nuffnang adv
lazada adv
Sunday, May 6, 2012
Cukai CBU di Malaysia paling tinggi di dunia
"Malaysia adalah satu-satunya negara yang mengenakan cukai CBU paling tinggi didunia dan kerajaan perlu membuat kajian semula cukai terbabit", kata Presiden PEKEMA, Datuk Zainuddin Abd Rahman.
Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu (PEKEMA) meminta kerajaan mengkaji semula perlaksanaan cukai baru import ke atas kenderaan unit pasang siap (CBU) bermula september 2012.
Beliau berharap perlaksanaan itu dapat ditangguhkan setahun dan jika dilaksanakan menjadikan Malaysia negara paling tinggi didunia mengenakan cukai seumpama itu.
Kita berharap kerajaan memberi perhatian yang serius terhadap perkara ini kerana ia boleh membantutkan industri automobil negara. Walaupun jika kadar cukai ini dikurangkan, ia tidak akan menjejaskan industri automobil tempatan yang semakin kukuh kerana ia hanya di paras 6% sahaja.
Dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkatkan menjadikan harga kenderaan di negara ini dilihat semakin mahal berbanding dengan harga negara serantau. Dengan pengurangan kadar cukai ini ia akan dilihat akan lebih kompetatif dalam meningkatkan daya saing negara di peringkat antarabangsa dan asia.
sumber: Berita Harian 7 Mei 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment