|
Hadapan Gua Ashabul Kahfi |
|
Batu Catatan Ashabul Kahfi |
Kali ini blogger ingin berkongsi dalam catatan umrah dan ziarah, kali ini destinasinya adalah Gua Ashabul Kahfi di Jordan.
ianya adalah sebagaimana yang dikisahkan dalam Al quran dalam Surah Al Kahfi dimana disinilah Allah SWT telah menidurkan 7 orang pemuda, di mana ada yang mengatakan 5 orang dan ada yang mengatakan 6 orang dan seekor anjing. Mereka ini telah tuhan tidurkan selama lebih 360 tahun dan apabila mereka bangun dan keluar mencari makan, didapati semuanya telah berubah dan begitu asing.
|
Suasana di dalam gua yang sejuk dan nyaman |
Apabila mereka bertanya penduduk di situ, mereka sebenarnya telah 300 tahun berlalu dimana duit yang mereka bawa telah tidak digunakan oleh penduduk di situ.
Sebenarnya asshabul kahfi ini adalah antara pemuda yang taat pada Allah SWT yang telah lari menyembunyikan diri dari raja yang zalim dan telah bersembunyi di dalam gua dan telah tuhan tidurkan mereka selama 369 tahun.
|
Rombongan Ziarah dan Umrah Royal Jordan 27 |
Kemudian mereka kembali ke gua tersebut sehinggalah mereka meninggal dunia. Apa yang uniknya, gua ini sebenarnya terlindung oleh pokok zaitun yang besar dan tau yang telah menutup laluan ke pintu gua dari laluan orang ramai.
|
Suasana persekitaran di luar gua |
Keadaan didalam gua memang sejuk dan nyaman, kajian telah dibuat dengan diletakkan sebiji epal dan didapati selepas seminggu, ianya masih dalam keadaan segar.
Banyak pengajaran daripada catatan perjalanan menziarahi gua Asshabul kahfi ini.
|
Masjid Ashabul Kahfi |
|
Bekas tapak masjid Ashabul Kahfi yang tertua di Jordan |
Di sini juga terdapat tapak masjid tertua diJordan iaitu Masjid Asshabul Kahfi yang terletak di atas gua tersebut. Dan kini masjid yang baru telah dibina dan terletak disebelah tapak yang lama.
No comments:
Post a Comment