Inilah Nasi Mandi Assafa.. memang lazat dan mengecurkan air liur |
Dalam catatan ziarah dan umrah kali ini, blogger ingin berkongsi tentang enaknya menikmati Nasi Mandi di Makkah.
Kali ini destinasinya adalah Restoran @ Mat' am Assafa di pinggir bandar Makkah. Rakan blogger iaitu Saudara Musadiq telah membawa blogger bersama seorang lagi rakan umrah Pakcik Mohamad untuk sama-sama menikmati hidangan yang enak ini.
suasana di restoran yang santai |
Nasi Mandi adalah nasi yang dimasak khas bersama daging kambing muda dan juga ayam. Ia di makan bersama sos mayonis yang sedikit cair dan sos lada.
Saudara Musadiq turut menempah pencuci mulut yang enak dan lazat sekali iaitu 'Kunafah' yang seakan akan tepung dan buttercream bersama kacang pistachios.
Harga hidangan nasi mandi ini adalah SR45.00 seorang @ RM42.00. namun begitu untuk hidangan 3 orang memadai di minta pesanan untuk dua orang sahaja kerana nasi yang dihidangkan memang banyak untuk seorang.
tak sabar menunggu hidangan... pekena kambing arab |
Satu lagi keunikan makan cara arab ini adalah makan sambil duduk bersandar di bantal. Kata kawan blogger ia memudahkan nasi untuk turun ke perut. Katanya lagi, pada kebiasaan orang arab, nasi mandi sebanyak yang pesan tiada masalah untuk dihabiskan untuk dua orang.
Memang betul-betul kenyang hidangan itu untuk dihabiskan bertiga. Kata orang kenyang sambil menyandar. Apa yang pasti hidangan Nasi Mandi bersama dessert 'Kunafah' memang enak. Dan sebelum balik blogger sempat membeli 1 kg Kunafah untuk dibawa pulang ke tanah air.Harganya dalam SR40.00/ 1 kg. Memang berbaloi.
No comments:
Post a Comment