Ustaz Nasrudin bin Hasan Tantawi, | 23 Feb 2013 |
Rehlah adalah sebahagian daripada ekspedisi yang mempunyai pelbagai aktiviti yang menarik. Apatah lagi jika aktiviti tersebut diatur dan disusun oleh insan yang berjuang, mencari ruang dan medan mendekati diri kepada Allah Taala, Tuhan Yang Maha Mencipta.
Rehlah ‘bergenre' seperti ini biasanya disebut Rehlah Tarbawi. Selain menyatu diri dengan keindahan alam semesta, meredakan ketegangan saraf yang hampir kejang setelah bergelut di medan guna mempertahankan Islam dan usaha mendaulatkannya, rehlah ini juga menenangkan minda dan mendamaikan jiwa.
Lebih bermakna apabila rehlah disertai oleh rakan seperjuangan. Saling memahami malah saling melengkapi. Perkara benar disokong dan dibantu sementara perkara salah, tanpa silu diperbetul dan dipandu. Indah! sungguh indah dunia ini andai semuanya adalah sahabat seperjuangan kita.
Tetapi realitinya tidaklah sebagaimana apa yang saya sebutkan tadi. Ada sahabat yang bersedia menjadi sahabat kita tanpa mengira suka atau dukanya. Saat perlu ia hadir, saat buntu ia mampir. Susah kita resah dia, sakit kita letih dia, sukar kita payah dia, senang kita tenang dia, bahagia kita gembira dia. Demikianlah indahnya bersahabat.
Namun, ada kalanya kita berdepan dengan musuh. Sering mencari salah dan silap kita, justeru itulah pelurunya untuk menembusi jantung hati kita. Bukanlah sukar mereka mahu memahami kita tetapi sengaja buat-buat tidak faham lalu bertindak melulu dan mempertikai apa jua yang lahir dari kita. Tidak tergaris wajah sayang dan kasih sebaliknya apa yang terhambur ialah kebencian dan dendam kesumat.
Lebih malang, kita bertemu kawan atau sahabat pada nilai pertamanya tetapi pantang mendapat kesempatan, segala kepercayaan diragut dan segala kesetiaan dinodai tanpa rasa simpati biarpun sekelumit. Dia boleh tipu kita tanpa berkerut kening. Dia tergamak menikam kita walau dari arah belakang.
Sahabat saya kata, orang macam ini tidak ubah seperti umang-umang. Mulanya kelihatan seperti berkawan dengan kerang atau spesis siput kemudiannya rumah (cengkerang) siput atau kerang itu akan diambil setelah ia dibunuh. Hal ini lebih jelas lagi keyakinan kita jika kita menonton tabiat spesies umang-umang ini di siaran National Geographic, BBC Discovery dan sebagainya.
Saya tidak pernah melihat secara "real" umang-umang merampas rumah siput atau kerang tetapi yang saya pasti cengkerang umang-umang itu saling tidak tumpah milik spesies siput atau kerang. Firman Allah Taala, bermaksud:
"Katakanlah (wahai Muhammad): Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang berdosa itu." (Surah an-Naml : ayat 69)
"Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik." (Surah Rum : ayat 42)
Harapannya tiadalah sahabat-sahabat ku menjadi umang-umang atau tidaklah pula aku menjadi umang-umang kepada sahabat-sahabatku. Rehlah tarbawi mengajar erti pengukuhan dalam bersahabat biar pun tiada modul khusus yang lakukan. Hanya melalui rehlah dan mukhayyam, persahabatan kian erat dan ukhuwwah kian bersemadi. Apa lagi jika rehlah itu lengkap dengan agenda tarbawi yang baik dan dibimbing pula oleh sang murabbi yang hebat dan berkat.
Rehlah tarbawi sangatlah baik dilakukan di semua peringkat pemuda. Sesekali kita keluar dari ruang pejabat kita, jauh ke tengah pulau yang tiada liputan telefon untuk dihambat oleh wartawan, tiada pula bot yang menanti untuk beralasan lari meninggalkan tapak rehlah. Kita sesama kita, hadapi segala pancaroba dan tempuhi bersama suka duka biarpun dua atau tiga hari namun ia satu simbolik untuk kekal persahabatan kita tanpa khianat bagi tempoh rehlah kedua menyusul pula akan datang.
Sungguh indah hari-hari yang dilalui dengan ketenangan. Kemudiannya menjadi modal dan tenaga baru untuk turun semula ke medan berdepan dengan musuh-musuh Islam, lalu menjulang panji perjuangan.
http://blog.tarbawi.my

No comments:
Post a Comment