nuffnang adv

lazada adv

Sunday, January 8, 2012

hari ini 9 Januari.. Hari sibuk di Kuala Lumpur

Hari ini masing-masing sibuk membicarakan dan mendiskusikan hasil keputusan Mahkamah berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari, dan mahkamah telas memutuskan DSAI tidak bersalah.

Apapun keputusan, kita serahkan pada badan kehakiman. Hidup manusia ini seumpama cerita Luqman AL Hakim dan anaknya serta kaldai. Naik dan tunggang kaldai pun salah, mengheret kaldai pun salah apatah lagi memikul kaldai pun salah. Tiada yang betul dan sempurna di mata manusia. Manusia tidak akan berpuashati dengan apa ang mereka ada, nampak serta percaya.

Oleh sebab itu, maka kita kena kembali kepada Allah swt yang serba sempurna dan kita kena akur dan akui kita ini serba kekurangan. Manusia selalu berfikir dan bertindak mengikut kehendak dan rasa hati serta akal mereka sahaja. Jarang sekali mereka yang membuat keputusan bertindak hasil dari memohon petunjuk dari Allah swt.

Takdir dan keputusan yang dibuat oleh badan kehakiman adalah yang terbaik untuk dan semasa didunia. Keputusan sebenar adalah dibawah kuasa badan kehakiman Allah di padang mahsyar. Neraca Allah lebih tepat, detail dan terperinci, malah gerak dihatipun boleh ditafsir dengan begitu jelas. Seandainya keputusan ini tidak memihak kepada satu-satu pihak, kita belajar menerima ia adalah keputusan didunia. Manakala keputusan yang memihak kepada pihak yang satu lagi, janganlah kita bersenang hati kerana ia hanya berasaskan hujah dan bukti yang ada didunia. Hakikat yang sebenar, betul dan salah yang sebenar-benarnya Allah swt maha mengetahui.

Tapi percayalah, orang yang benar Allah swt akan lindungi dan jaga maruahnya jika ia benar kerana Allah. Tetapi jika kita berbohong dan tidak berlaku benar, kelak nanti akan terbongkar jua samada melalui kesilapan kita atau Allah swt akan tunjuk jalan yang sebenarnya.

Pesanan dan peringatan untuk kita, sentiasalah berwuduk supaya kita terbenteng dari anasir-anasir jin, iblis dan syaitan yang sentiasa cuba menghasut serta memporak perandakan hati kita. Sentiasa kita berdoa supaya terjauh dan terhindar dari fitnah-fitnah manusia terutama mereka yang memasuki dunia politik. Bagi mereka dunia fitnah itu biasa. Dalam pandangan Islam, fitnah itu amat besar dosanya dan amat keji. Bagi mereka yang biasa, tiada rasa apa-apa dalam melakukan fitnah, mendekati fitnah atau membuat gosip-gosip yang boleh mencalarkan maruah dan aib seseorang.

Ambillah iktibar, dari peristiwa ini supaya kita tidak dijauhkan Allah swt dari rahmat dan hidayahnya.

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...