Syahir Sulaiman, | 24 Apr 2013 |
"Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka kami seksa mereka disebabkan perbuatannya.” (Surah al-A’raf : ayat 96)
Rakyat di antara dua pilihan
Ekonomi sangat berkait-rapat dengan keputusan dan pilihan.
Sesebuah ekonomi yang sihat diukur pada tahap permintaan dan penawaran terkumpul yang terbit daripada kerancakan aktiviti keusahawanan dan transaksi perniagaan di antara penjual dan pembeli, manakala pelaksanaan polisi ekonomi sesebuah negara boleh bertindak sebagai pemangkin atau penghalang kepada kerancakan ekonomi tersebut.
Dalam sektor perniagaan, terdapat dua kategori usahawan iaitu mereka yang berdaya-eksplorasi (exploration) dan mereka yang berdaya-eksploitasi(exploitation). Di dalam sesebuah ekonomi, kedua-dua jenis usahawan ini wujud tetapi sebuah ekonomi yang sihat memilih lebih ramai usahawan berdaya-eksplorasi.
Di pentas politik pula terdapat dua kategori ahli politik iaitu mereka yang berdaya-khidmat (service-oriented) dan mereka yang berdaya-manipulasi(manipulative-oriented). Di dalam sesebuah ekonomi, kedua-dua jenis ahli politik ini wujud tetapi sebuah ekonomi yang sihat memilih lebih ramai pemimpin berdaya-khidmat berbanding pemimpin khianat yang hidup dengan korupsi, manipulasi dan pembaziran wang rakyat.
Manakala dalam kalangan rakyat juga terdapat dua kategori pengguna iaitu pengguna-bijak (smart consumer) dan pengguna-dimanipulasi (manipulated consumer). Di dalam sesebuah ekonomi, kedua-dua jenis pengguna ini wujud tetapi sebuah ekonomi yang sihat memilih lebih ramai rakyat yang bijak daripada dipijak.
Pemangkin sebenar pertumbuhan ekonomi terletak di tangan pengguna dan rakyat yang bijak.
Ekonomi Malaysia – Langkah Pemulihan
Tiada siapa dapat menafikan bahawa ekonomi Malaysia perlu dipulihkan,
Tahap permintaan dan penawaran di dalam negara bergantung pada tahap kecenderungan rakyat untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan(propensity to produce) yang dibalas dengan ganjaran pendapatan, seterusnya kecenderungan untuk berbelanja, menyimpan dan meminjam (propensity to consume, to save, to borrow). Kita seharusnya hidup mengikut kemampuan, seterusnya berjimat untuk menyimpan dan meminjam hanya untuk perkara yang berkualiti dan diperlukan.
Usahawan berjaya pula adalah mereka yang melaburkan masa dan tenaga dalam mencipta produk yang lebih baik, memberikan khidmat pelanggan yang terbaik, bertanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar, dan menyokong segmen pekerja untuk meningkatkan komitmen dan produktiviti.
Namun, dari masa ke masa, kebanyakan usahawan berdaya-eksplorasi ini cenderung untuk beralih menjadi usahawan berdaya-eksploitasi apabila mereka ini ‘terlalu besar untuk gagal’, melobi kerajaan untuk mendapatkan pelbagai projek, tender dan insentif cukai, mengurangkan kos dengan memberi tekanan kepada gaji pekerja, bergabung dengan pesaing untuk mewujudkan gergasi monopoli, ketandusan idea baru dan meneruskan penghasilan produk yang sama berbanding membangunkan produk baru, serta memanipulasi harga untuk mengaut keuntungan yang lebih terhadap pengguna dan rakyat.
Sokongan kerajaan sewajarnya dialih daripada membela gergasi korporat kepada usaha penggalakan pertumbuhan industri kecil dan sederhana. Insentif dan subsidi perlu disalurkan untuk meningkatkan kecekapan dan daya tahan rakyat dan usahawan, manakala polisi cukai dan undang-undang perlu dilaksanakan untuk mewujudkan iklim pelaburan yang mampan dan produktiviti yang tinggi, bukannya untuk melahirkan generasi ‘kenal-siapa’(know-who) yang mengatasi kualiti ‘tahu-bagaimana’ (know-how) di dalam masyarakat.
Dasar ekonomi negara perlu beralih kepada prinsip nilai berbanding terbina di atas prinsip manipulasi yang dipandu rasa tamak dan takut (greed and fear). Kebergantungan kepada kerajaan dapat dikurangkan dengan membudayakan nilai tanggungjawab bersama di antara kaya dan miskin sebagaimana dianjurkan daripada amalan zakat, sedekah, infaq dan wakaf bagi menampung pembinaan institusi agama, masyarakat, pendidikan, kesihatan dan infrastruktur kepada rakyat.
Pendekatan ekonomi berkebajikan
Gagasan pendekatan ekonomi berkebajikan yang dikemukakan oleh YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang adalah sangat tepat dan berwawasan jauh sebagai jalan penyelesaian kemelut ekonomi yang sedang melanda negara dan dunia secara keseluruhannya.
Penegasan beliau bahawa tanggungjawab pemerintahan dan memakmurkan bumi ini adalah satu amanah yang mesti ditunaikan, bukan hanya untuk memenuhi tuntutan rakyat yang mengangkat sesebuah kerajaan, bahkan pada kekemuncaknya supaya kepimpinan negara bertanggungjawab kepada Allah SWT, jelas membuktikan iltizam ekonomi yang menjamin nilai keadilan sosial ditegakkan dalam urusan bernegara.
Sebagai kerangka dasar ke arah membetulkan kegagalan sistem ekonomi yang sedang melanda dunia dan negara, beliau telah mengemukakan empat langkah utama seperti berikut:
1. Membetulkan falsafah ekonomi sedia ada kepada yang lebih adil dan memakmurkan pertumbuhan ekonomi melalui dasar fiskal dan monetari yang menjamin keadilan sosial secara mampan;
2. Membetulkan pelaksanaan dasar ekonomi dengan bersendikan akhlak dan perkiraan dosa-pahala, akauntabiliti yang holistik, undang-undang yang mendidik mampu mencegah, dan seterusnya menghalang elemen pembaziran, ketirisan, penyelewangan serta rasuah;
3. Membuat penilaian menyeluruh terhadap kekuatan hasil mahsul negara, supaya pengurusan warisan khazanah negara ini dimanafaatkan dengan lebih telus dan adil untuk semua rakyat dan generasi masa depan;
4. Menolak diskriminasi, yakni dasar ekonomi dan sifat kebajikannnya dilaksanakan tanpa mengira kaum, agama ataupun fahaman politik, negeri, dan wilayah, dengan merujuk kepada keadilan Islam yang sebenar. Tindakan ini sekaligus menolak amalan kronisma nepotisma, dan manipulasi dan monopoli pasaran, melalui pelaksanaan undang-undang yang membela kebajikan rakyat keseluruhannya.
Hal ini pastinya menuntut kepada perincian melalui dasar dan polisi, serta program dan mekanisma yang tersusun ke arah merealisasikan hasrat murni ini.
Menarik untuk disorot ungkapan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam memberi pengertian terhadap sebuah kehidupan, baik untuk diteladani oleh rakyat dan kerajaan, yang menyebut “Saya lebih pentingkan kehidupan yang mewah di akhirat berbanding di dunia sekarang. Saya tanamkan dalam jiwa saya, apabila meninggal dunia nanti saya pasti tanpa meninggalkan sebarang hutang. Ini sudah cukup bagi saya. Paling saya takut meninggalkan hutang di kedai runcit atau sebagainya”.
Justeru, penyelesaian ke arah pemulihan ekonomi Malaysia bukannya terpikul di bahu pakar-pakar ekonomi, tetapi ia sebenarnya terletak di tangan anda.
Syahir Sulaiman adalah Pengarah Kajian Polisi, Dewan Pemuda PAS Malaysia

No comments:
Post a Comment