nuffnang adv

lazada adv

Friday, December 28, 2012

Jadilah TRIM TAB, ia mampu mengubah halatuju hidup dan kareer anda



Jadilah 'Trim Tab' atau Kemudi, walaupun ianya kecil tapi ia memberikan kesan yang besar kepada halatuju kapal. Dengan kata lain, walaupun perubahan yang kita buat adalah kecil, tapi ia kan memberi kesan atau impak yang besar.

Ada satu kisah yang berlaku di kepada seorang pengetua iaitu Madelina Cartwright iaitu pengetua kepada sebuah sekolah yang bermasalah.

Pada hari pertama melapor diri ke sekolah didapati keadaan sekolah yang amat teruk, kotor berbau busuk, dengan bangunan yang kotor dan kusam, ditambah lagi dengan kakitangan yang tidak bersemangat, sikap ibubapa yang tidak ambil peduli kepada anak-anak. Kebanyakan kanak-kanak adalah merak dari kawasan yang musnah atau porak peranda dengan gejala dadah dikalangan ibubapa mereka.

Perkara pertama yang dilakukan oleh Madelina adalah turun sendiri ke bilik air pelajar dan membersih sendiri kekotoran bilik air pelajar. Tindakan mudah ini telah memeranjatkan semua warga sekolah.

kemudian beliau cuba mendapatkan kerjasama beberapa orang ibubapa pelajar untuk membersih dan mengecat semula bangunan sekolah supaya lebih ceria, bersih dan selamat. Itu baru menyelesaikan masalah pertama.

Dalam mengharungi masalah kedua, iaitu ramai pelajar datang ke sekolah dengan pakaian yang kotor kerana pelajar tiada pakaian atau baju tidur. Kebanyakan mereka tidur dengan baju sekolah bersebelahan dengan adik mereka yang kencing malam. Ini membuatkan pakaina berbau hancing dan busuk menyebabkan mereka malu nak ke sekolah.

Dalam menangani usaha ini, Madelina mula mengumpul pakaian terpakai dan mula mencari sedikit dana untuk membeli mesin basuh. Setiap hari baju sekolah kanak-kanak akan dibasuh oleh petugas dan mereka akan memakai pakaian terpakai yang dikumpul sementara pakaian mereka di basuh. Dan kanak-kanak akan pulang dengan pakaian yang bersih ke rumah setiap hari.

Walaupun begitu, tindakan Magdelina ini tetap di kritik. namun beliau tetap pendirian dengan katanya, " Jangan beritahu saya apa kerja saya, dan apa bukan kerja saya. Saya yang mahu melakukannya'.

dari hari ke sehari semakin ramai yang mula menyumbangkan masa mereka pada sekolah dan keadaan di sekolah mula berubah dengan suasana yang ceria, bersih serta kanak-kanak yang mula bersemangat untuk belajar, juga perhatian ibubapa pada sekolah mula berubah.

Selepas 3 tahun, sekolah itu telah terpilih dengan lonjakan akademik yang tertinggi dalam daerah. Sumbangan pengetua Magdelina bukanlah hebat, ia hanya perubahan yang kecil, tetapi kesannya HEBAT bukan? Ia mengubah suasana sekolah dengan berkesan sekali.

Kita sering mengharapkan suatu yang BESAR untuk berubah, tetapi kita selalu lupa untuk mengubah perkara KECIL yang mampu mengubah perkara yang BESAR. Itulah Trim Tab!

sumber: Great work great career- Stephen r cover & Jennifer Colosimo

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...