Di sinilah kawasan berlakunya Perang Uhud, dan di bukit di belakang yang rendah itulah terletaknya pasukan memanah Muslimin |
Kali ini perkongsian catatan perjalanan Umrah dan Ziarah 2011 kita adalah ke salah satu tempat yang penting dalam sejarah Islam iaitu Jabal Uhud.
Di sini bersemadinya Saidina Hamzah RA, yang terkorban syahid dalam perang Uhud |
Di sinilah berlakunya peperangan kedua dalam Islam selepas perang Badar iaitu Perang Uhud di mana pada peperangan tersebut pada awalnya telah dimenagi oleh Kaum Muslimin akan tetapi apabila pasukan memanah telah ingkar arahan dan meninggalkan posisi strategik mereka untuk sama-sama meraikan kemenangan dan turun untuk mengumpul harta rampasan, dan secara tiba-tiba tentera berkudan Musyrikin telah berpatah semula dan membuat serangan balas mengejut dan mengakibatkan pertahanan kaum Muslimin telah kucar kacir.
Informasi tentang perkuburan Syuhada Uhud dan Peperangan Uhud |
Ramai sahabat telah syahid dalam peperangan ini dan antaranya adalah Saidina Hamzah iaitu bapa saudara Rasulullah SAW di mana hatinya telah dilapah sebagai membalas dendam atas keberanian beliau mempertahankan Islam.
Inilah kawasan Bukit Uhud yang kontang yang menjadi lokasi peperangan dalam Perang Uhud |
Sesungguhnya menziarahi kawasan peperangan Uhud ini cukup menginsafkan kita betapa sukarnya mempertahankan Islam bukan sahaja dari cabaran fizikal geografi juga cabaran cuaca yang ekstrem dan panas serta keadaan tanah yang tandus.
Di kawasan inilah disemadikan para sahabat yang gugur syahid dalam peperangan Uhud. Sama-sama kita renung dan ambil iktibar dari peperangan Uhud serta pengorbanan para sahabat dalam menegakkan Islam bersama Rasulullah SAW.
No comments:
Post a Comment