Hari ini masing-masing sibuk membicarakan dan mendiskusikan hasil keputusan Mahkamah berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari, dan mahkamah telas memutuskan DSAI tidak bersalah.
Apapun keputusan, kita serahkan pada badan kehakiman. Hidup manusia ini seumpama cerita Luqman AL Hakim dan anaknya serta kaldai. Naik dan tunggang kaldai pun salah, mengheret kaldai pun salah apatah lagi memikul kaldai pun salah. Tiada yang betul dan sempurna di mata manusia. Manusia tidak akan berpuashati dengan apa ang mereka ada, nampak serta percaya.
Oleh sebab itu, maka kita kena kembali kepada Allah swt yang serba sempurna dan kita kena akur dan akui kita ini serba kekurangan. Manusia selalu berfikir dan bertindak mengikut kehendak dan rasa hati serta akal mereka sahaja. Jarang sekali mereka yang membuat keputusan bertindak hasil dari memohon petunjuk dari Allah swt.
Takdir dan keputusan yang dibuat oleh badan kehakiman adalah yang terbaik untuk dan semasa didunia. Keputusan sebenar adalah dibawah kuasa badan kehakiman Allah di padang mahsyar. Neraca Allah lebih tepat, detail dan terperinci, malah gerak dihatipun boleh ditafsir dengan begitu jelas. Seandainya keputusan ini tidak memihak kepada satu-satu pihak, kita belajar menerima ia adalah keputusan didunia. Manakala keputusan yang memihak kepada pihak yang satu lagi, janganlah kita bersenang hati kerana ia hanya berasaskan hujah dan bukti yang ada didunia. Hakikat yang sebenar, betul dan salah yang sebenar-benarnya Allah swt maha mengetahui.
Tapi percayalah, orang yang benar Allah swt akan lindungi dan jaga maruahnya jika ia benar kerana Allah. Tetapi jika kita berbohong dan tidak berlaku benar, kelak nanti akan terbongkar jua samada melalui kesilapan kita atau Allah swt akan tunjuk jalan yang sebenarnya.
Pesanan dan peringatan untuk kita, sentiasalah berwuduk supaya kita terbenteng dari anasir-anasir jin, iblis dan syaitan yang sentiasa cuba menghasut serta memporak perandakan hati kita. Sentiasa kita berdoa supaya terjauh dan terhindar dari fitnah-fitnah manusia terutama mereka yang memasuki dunia politik. Bagi mereka dunia fitnah itu biasa. Dalam pandangan Islam, fitnah itu amat besar dosanya dan amat keji. Bagi mereka yang biasa, tiada rasa apa-apa dalam melakukan fitnah, mendekati fitnah atau membuat gosip-gosip yang boleh mencalarkan maruah dan aib seseorang.
Ambillah iktibar, dari peristiwa ini supaya kita tidak dijauhkan Allah swt dari rahmat dan hidayahnya.
nuffnang adv
lazada adv
Sunday, January 8, 2012
Saturday, January 7, 2012
Majalah Biar Betul: Gempar Ubi Berjantina Ditemui
Majalah Biar Betul: Gempar Ubi Berjantina Ditemui: Ubi ini dijumpai dalam keadaan 'berpasangan'. Ubi ini terdiri daripada dua bentuk tubuh manusia. Satu diantaranya menyerupai perempuan dengan bentuk 'dada' di bahagian atasnya, manakala satu lagi boleh dikelaskan sebagai lelaki kerana kelihatan "kelakian" dengan anggota tubuh yang menonjol dan tergantung di bahagian bawah.
Penemuan pelik ini, telah menarik minat salah seorang penduduk dan membelinya dengan 600 yuan. Berikutan itu beliau telah mendirikan sebuah tempat khusus di rumahnya untuk menarik minat pengunjung yang datang.
Pada tahun berikutnya, ubi pelik yang hampir serupa berupa seorang budak telah dijumpai oleh Zheng, 63, di Datianba Village, China.

Tuesday, January 3, 2012
Nak kena minta tolong Yb ke?
Hari ini dengar luahan peneroka Felda Chalok, Setiu, Terengganu yang mengadu tak terima bonus sebagaimana yang diisytiharkan oleh PM tempohari. Setelah diselidik dan ditanya lebih lanjut katanya buah kelapa sawit yang dihantar melalui Pejabat Felda tidak mencukupi kuota.
Maknanya jika ramai peneroka yang menghantar buah kelapa sawit melalui pejabat Felda yang tidak cukup kuota akan menerima nasib yang sama. Kata mereka tiada makna bonus itu diwawarkan dengan gah sekali di akhbar dan TV. Kalau begitu caranya, baik tak payah hantar terus buah kelapa sawit melalui pejabat felda, baik jual terus kepada pembeli luar. Hati pun tidak sakit kalau begini keadaannya, luah mereka.
Sepatutnya kalau FELDA nak isytihar bonus perlu dibahagi tanpa mengira kuota, kalau sedikit dapat sedikit, kalau banyak dapat banyak, sedikit sama di rasa, banyak sama dikecap.
kata mereka keadaan ini amat mengecewakan mereka sama sekali, lebih-lebih lagi purata usia peneroka adalah mereka yang terdiri daripada warga emas.
Mereka juga berkata, jika isu pemberian bonus ini tiada kesudahan, Karam Singh Walia (TV3) pun mereka akan panggil selain akhbar Sinar Harian mahupun harian Metro. Mereka beranggapan generasi awal peneroka kini sudah tidak dihargai oleh FELDA dengan perubahan arus zaman dan teknologi. Tetapi jangan kita lupa, generasi emas inilah yang bersusah payah menebas tanah hutan membangunkan tanah yang dulunya hutan rimba yang kini kawasan yang dihuni dengan selesa, selamat dan mempunyai kemudahan.
Mereka amat berharap YB DUN akan membantu mereka dalam menyelesaikan masalah dan isu ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)