nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label agro resort. Show all posts
Showing posts with label agro resort. Show all posts

Monday, July 18, 2011

Seminar Pemantapan Akuakultur Pertubuhan Peladang 2011

Bermula 17 Julai hingga 19 Julai 2011, berlangsungnya Seminar Pemantapam Akuakultur Pertubuhan Peladang 2011 di Peladang Setiu Agro Resort, Setiu, Terengganu.

Ia disertai oleh peladang serta pengurus projek di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang dari seluruh negara. Di antara kandungan kertas kerja yang akan dibentangkan dalam seminar ini adalah:

  • Status dan halatuju industri akuakultur Pertubuhan Peladang- Tuan Haji Azhar Bin Yunus, Bahagian Pengeluaran ladang, Lembaga Pertubuhan Peladang
  • Dasar dan Galakan Pelaburan Akuakultur- Dr Mazuki bin Hashim- Jabatan Perikanan
  • Pengurusan Makanan Akuakultur- Strategi Meningkatkan Hasil Industri Akuakultur- Dr Zaleha Bt Kassim- UMT
  • Teknik dan Senario Industri Penetasan Dan Pembenihan- Dr Mohd Ikhwanudin B Abdullah- UMT
  • Pengurusan Ladang Akuakultur- Dr Zainoddin Bin Jamari- Istitut Akuakultur Marin Pulau Sayak
  • Pengurusan Penyakit- Pn Hajah Nik Aiha Bt Nik Yusuf- Pusat Pengeluaran & Penyeldikan Tg Demong
  • Potensi Dan Cabaran Industri Akuakultur- Tn Haji Rosli Bin Harun- TADC Terengganu
Program seminar ini juga turut mengadakan lawatan ke tapak projek iaitu ke Pusat Pembenihan Ikan Marin PPK Setiu di Kg Limau Nipis, Gong Batu dan Projek Ternakan Ikan Air Tawar, Sg Como, Tasik Kenyir.
 
Program seminar dilihat begitu bermanfaat sekali bagi meningkatkan lagi pengeluaran makanan negara dan mengurangkan kebergantungan sumber terutama dari luar yang perlu diimport.

Diharap seminar ini menjadi batu lonjatan untuk aindustri ini mengorak langkah yang lebih jauh bukan sekadar memjadi penyumbang kepada bekalan makanan negara, malah menjadi antara pengeksport utama di rantau ini. 

Thursday, October 28, 2010

Gambar-gambar di Agro Resort


Ini gambar-gambar yang sempat blogger ambil sendiri dengan kamera 'cap ayam' di Agro resort, setiu, Terengganu.
Maklumat lanjut Agro Resort boleh lawat webnya kat www.agroresort.comwww.agroresort.com





Monday, October 25, 2010

sekali sekala melayan anak-anak




Kali ini blogger telah membawa anak-anak ke Agro Resort, Setiu, Terengganu. Sebuah resort berkonsepkan Agrotourism yang mempunyai keunikan tersendiri.


Anak-anak blogger seronok bermain dengan ikan sambil memberi makan ikan di kolam-kolam sekitar resort. Seronok sungguh mereka bermain dengan ikan-ikan yang jinak yang boleh dipegang dengan tangan.

Sungguh leka mereka bermain dengan ikan-ikan.

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...