nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label kuala terengganu. Show all posts
Showing posts with label kuala terengganu. Show all posts

Friday, September 12, 2014

Kerjasama ketenteraan Malaysia-Amerika Syarikat dalam kita memboikot barangan US-Israel dan memperjuangkan Gaza, Palestin, dimana pendirian Malaysia?


tentera amerika di Terengganu















Kehadiran tentera Amerika Syarikat ke Kuala Terengganu bagi menjalani Eksesais Keris Strike di Kelantan banyak menimbulkan tanda tanya. Dalam kita memboikot produk Israel dan Amerika Syarikat yang menyokong Israel dengan pelbagai kecaman dan penzahiran rasa tidak puas hati, tiba-tiba muncul satu kerjasama strategik ketenteraan dengan sekutu rapat Israel di Malaysia. 

Di mana sebenarnya pendirian Malaysia dalam isu antarabangsa, bayangkan kita bermati-matian mempertahankan hak saudara kita di Gaza Palestin, dan kita pun sedar dan tahu bahawa Kerajaan Amerika Syarikat memberi bantuan samada kewangan dan ketenteraan kepada negara regim Israel, tiba-tiba Angkatan Tentera Malaysia mengumumkan secara rasmi bahawa ketibaan askar AMerika Syarikat adalah bagi mengadakan latihan bersama. Sebenarnya Eksesais Keris Strikes telah saban tahun di adakan, Cuma isu keganasan Israel dan bantuan ketenteraan Amerika Syarikat membantu Israel dan sekutunya amat lantang diperkatakan sejak akhir-akhir ini. 

Kerjasama Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Amerika perlulah pada perkara yang sepatutnya sahaja, itupun sepatutnya ke arah pengurangan, dalam menjaga hubungan antarabangsa, tetapi sehingga kepada perkara strategik tentunya ia menimbulkan kebimbangan, apatah lagi kita tahu pendirian AMerika Syarikat terhadap isu Islam, Negara Islam, Palestin dan sebagainya.

Kita menggelarnya Pengganas Dunia, tetapi kita juga berkawan rapat dengannya. Perkara-perkara dasar sebegini perlulah dikaji semula untuk masa akan datang dalam mendaulatkan Malaysia sebagai pejuang kepada Negara-negara Islam dan hak-hak muslim dunia.

Inilah berita kedatangan tentera AS yang dipetik dari blog Penyokong Kerajaan BNBBC:

Tentera Amerika hadir jalani eksesais Keris Strike

12 SEPT: Kira-kira 300 anggota tentera Amerika tiba di Terengganu bagi menjalani  latihan tentera bersama-sama dengan Angkatan Tentera Darat Malaysia.
Mereka tiba dengan sebuah pesawat boeing 777 yang mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu malam Khamis.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Perhubungan Raya Tentera Darat pada Jumaat memaklumkan kehadiran Anggota Tentera United States Army Pacific Command (USARPAC) dari Hawaii adalah untuk melaksanakan eksesais Keris Strike Siri 18/2014.
Eksesais ini akan dijalankan mulai 13 hingga 26 September September 2014 di sekitar kawasan Kem Pangkalan Chepa dan Kem Desa Pahlawan.
“Eksesais ini merupakan siri eksesais gabungan yang diadakan setiap tahun melibatkan Formasi 8 Briged di bawah naungan Markas 2 Divisyen.
“Pada tahun ini ia dilaksanakan berorentasikan Pengurusan Bencana dan Bantuan Kemanusiaan dalam senario bencana banjir,” kata kenyataan itu.
Tujuan utama eksesais bilateral ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan pengalaman kepada peserta khususnya dalam pengurusan bencana alam, dan perlaksanaan Operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Selain itu, eksesais ini juga mampu mengukuhkan hubungan dan kerjasama ketenteraan bagi kedua-dua buah Negara serta memberi pendedahan kepada prosedur operasi medan di antar pemerintah dan staf dalam eksesais gabungan.

“Dengan penjelasan ini diharap dapat memberi gambaran sebenar berkaitan salah tafsiran kehadiran tentera US sepertimana yang telah dilaporkan di kebanyakan media sosial tempatan,” menurut kenyataan itu lagi.
Sebelum ini ketibaan tentera tersebut telah menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan rakyat Terengganu khususnya dan Kelantan amnya.

Ini kerana pesawat boeing 777 yang mendarat di Terengganu itu dilihat lengkap dengan alatan perang dari Amerika.

kenyataan media tentera darat

Monday, February 17, 2014

TERKINI !!! AL- FATIHAH.....KRONOLOGI HASIL BEDAH SIASAT KEATAS MAYAT ADO PEJABAT TANAH KUALA TERENGGANU.




Hasil bedah siasat oleh yang di buat pada jam 3.30 - 5.30 petang oleh Dr. Forensik Hospital Sultanah NurZahirah Kuala Terengganu di dapati Mangsa diketegorikan "UNDERTERMINED" (DECOMPOSED DUE TO BODY FOUND IN WATER).

Pemeriksaan  yang dijalankan pada beberapa bahagian badan adalah seperti berikut:-
1)- Kepala - tiada kecederaan luaran, tengkorak tidak patah dan tiada pendarahan otak.
2)- Leher - tiada kecederaan luaraan pada leher, otot2 leher normal, tulang tengkorak tiada kepatahan
3)- Dada - tulang rusuk tiada patah bahagian organ dalaman seperti paru2, jantung dalam keadaan baik tetapi reput.
4)- Abdomen - tiada pendarahan dalam kaviti abdomen, semua organ2 dalaman sept Gepar,buah pinggang dan usus dalam keadaan baik tetapi reput.
5)- Keseluruhan bahagian badan tiada kecederaan, hatta pakaian pun berada dalam keadaan baik.

KRONOLOGI :-

Pada malam 14 februari 2014, kehilangan Wan Hariff Rafany Bin Wan Muda No Kad pengenalan 790518 11 5697 Alamat Lot 1180, Kampung Limbongan, Besut , Terengganu yang berjawatan sebagai ADO Pejabat Tanah Kuala Terengganu telah disedari oleh isterinya ( Norull Shazrina Bt Shafie ) semasa bangun pagi.

Beliau keluar seorang diri dari rumah dengan menggunakan sebuah kereta miliknya iaitu Audi DCH181 warna silver. Selepas 24 jam kehilangannya, Isteri Wan Hariff Rafany telah membuat report polis.


Siasatan telah dijalan oleh pihak polis dan kereta milik mangsa telah di temui di Belakang Pajabat SATU Daerah Hulu Terengganu pada 15 Februari 2014. 

Dan pada jam 11.45 pagi seorang pemancing telah melihat objek terapung di dalam Sungai kampung Tanjin Kuala Berang lalu menghubungi pihak Polis dan Bomba.

Apabila Mayat Mangsa di bawa ke tebing sungai dan pemeriksaan awal telah dibuat, terdapat satu ikat anak kunci kereta milik mangsa didalam poket mangsa. Kunci tersebut jelas milik sebuah kerata Audi A4 milik ADO Pejabat Tanah Kuala Terengganu.

Selepas itu mayat mangsa telah dibawa untuk bedah siasat dan siasatan lanjut akan dibuat oleh pihak-pihak yang berkenaan.. 


Mangsa meninggal 2 oranga anak yang berusia 4 tahun dan 6 tahun serta seorang isteri... Takziah kepada keluarga mangsa...Sekian..

AL-FATIHAH....

sumber: http://anaktelukpaku.blogspot.com

Sunday, June 9, 2013

Isu Pasar Payang: Siapa Tipu Siapa?


KUALA TERENGGANU: Sembilan puluh lima peratus (95%) peniaga di Pasar Besar Kedai Payang (Pasar Payang) gelisah dan melahirkan rasa bimbang dengan tindakan pihak berkuasa memutuskan untuk merobohkan segera pasar berkenaan untuk dirikan bangunan baru diatas tapaknya.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Pasar Payang, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah (Raja Bahrin - gambar tengah) berkata para peniaga di Pasar Payang kini bimbang kerana telah ada pihak individu yang datang membuat ukuran, bancian dalam pasar tersebut.

Katanya, tindakan itu boleh menjejaskan emosi rakyat terutama di kalangan para peniaga yang bakal ‘kehilangan’ tempat perniagaan yang menjadi sumber rezeki mereka.

Beliau turut melahirkan rasa sedih dan simpatinya kepada para peniaga Pasar Payang dalam suasana hampir menjelang bulan Ramadan tidak lama lagi dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

“Kita (umat Islam) hendak puasa tidak berapa lama lagi dan hendak raya (Aidilfitri). Ini suatu perkara yang sangat menyedihkan, apabila para peniaga (Pasar Payang) kini berada dalam kebimbangan kerana tempat mereka berniaga mencari rezeki sejak sekian lama akan ‘hilang’.

“Kita (PAS) agak terkejut sehari-dua selepas Menteri Besar (Ahmad Said) mengangkat sumpah, satu arahan dikeluarkan kepada Bandaraya (MBKT) untuk menyiapkan kertas Exco untuk meluluskan projek ini secara bersegera. Kenapa kerajaan negeri begitu tergesa-gesa untuk memulakan projek ini,” soalnya.

Menurutnya, kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pula enggan bertolak ansur dengan bantahan rakyat serta mahu segera meneruskan projek bernilai RM400 juta itu.

Raja Bahrin mempersoalkan dakwaan MB Terengganu itu bahawa hanya ‘segelintir’ pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan merobohkan Pasar Payang tersebut.

Pada 20 Februari lalu, Ahmad Said berkata bantahan segelintir peniaga berhubung cadangan kerajaan negeri membina pasar baru Pasar Payang selesai apabila mereka bersetuju dengan cadangan tersebut hasil pertemuan beliau dengan pihak terbabit.

Ahmad Said mendakwa, dalam pertemuan itu yang diadakan di Seri Iman, Menteri Besar bersetuju menerima cadangan peniaga untuk menempatkan semula semua peniaga yang beroperasi di Pasar Payang ke bangunan baru setelah pembinaannya siap kelak.

Sebaliknya Raja Bahrin berkata, berdasarkan kajiselidik serta maklum balas dari pelbagai pihak termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) membuktikan bukan segelitir tetapi majoriti rakyat membantah.

Bahkan katanya, disebaliknya dakwaan Ahmad isu terbabit selesai, sebanyak 22 NGO telah menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri,pada 23 Februari, tiga hari selepas kenyataan Ahmad itu.

“Saya ingin mempersoalkan kenyataan Menteri Besar (MB) yang mendakwa hanya ‘segelintir’ yang tidak setuju dan bantah. Saya ada bukti sebelum ini, satu memo bantahan daripada 22 NGO juga telah dibuat dan diserahkan kepada Perdana Menteri (Najib Razak) pada tarikh 23 Februari 2013 lalu, sewaktu lawatan di Pasar Payang dan Hentian Bas MBKT.

“Kita (PAS) juga pernah kumpulkan tandatangan rakyat termasuk orang luar yang tidak setuju Pasar Payang dirobohkan dan lebih 98 peratus dari kajiselidik kita orang tidak bersetuju.

“Ini banyak bukti yang menunjukkan orang tidak setuju. Jadi kenyataan MB kata ‘segelintir’ itu kita (rakyat) tidak boleh terima kerana tidak ada bukti yang menunjukkan segelintir tetapi sebaliknya majoriti ramai tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan itu,” jelasnya.

Katanya, pihak Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Pasar Payang juga mengambil inisiatif mendapatkan tandatangan sokongan orang ramai termasuk pengunjung luar dan pelancong.

Selain itu, kata Dato’ Raja Kamarul Bahrin lagi, isu keselamatan yang ditimbulkan sebelum ini dilihat ada keraguan berdasarkan laporan Jabatan Kerja Raya (JKR) sendiri.

Beliau menjelaskan, berdasarkan laporan JKR pada tahun 2010 itu memang ada kerosakan pada struktur tiangnya tetapi hanya berlaku bahagian di dalam air iaitu melibatkan pasar ikan sahaja.

“Kenapa disebabkan tiang, kita (kerajaan) hendak rombak semuanya kerana kita tahu yang terlibat di bahagian air itu, hanya sebahagian dari pasar ikan. Jika tidak selamat sudah tiga tahun, sudah lama runtuh.

“Kita (PAS) ada rekod semuanya, tapi jika hendak buat juga (pasar baru) seperti mana dicadangkan (bangunan hotel dan apartmen), buatlah di tempat lain dan bukannya di tapak Pasar Payang,” tegasnya.

NGO yang telah menghantar memorandum bantahan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak pada 22 Februari lalu iaitu Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Melayu Negeri Terengganu, Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Melayu Cawangan Kuala Terengganu, Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Melayu Cawangan Kompleks Hentian Bas MBKT, Dewan Perniagaan melayu Malaysia Negeri Terengganu, Dewan Perniagaan & Perindustrian Cina Negeri Terengganu, Dewan Perniagaan & Perindustrian India Negeri Terengganu, Majlsi Belia Negeri Terengganu.

Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu, Persatuan Agensi Pelancongan, Pengembaraan Malaysia Cawangan Kuala Terengganu, Persatuan Sejarah Negeri Terengganu, Persatuan Peniaga-peniaga Ikan Melayu Negeri Terengganu, Persatuan Penjual Melayu Pasar Chabang Tiga Kuala Terengganu, Persatuan Penanam Sayur & Pengeluar Buah-buahan Negeri Terengganu.

Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Terengganu, Persatuan Hotel Bajet Negeri Terengganu, Persatuan Penarik-penarik Beca Negeri Terengganu, Persatuan Peniaga Melayu Pasar Malam Negeri Terengganu, Persatuan Penjaja Melayu Pasar Malam dan Pekan Sehari Kuala Nerus, Persatuan India Muslim Negeri Terengganu, Persatuan Pembatek Negeri Terengganu, Persatuan Ibu Tunggal Negeri Terengganu dan Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Terengganu Selatan.

-harakah daily

Thursday, May 23, 2013

Puluhan ribu hadir di Black505 Terengganu malam tadi


Harakahdaily,24 Mei 2013

KUALA TERENGGANU: Himpunan Black505 peringkat negeri Terengganu yang berlangsung malam tadi menyaksikan puluhan ribu rakyat hadir.

Himpunan yang berlangsung di Markaz PAS Kuala Ibai malam tadi dianggar mencatat kehadiran kira-kira lebih 50,000.

Turut hadir malam tadi, pemimpin utama Pakatan Rakyat khususnya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa serta pimpinan Pakatan Rakyat peringkat negeri.

Mohamad dalam ucapannya malam tadi turut mengulas isu penangkapan tiga oran pemimpin dan aktivis rakyar iaitu Ahli Parlimen Batu Tian Chua, bekas MT Umno Tamrin Ghafar serta aktivis Asalkan Bukan Umno (Abu) Haris Ibrahim.

Katanya, tindakan tangkapan serta memberi amaran akan menggunakan kekerasan terhadap mereka yang mahu berhimpun membantah penipuan pilihan raya, menunjukkan Menteri Dalam Negeri yang baru Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dalam keadaan panik.

"Penangkapan sudahpun bermula, pendekar Bagan Datoh sudag tunjuk belang.

"Zahid Hamidi mula menunjukkan belangnya terhadap rakyat marhean yang tidak bersenjata.

"Dia sudah panik, panik dengan kebangkitan rakyat," katanya.

-Harakah Daily

Tuesday, April 16, 2013

Calon BN Terengganu PRU 13 adalah sebagaimana berikut..



Senarai calon BN Terengganu telah pun di umumkan semalam oleh MB Ahmad Bin Said di kediamannya sebagaimana berikut:

P033 - BESUT - DATO' SERI IDRIS JUSOH
N01- KUALA BESUT - DR. ABD. RAHMAN MOKHTAR
N02- KOTA PUTERA - MAHADI MUSA
N03- JERTEH - MUHAMAD PEHEMI YUSOF
N04- HULU BESUT -EN. NAWI MOHD

P034 - SETIU - MOHD ZULKIFLI JUSOH
N05- JABI - ISKANDAR
N06- PERMAISURI - DATUK MOHD JIDIN BIN SHAFIE
N07- LANGKAP - SABRI MOHD NOR
N08- BATU RAKIT- BAZLAN ABDUL RAHMAN


P035- KUALA NERUS - DATO' MOHD NASIR IBRAHIM FIKRI
N09- TEPOH - MUHAMMAD RAMLI NUH
N10- TELUK PASU - DATO' ABDUL RAHIN MOHD SAID
N11- SEBERANG TAKIR - DATO' AHMAD RAZIF ABD. RAHMAN
N12- BUKIT TUNGGAL - HAJI ISMAIL NIK

P036- KUALA TERENGGANU - EN. ZUBIR EMBONG
N13- WAKAF MEMPELAM - WAN MAHYUDIN WAN NGAH
N14- BANDAR - DATO' TOH CHIN YAW
N15- LADANG - DATO' WAN AHMAD FARID WAN SALLEH
N16- BATU BURUK - DATUK CHE MAT JUSOH

P037- MARANG- DATO' HAJI YAHYA KHATIB MOHAMAD
N17- ALOR LIMBAT - HAJI ALIAS ABDULLAH
N18- BUKIT PAYONG - ZAIDI MUDA
N19- RHU RENDANG - NIK DIR NIK WAN KU
N20- PENGKALAN BERANGAN - A. LATIF AWANG

P038- HULU TERENGGANU - DATO' JAILANI JOHARI
N21- TELEMONG - ROZI MAMAT
N22- MANIR - YUSOF AWANG HITAM
N23- KUALA BERANG - DATO' TENGKU PUTERA TENGKU AWANG
N24- AJIL- RAZALI BIN TAIB

P039- DUNGUN - DATO' ROSLI MAT HASSAN
N25- BUKIT BESI - ROSLI BIN DAUD
N26- RANTAU ABANG - DATO' ZAABAR MOHD ADIB
N27- SURA - ZAKARIA BIN ALI
N28- PAKA - MATULIDI BIN JUSOH

P040- KEMAMAN - DATO' SERI AHMAD SHABERY CHEEK
N29- KEMASIK - ROSLI BIN OTHMAN
N30- KIJAL - DATO' SERI AHMAD BIN SAID

N31- CUKAI - DATO' WAN AHMAD NIZAM
N32- AIR PUTEH - WAN ABDUL HAKIM WAN MOKHTAR


(sumber: Blog Teganu Kita dan Terengganumyheritage)


Thursday, November 10, 2011

Aidil adha 2011... rezeki dan cabaran KORBAN

lahir pada 5 nov 2011, jam 6.02 ptg, berat 4.41kg- normal
Nampaknya sambutan aidil adha hanya disambut di dalam hati. Dengan berulang alik ke hospital kerana isteri bersalin pada 5 Nov iaitu pada hari wukuf, menjadikan aidil adha kali ini tak sempat di rasai.

Selepas solat raya di masjid, jamuan hari raya hanyalah roti gardenia dan sedikit air soya menjadi juadah pengalas perut sebelum ke hospital. Anak-anak telah di 'kidnap' oleh bapa saudara bersama neneknya.

pengorbanan isteri, ibu untuk keluarga
Manakala program ibadah korban hanya dibuat secara jauh sahaja iaitu pakej korban di Kemboja dibawah kelolaan Ust Dr Khairudin, pengasah darul Fuqaha dan D Hatiku.

Baby selamat lahir pada petang 6.02 minit ptg, di Hosp Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dengan berat 4.41kg secara normal, kira kategori big baby.

Manakala pada petang 7 Nov, baby di masukkan ke ICU kerana Jaundice yang tinggi namun begitu alhamdulillah telah dipindahkan ke wad jagaan bayi di wad 5 pada petang semalam 8 Nov 2011. Dan alhamdulillah pada 10 Nov 2011 selamat discaj dario HSNZ Kuala Terengganu. Terima kasih kepada misi-misi dan nurse-nurse di wad labor room, 2A, 6CD serta 5A di atas PENGORBANAN kalian dan sama-sama beraya di hospital.

Berulang alik dari Setiu ke Kuala Terengganu setiap hari dari jam 10.00pg hingga 12.00 malam memang memenatkan, tetapi demi tanggungjawab dan sokongan kepada isteri ianya dihadapi dengan tabah. Apabila direnung sebenarnya inilah yang di namakan KORBAN. Rupanya ini korban yang tuhan mahukan dari diri ini.

Pengalaman bersama warga bapa ICU dan juga kanak-kanak serta bayi yang ditempatkan di ICU cukup menginsafkan. Ada yang meratap kerana kematian, nazak tiada harapan, stabil dan macam-macam lagi situasi. Semuanya memerlukan pengorbanan yang cukup besar untuk dihadapi.

Setiap PENGORBANAN yang dihadapi adalah untuk diinsafi dan direnungi erti sebenar KORBAN yang mungkin berbeza bagi setiap insan dan individu.  BERKORBAN memerlukan PENGORBANAN.

Sunday, July 31, 2011

Perginya Mohd Ashraf Bin Abdul Aziz @ Aleesha Farhana, AL Fatihah

Mohd Ashraf Bin Abdul Aziz, 26 tahun yang telah mencetuskan kontroversi dengan permohonan menukar status jantina kepada wanita dengan nama Aleesha Farhana telah meninggal dunia pada 30 Julai 2011 di wad ICU, Hospital Sultanah Nurzahirah, Kuala Terengganu jam 5.00 pagi tadi akibat komplikasi jantung dan tekanan darah rendah.

Ia dikatakan berpunca daripada tekanan perasaan yang melampau dan jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seberang Takir di sini.

Pemergian Allahyarham telah meninggalkan kesan yang besar kepada masyarakat khususnya masyarakat Islam seluruh negara. Isu permohonan pertukaran jantina telah mencetuskan polemik dan pelbagai tanggapan serta cabaran dalam undang-undang samada sivil mahupun syariah. Isu ini apabila dirujuk kepada pakar syariah jelas menunjukkan ianya haram menukar jantina.

Ia juga perlu dijadikan tauladan dan panduan terutama bagi rakan-rakan yang mempunyai hasrat dan masalah yang sama dengan Mohd Ashraf agar dapat memperbetulkan kembali pendirian dan kembali merujuk isu dan masalah mereka kepada syariah.

Bagi pandangan blogger, apa yang perlu diambil iktibar dalam isu ini adalah, sebelum tindakan di ambil untuk menukar jantina atau seumpamanya, perlulah diminta pandangan pakar syariah dan agama, selain mendapat pandangan pakar kesihatan dan undang-undang.

Perlu diingat, kesan kes sebegini amat besar kepada masyarakat kerana ianya melibatkan hubungan dan muamalat sesama manusia, hukum ibadat, wasiat, pusaka, pengurusan jenazah, ibadat solat dan sebagainya. Ini kerana permasalahan dan penyelesaiannya dalam urusan jantina dalam agama ada perbezaan dan penyelesaiannya tersendiri. Malah ia juga melibatkan hubungan persaudaraan, susuan dan juga maham.

Perkara sebegini perlu dilihat dalam jajaran yang lebih luas dan jauh kerana ia memberi implikasi dan kesan yang besar dalam masyarakat.

Apapun blogger mendoakan agar roh Mohd Asharaf sentiasa dirahmati Allah dan mendapat keampunanNya , Al Fatihah

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...