nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label yahoo hot. Show all posts
Showing posts with label yahoo hot. Show all posts

Wednesday, December 7, 2011

Aku keliru dengan Nuffnang & Advertlets.. sapa boleh tolong?

Bila dah terbaca entry kawan kita ini, aku dah jadi keliru antara benar dan tidak, tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Apapun matlamat sebenar aku berblogging adalah untuk berkongsi maklumat dan informasi, moga-moga ada jariah dan downline pahala hasil dari perkongsian maklumat aku di blog.

Walaupun begitu kalau dapat seringgit dua hasil berblogging yang aku belum pernah dapat alhamdulillah,lepas bayar broadband fee pun jadilah.

Cuma setakat ini belum lagi terima (belum layak lagi tu) hasil dari berblogging. Kalau ada blogger yang hebat dan mampu menjana income hasil berblogging membaca artikel ini atau blog aku, dapatlah kiranya berkongsi bagaimana sebenarnya mereka menjana pendapatan melalui blogging.

Ini artikel yang aku dapat dari blog

Adverlets atau Nuffnang?

Salam..
Sudah tentu kepada anda diluar sana yang mempunya blog pasti anda meletakkan widget pengiklanan ini kan. Tetapi tahukah anda bahawa dalam kita mengejar untuk mendapatkan pendapatan kita, kita terlupa sebenarnya kita telah dipergunakan oleh syarikat-syarikat pengiklanan ini.

Daripada apa yang telah dinyatakan diatas saya mula memikirkan tentang hal ini. Bagaimana agaknya mereka yang mendapat income beribu-ribu sebulan hanya menggunakan blog sebagai medium pengantaraan?. Adakah dengan ads sahaja?. Terbaru saya ada dapat satu ebook daripada seorang kawan di facebook. Ebook ini menceritakan yang penulis ebook itu mendapat beribu-ribu ringgit hasil daripada kedua-dua ads itu dalam masa kurang dari 5 bulan. Penulis itu menunjukkan cara untuk bagaimana boleh menjana income sebanyak itu. Ternyata sebenarnya tiada cara yang exclusive. Penulis hanya bercerita mengenai teknik SEO yang biasa dan cara letak widget ads tersebut. Seterusnya dapat income sebanyak itu. Emmmmmm….?.
Ada satu pendapat yang saya terima daripada seorang blogger terkenal. Beliau menyatakan bahawa sejak beliau berblogging daripada tahun 2008 lagi, beliau masih tidak pernah mendapat income beribu-beribu sebulan atau beberapa bulan daripada kedua-dua ads diatas kecuali income itu ditambah keseluruhannya selama setahun. Jika hendak dinilai daripada prestasi blognya, ternyata blognya mempunya rating yang tinggi. Mempunyai PR sehingga 4! Alexa Rank juga serendah 44,535.  Jika difikirkan apa kurangnya blog ini untuk mendapat income yang beribu-beribu. Adakah kedua-dua ads ini pilih kasih atau ebook itu penipu?
Tetapi ada seorang blogger yang saya jumpa ketika blogwalking menyatakan dia pernah mendapat income 4 angka daripada kedua-dua ads tersebut dalam masa hanya beberapa bulan. Blog beliau hanya PR 1 dan Alexa ranknya 2.4 juta!. Beliau ada ceritakan caranya. Beliau kata
“Kalau nak dapat income banyak dari ads ni..kene ampu skit. Selalu buat entri pomot ads ni. Kalo boleh seminggu sekali. Mesti boleh dapatnya.”
Adakah betul apa yang diperkatakan?. Adakah kita selama ini telah dipergunakan oleh syarikat-syarikat pengiklanan ini untuk mengaut keuntungan yang banyak sedangkan kita dibayar dengan sedikit? Adakah dengan hanya mengampu mereka baru boleh mendapat pendapatan yang banyak?. Atau mereka sebenarnya pilih kasih?
Sumber,

Tuesday, December 6, 2011

Ferrari & Lamborghini kemalangan, jutaan ringgit musnah sekelip mata

Sekali sekala kena entry berita yang ringan bagi mengurangkan beban otak untuk berfikir.Untuk itu blogger ingin juga berkongsi tentang satu kemalangan yang melibatkan kereta mewah seperti Ferrari dan Lamborghini di Jepun. Rakan blogger gilerKentang ada ceritanya.

Polis menjalankan siasatan atas kemalangan tersebut
Peminat sukan pemotoran di Jepun bersiar-siar dengan kereta mewah namun berakhir di lebuh raya dengan harga yang sangat mahal. Kemalangan tersebut merosakkan lapan Ferrari, Lamborghini dan dua Mercedes yang mungkin bernilai lebih daripada 1 juta dollar nilainya .
Polis berkata mereka percaya kemalangan Ahad lalu berlaku apabila pemandu Ferrari yang cuba untuk menukar lorong dan melanggar pembahagi jalan. Beliau berputar di seluruh lebuh raya , dan kereta lain berlanggar pada masa yang sama cuba untuk mengelakkan perlanggaran keretanya.
Video kemalangan yang disiarkan oleh NTV, satu rangkaian nasional yang utama, menunjukkan beberapa perlanggaran, Ferrari merah terang bersepah di lebuh raya.
Tiada siapa yang cedera parah, tetapi polis di wilayah Yamaguchi berkata 10 orang telah dirawat untuk lebam-lebam dan luka. Polis berkata 14 kereta yang terlibat sama sekali.
Mitsuyoshi Isejima jurucakap polis trafik yang dikenali sebagai acara “perhimpunan narcissists,” menurut kepada Bloomberg. Beliau berkata pemandu yang berusia antara 37 dan 60 tahun.

Monday, December 5, 2011

Wudu' apa yang hebat? rupa-rupanya......

Perkongsian maklumat hari ini, blogger ingin sama-sama berkongsi maklumat hebat berkaitan wudu'. Hebat rupanya kesan wudu' yang kita lakukan setiap hari. Jom kita tengok info dari kawan kita ni ..blogger gilerkentang

Fakta menakjubkan mengenai wudhu

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.
Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.
Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.
Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.
Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.
Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.
Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?
Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.
Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.
Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.
Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).
Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.
Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.
Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...