga saya sentiasa muda termasuk dari kalangan orang Cina. Saya terlalu suka hingga tidak lalu makan," ujar beliau.
Mursyidul Am PAS itu amat terharu dengan komitmen rakyat, walaupun pada beberapa perhimpunan Bersih ada yang cedera dan meninggal, namun mereka begitu berani.
Katanya, sifat tidak takut ini wujud sehingga ramai yang membawa anak-anak untuk hadir di HKR secara aman. Tegasnya, jika dari dahulu lagi kerajaan memberi ruang yang adil kepada pembangkang dalam televisyen dan radio, keadaan tidak berlaku sedemikian.
"Mana ada orang yang sengaja datang dari jauh, tinggal anak-bini, tinggal kerja semata-mata untuk berhimpun.
"Kerja ini sebenarnya lahir dari hati dan cetusan dari kebangkitan rakyat menentang kezaliman. Hal seumpama ini pernah berlaku pada zaman Raja Tsar semasa tercetusnya Revolusi Bolshevik," ujar beliau.
Semangat Tok Guru semakin membara mengenangkan keberanian rakyat berhimpun di HKR. Kegembiraan beliau diserlahkan dengan hasratnya untuk menjamu sekelian pengawal, pengiring dan penyokong PAS yang bersama beliau sepanjang HKR.
"Tok Guru minta saya jemput semua petugas dan penyokong yang mengiringi beliau. Kita bawa 45 orang semuanya, makan dengan Tok Guru disebuah restoran di Jalan Ampang. Petang itu sahaja Tok Guru bayar RM1500.00," kata Wan Zul.
Isu kalimah Allah menjadi perhatian
Menyentuh mengenai isu kalimah Allah, Mursyidul Am PAS itu menegaskan beliau mempunyai pandangan yang sama dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
"Masalah undang-undang (sama ada dibenar atau tidak) kita boleh kemudiankan, yang penting kita berusaha mengelakkan perbalahan sesama Islam dan Kristian," tegasnya.
Tok Guru turut mencadangkan diadakan muzakarah dan perbincangan antara tokoh-tokoh agama dalam negara, bagi membincangkan soal penggunaan kalimah Allah.
Tegas beliau perbincangan tersebut hendaklah dijemput juga tokoh-tokoh agama Kristian, agar sebarang salah faham mengenai isu tersebut dapat di atasi.
Menurut Tok Guru, beliau juga ingin mngetahui mengapa orang Kristian mahu menggunakan kalimah Allah dan apakah rasionalnya di sebalik pegangan tiga tuhan (trinity).
"Bagi kita orang Islam, Allah yang kita imani adalah Allah Yang Esa. Tiada dua, tidak tiga," tegasnya.
Namun bagi, MB Kelantan itu menggesa semua pihak agar tidak mempolitikkan isu kalimah Allah
Tegas beliau, jika penglibatan orang-orang politik boleh memberikan kesan tidak baik, dicadangkan pertemuan di antara cerdik pandai di universiti yang terdiri di kalangan tokoh agama Islam yang layak dengan tokoh Kristian.
"Kalau hendak libatkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang lagi baik.
"Jangan sesekali gunakan undang-undang. Buat larangan sedangkan isu sebenar tidak selesai. Kita harus berdialog," ujarnya.
Menurut Mursyidul Am PAS itu, selain mahu mengetahui pendirian golongan Kristian, mengapa mereka mahu menggunakan kalimah Allah, sedangkan mereka mendakwa mereka tuhan itu tiga (trinity), beliau ingin juga mengetahui dari parti Melayu-Islam Umno, mengapa mereka menolak Islam dan sebaliknya menggambil kebangsaan.
"Mereka jangan sibuk hendak pertahankan kalimah Allah dari diguna orang Kristian sedangkan mereka sendiri menolak Islam yang diturunkan Allah menerusi Nabi-Nya, Muhammad s.a.w.
"Sedangkan Islam ini sudah cukup sempurna dan lengkap, jadi mengapa ada orang Melayu-Islam ambil kebangaan dan menolak Islam? Adakah Islam tidak sempurna?" soal beliau.
Tegas Tuan Guru Nik Abdul Aziz, jika ada kalangan Melayu yang masuk Kristian, bukan kerana paderi sahaja, sebaliknya Melayu itu sendiri yang melonggarkan 'skru' Islam iaitu iman.
Seperti Umno yang menolak Islam, beerti katanya, Umno tidak percaya Islam sebagai ad-Din yang syumul yang mencakupi syariat yang diturunkan oleh Allah.
"Usah hendak sibuk jaga kalimah Allah sedangkan arahan Allah tidak dipatuhi," tegas beliau.
Ulama dan politik
Tok Guru hanya tersenyum sinis apabila membaca kenyataan pemimpin Umno yang mendakwa beliau dan Presiden PAS sebagai ulama politik.
"Saya rasa bersyukur dengan dakwaan itu, kerana orang yang pertama, alim ulama yang pertama menjadi ulama politik adalah Nabi Muhammad s.a.w sendiri.
"Dia menjadi imam masjid, dia yang menandatangani perjanjian dengan Yahudi di Madinah. Kalau Yahudi anggap Muhammad ini 'pak lebai kampung' mana dia hendak terima," ujarnya.
Tegasnya, Nabi Muhammad s.a.w berperanan menandatangani 'Suluh Hudaibiyah', menguruskan kewangan dan mengetuai perakakan 'Fathul Makkah'.
Baginda katanya, melakukan semua tugas politik dan kebanyakan melaksanakan tugas politik di masjid.
"Barangkali orang Umno ini tidak tahu beza antara parti dan politik. Parti lain, sedang semua kerja buat kita berkait dengan politik," ujarnya.
Tok Guru begitu bersemangat bercerita dengan penulis. Banyak topik disentuhnya, termasuklah hasrat beliau untuk menerbitka drama mengenai kisah penghidupan Nabi Muhammad s.a.w sebelum ditabal menjadi Rasul.
Menurutnya, beliau telah meminta Dinsman untuk membuat skrip mengenainya dan pihak Kelantan sedang mengenalpasti beberapa orang artis yang menyertai PAS untuk terbabit dalam pembikinan filem tersebut.
Mudah-mudahan hasrat Tuan Guru Nik Aziz dapat dilaksanakan dengan sempurna. Di kesempatan ini penulis dan seluruh warga Harakah, mewakili ahli PAS di seluruh negara mengucapkan selamat hari lahir buat Tok Guru.
Sesungguhnya kehadiran Tok Guru dalam jemaah ini, merupakan suatu hadiah yang paling besar buat kami, pendokong perjuangan Islam ini.
sumber : Harakah Daily

No comments:
Post a Comment