nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label laguna setiu. Show all posts
Showing posts with label laguna setiu. Show all posts

Tuesday, December 6, 2011

Ferrari & Lamborghini kemalangan, jutaan ringgit musnah sekelip mata

Sekali sekala kena entry berita yang ringan bagi mengurangkan beban otak untuk berfikir.Untuk itu blogger ingin juga berkongsi tentang satu kemalangan yang melibatkan kereta mewah seperti Ferrari dan Lamborghini di Jepun. Rakan blogger gilerKentang ada ceritanya.

Polis menjalankan siasatan atas kemalangan tersebut
Peminat sukan pemotoran di Jepun bersiar-siar dengan kereta mewah namun berakhir di lebuh raya dengan harga yang sangat mahal. Kemalangan tersebut merosakkan lapan Ferrari, Lamborghini dan dua Mercedes yang mungkin bernilai lebih daripada 1 juta dollar nilainya .
Polis berkata mereka percaya kemalangan Ahad lalu berlaku apabila pemandu Ferrari yang cuba untuk menukar lorong dan melanggar pembahagi jalan. Beliau berputar di seluruh lebuh raya , dan kereta lain berlanggar pada masa yang sama cuba untuk mengelakkan perlanggaran keretanya.
Video kemalangan yang disiarkan oleh NTV, satu rangkaian nasional yang utama, menunjukkan beberapa perlanggaran, Ferrari merah terang bersepah di lebuh raya.
Tiada siapa yang cedera parah, tetapi polis di wilayah Yamaguchi berkata 10 orang telah dirawat untuk lebam-lebam dan luka. Polis berkata 14 kereta yang terlibat sama sekali.
Mitsuyoshi Isejima jurucakap polis trafik yang dikenali sebagai acara “perhimpunan narcissists,” menurut kepada Bloomberg. Beliau berkata pemandu yang berusia antara 37 dan 60 tahun.

Monday, December 5, 2011

Wudu' apa yang hebat? rupa-rupanya......

Perkongsian maklumat hari ini, blogger ingin sama-sama berkongsi maklumat hebat berkaitan wudu'. Hebat rupanya kesan wudu' yang kita lakukan setiap hari. Jom kita tengok info dari kawan kita ni ..blogger gilerkentang

Fakta menakjubkan mengenai wudhu

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.
Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.
Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.
Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.
Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.
Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.
Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?
Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.
Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.
Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.
Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).
Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.
Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.
Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.

Monday, July 18, 2011

Seminar Pemantapan Akuakultur Pertubuhan Peladang 2011

Bermula 17 Julai hingga 19 Julai 2011, berlangsungnya Seminar Pemantapam Akuakultur Pertubuhan Peladang 2011 di Peladang Setiu Agro Resort, Setiu, Terengganu.

Ia disertai oleh peladang serta pengurus projek di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang dari seluruh negara. Di antara kandungan kertas kerja yang akan dibentangkan dalam seminar ini adalah:

  • Status dan halatuju industri akuakultur Pertubuhan Peladang- Tuan Haji Azhar Bin Yunus, Bahagian Pengeluaran ladang, Lembaga Pertubuhan Peladang
  • Dasar dan Galakan Pelaburan Akuakultur- Dr Mazuki bin Hashim- Jabatan Perikanan
  • Pengurusan Makanan Akuakultur- Strategi Meningkatkan Hasil Industri Akuakultur- Dr Zaleha Bt Kassim- UMT
  • Teknik dan Senario Industri Penetasan Dan Pembenihan- Dr Mohd Ikhwanudin B Abdullah- UMT
  • Pengurusan Ladang Akuakultur- Dr Zainoddin Bin Jamari- Istitut Akuakultur Marin Pulau Sayak
  • Pengurusan Penyakit- Pn Hajah Nik Aiha Bt Nik Yusuf- Pusat Pengeluaran & Penyeldikan Tg Demong
  • Potensi Dan Cabaran Industri Akuakultur- Tn Haji Rosli Bin Harun- TADC Terengganu
Program seminar ini juga turut mengadakan lawatan ke tapak projek iaitu ke Pusat Pembenihan Ikan Marin PPK Setiu di Kg Limau Nipis, Gong Batu dan Projek Ternakan Ikan Air Tawar, Sg Como, Tasik Kenyir.
 
Program seminar dilihat begitu bermanfaat sekali bagi meningkatkan lagi pengeluaran makanan negara dan mengurangkan kebergantungan sumber terutama dari luar yang perlu diimport.

Diharap seminar ini menjadi batu lonjatan untuk aindustri ini mengorak langkah yang lebih jauh bukan sekadar memjadi penyumbang kepada bekalan makanan negara, malah menjadi antara pengeksport utama di rantau ini. 

Friday, January 29, 2010

Pelancaran laguna Agro Resort


Pada 1 Februari 2010, akan diadakan majlis Pelancaran LAGUNA AGRO RESORT serta Program Gotong Royong Penanaman Pokok Rhu dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu dan beberapa agensi lain yang terlibat seperti Jabatan Bomba & Penyelamat, RELA, JPA3, Pejabat Daerah Setiu, JKKK Gong Batu dan lain-lain.

Pelancaran ini diharap akan menjadi pemangkin kepada industri Pelancongan serta industri hiliran di kawasan ini dengan memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk setempat.

Ia juga sebagai sokongan kepada Jabatan Perhutanan dalam memelihara alam semulajadi wetland serta hakisan pantai di kawasan ini.

Majlis ini akan dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Setiu yang baru serta turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Setiu, Dato' Mohd Jidin Shafee, Pengarah LPP Terengganu serta beberapa pengarah negeri yang lain seperto Tourism Malaysia, Jabatan Perhutanan dan sebagainya, Turut dijemput hadir adalah pengetua-pengetua serta gurubesar sekolah-sekolah di daerah Setiu dan Besut.

Turut dijangka memeriahkan acara pada ahari tersebut adalah pelajar-pelajar pra dan sekolah rendah Kuala Setiu bagi acara mewarna kanak-kanak.

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...