nuffnang adv

lazada adv

Sunday, January 20, 2013

Beza minda orang KAYA dan orang MISKIN



Antara sebab mengapa orang kaya menjadi semakin kaya, orang miskin menjadi semakin miskin, dan kelas menengah serta sederhana bergelut dengan masalah hutang adalah kerana tiadanya ilmu serta kemahiran dalam menguruskan kewangan. Kita hanya belajar pasal kewangan dan wang hanyalah daripada ibu dan bapa kita.

Apa yang diamalkan oleh ibu dan bapa kita pasal kewangan, itulah yang kita amal dan praktikkan dalam hidup. Apa yang ibu dan bapa kita ajar pasal wang?  Mereka hanya berkata, "pergi sekolah dan belajar bersungguh-sungguh, bila dah besar nanti dapat kerja yang elok dan gaji besar".

Itulah rentetan cerita yang dapat dikongsi dari pengarang terkenal RICH DAD POOR DAD, Robert T Kiyosaki.

Subjek berkaitan wang dan kewangan tidak pernah di ajar secara khusus samada disekolah, kolej mahupun universiti. Kebanyakan orang yang berjaya menguruskan kewangan dengan baik dan kaya berjaya hasil dari kegagalan dan pengalaman. Mereka telah berjaya berubah dan mengubah cara berfikir tentang wang. Mereka tidak berkerja untuk wang, tetapi mereka melihat wang sebagai satu punca kuasa dan wang bekerja untuk mereka. Itulah bezanya.

Ayah yang miskin akan berkata, : "saya tidak mampu memilikinya", tetapi ayah yang kaya  akan berkata, " bagaimana untuk memilikinya?. Frasa ini akan memaksa otak untuk bekerja dan menjadi jalan bagaimana cara untuk memiliki sesuatu yang kita impikan. Mesti ada jalan dan caranya. Ini akan melatih 'super komputer' kita yang terhebat iaitu MINDA untuk sentiasa berfikir dan menjadi lebih kuat, tajam dan sentiasa berinteraksi. Lebih kuat dan panjang akal bermakna lebih banyak wang akan dapat dicari. Kata-kata "saya tidak mampu memilikinya" adalah tanda-tanda kemalasan minda.

Inilah diantara masalah dan dilemma yang berlaku disekeliling kita. Kebanyakan orang kita yang miskin adalh mereka yang tidak berpelajaran dan tidak berjaya menggunakan minda secara baik dan positif. Terlalu banyak halangan dan sekatan dalam minda mereka. "Ini tak boleh", susahlah, kita ni siapa, mana kita mampu,   cukuplah dengan apa yang ada, adalah di antara ungkapan yang selalu kita dengar.

Ungkapan ini jelas menghalang minda untuk berfikir dan bekerja untuk kita dan seterusnya merubah hidup kita untuk kaya dan berjaya.

Orang yang selalu melatih otaknya akan menjadi KAYA dan senang di masa hadapan, akan tetapi mereka yang menidurkan otaknya akan mengalami masalah dan kesulitan wang di masa hadapan walaupun bergaji besar dan berpangkat.

Senaman fizikal akan meningkatkan peluang kita untuk menjadi sihat dan senaman minda meningkatkan peluang kita untuk menjadi kaya. Oleh itu selalulah kita menajamkan minda kita dengan sentiasa berfikir, merancang, membaca, mentaakul, serta mencerna maklumat supaya kita akan menjadi seorang yang produktif danlam berfikir, insyaallah.

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...