Mayat Firaun @ Pharaoh terpelihara hingga kini.. |
Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?
Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.
Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti,
mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat
terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya
mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut
baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik
tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan
pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin
Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di
hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat
Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar
rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang
dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di
Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan
am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang
gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia
menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan
pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan
menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk
menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan
sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai
bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut.
Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan
dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr.
Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik
berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada
laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya
sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut
dan kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah
Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La
Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah
penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes
(Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix
General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN
DI DALAM AL QURAN.
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa
penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa
kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun
yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun
kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap
sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak
mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden,
peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu
bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun
meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya
diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat
diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun
1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan
tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang
terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana
al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari
hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini
adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal
Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa
dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara
hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya
membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi
Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam
Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu
hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak
dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan
berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang
berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan
diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan
Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut
langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun
selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus
mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk
bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman
Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun
dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang
mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut
untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:
“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)
Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh.
Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima
akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk
maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan
keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata:
“Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak
sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau
kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.
Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh
dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada
tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy
Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr.
Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari
dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.
“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini
kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik
tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.
“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai
fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,”
katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran
benar-benar kalam Allah.
sumber: http://myibrah.com/jasad-firaun
No comments:
Post a Comment