nuffnang adv

lazada adv

Friday, September 12, 2014

Kerjasama ketenteraan Malaysia-Amerika Syarikat dalam kita memboikot barangan US-Israel dan memperjuangkan Gaza, Palestin, dimana pendirian Malaysia?


tentera amerika di Terengganu















Kehadiran tentera Amerika Syarikat ke Kuala Terengganu bagi menjalani Eksesais Keris Strike di Kelantan banyak menimbulkan tanda tanya. Dalam kita memboikot produk Israel dan Amerika Syarikat yang menyokong Israel dengan pelbagai kecaman dan penzahiran rasa tidak puas hati, tiba-tiba muncul satu kerjasama strategik ketenteraan dengan sekutu rapat Israel di Malaysia. 

Di mana sebenarnya pendirian Malaysia dalam isu antarabangsa, bayangkan kita bermati-matian mempertahankan hak saudara kita di Gaza Palestin, dan kita pun sedar dan tahu bahawa Kerajaan Amerika Syarikat memberi bantuan samada kewangan dan ketenteraan kepada negara regim Israel, tiba-tiba Angkatan Tentera Malaysia mengumumkan secara rasmi bahawa ketibaan askar AMerika Syarikat adalah bagi mengadakan latihan bersama. Sebenarnya Eksesais Keris Strikes telah saban tahun di adakan, Cuma isu keganasan Israel dan bantuan ketenteraan Amerika Syarikat membantu Israel dan sekutunya amat lantang diperkatakan sejak akhir-akhir ini. 

Kerjasama Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Amerika perlulah pada perkara yang sepatutnya sahaja, itupun sepatutnya ke arah pengurangan, dalam menjaga hubungan antarabangsa, tetapi sehingga kepada perkara strategik tentunya ia menimbulkan kebimbangan, apatah lagi kita tahu pendirian AMerika Syarikat terhadap isu Islam, Negara Islam, Palestin dan sebagainya.

Kita menggelarnya Pengganas Dunia, tetapi kita juga berkawan rapat dengannya. Perkara-perkara dasar sebegini perlulah dikaji semula untuk masa akan datang dalam mendaulatkan Malaysia sebagai pejuang kepada Negara-negara Islam dan hak-hak muslim dunia.

Inilah berita kedatangan tentera AS yang dipetik dari blog Penyokong Kerajaan BNBBC:

Tentera Amerika hadir jalani eksesais Keris Strike

12 SEPT: Kira-kira 300 anggota tentera Amerika tiba di Terengganu bagi menjalani  latihan tentera bersama-sama dengan Angkatan Tentera Darat Malaysia.
Mereka tiba dengan sebuah pesawat boeing 777 yang mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu malam Khamis.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Perhubungan Raya Tentera Darat pada Jumaat memaklumkan kehadiran Anggota Tentera United States Army Pacific Command (USARPAC) dari Hawaii adalah untuk melaksanakan eksesais Keris Strike Siri 18/2014.
Eksesais ini akan dijalankan mulai 13 hingga 26 September September 2014 di sekitar kawasan Kem Pangkalan Chepa dan Kem Desa Pahlawan.
“Eksesais ini merupakan siri eksesais gabungan yang diadakan setiap tahun melibatkan Formasi 8 Briged di bawah naungan Markas 2 Divisyen.
“Pada tahun ini ia dilaksanakan berorentasikan Pengurusan Bencana dan Bantuan Kemanusiaan dalam senario bencana banjir,” kata kenyataan itu.
Tujuan utama eksesais bilateral ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan pengalaman kepada peserta khususnya dalam pengurusan bencana alam, dan perlaksanaan Operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Selain itu, eksesais ini juga mampu mengukuhkan hubungan dan kerjasama ketenteraan bagi kedua-dua buah Negara serta memberi pendedahan kepada prosedur operasi medan di antar pemerintah dan staf dalam eksesais gabungan.

“Dengan penjelasan ini diharap dapat memberi gambaran sebenar berkaitan salah tafsiran kehadiran tentera US sepertimana yang telah dilaporkan di kebanyakan media sosial tempatan,” menurut kenyataan itu lagi.
Sebelum ini ketibaan tentera tersebut telah menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan rakyat Terengganu khususnya dan Kelantan amnya.

Ini kerana pesawat boeing 777 yang mendarat di Terengganu itu dilihat lengkap dengan alatan perang dari Amerika.

kenyataan media tentera darat

1 comment:

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...