Perut dah lapar memang selera lauk sebegini .. memang masakan asli Thai |
2 Mac 2012
Pesawat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabumi, Bangkok jam 2.25 petang. Sungguh besar airport ini dan saiz terminalnya adalah dua kali ganda lebih besar dari KLIA.
Sebaik tiba di terminal, rombongan sekali lagi diuji dengan kesabaran di mana urusan imigresen iaitu memeriksa passport dan dokumen masuk mengambl masa lebih 2 jam beratur dengan begitu ramai sekali pengunjung asing di sini. Apakah mungkin ia satu tanda bahawa sememangnya Thailand adalah antara destinasi pilihan pelancong asing di Asia Tenggara?. Keadaan ini tidak sama sekali berlaku di KLIA. Kalau di perhatikan, sudah begitu anyak sekali kaunter di sini di sediakan bagi ursan passport ini.
Sebaik selesai, rombongan dipertemukan dengan Pemandu Pelancong dan selaku agen di sini iaitu Encik Syukree atau lebih mesra di panggil Abe Syukree. Dari lapangan terbang rombongan kami di bawa ke sebuah restoran Muslim tidak jauh daripada sini untuk makan tengahari. Dengan waktu yang mencecah jam 4 petang, sememangnya mencabar gelombang perut kami. Semuanya nampak sedap. Restoran AL Hilal ini menyajikan masakan halal ala Thai dan antara menu hari ini adalah Tomyam Puteh Thai, Ikan 3 rasa dan bermacam-macam lagi..
Harga petrol dan diesel di Thailand, tapi apa yang menarik NGV dalam 95 sen /liter dan mudah didapati dimana-mana stesen minyak. |
remang senja dalam perjalanan yang sungguh indah |
gerai jualan dalam perjalanan. Idea bisnes yang boleh dipraktikkan di kampung halaman |
Lebih kurang jam 9.00 malam atau 8.00 malam waktu Thai, kami tiba di Patchong Landmark Hotel di Bandar Patchong. Ia adalah hotel yang terbesar dibandar ini dan pemandangan diwaktu malam sungguh indah dengan hiasan dan dekorasi lampu.
boleh menjadi platform untuk mengenengahkan produk tempatan |
kedai ringkas tai susunan kemas dan menarik |
bersambung
No comments:
Post a Comment