nuffnang adv

lazada adv

Friday, January 25, 2013

JALAN UNTUK KAYA, Fahami ASET dan LIABILITI


Manakala LIABILITI adalah tanggungan dan ianya memerlukan pendapatn kita untuk melunaskannya sebagai contoh pendapatan atau gaji kita diperlukan bagi menjelaskan bil utiliti, sewa, cukai atau perbelanjaan tanggungan lain.

Bagi mereka yang belajar akaun, tiada masalah untuk memahami istilah ' ASET' dan LIABILITI. Tetapi secara konsepnya memang nampak mudah, cuma untuk diimplimentasikan dan dilaksanakan ia memerlukan perancangan.

Hakikatnya tiada jalan mudah untuk menjadi 'KAYA". Ia memerlukan disiplin kewangan, pengorbanan untyuk mendapatkan pulangan.

ASET secara asasnya adalah pengumpulan harta daripada pendapatan bagi mendapatkan pulangan samada secara tunai, dividen, saham dan sebagainya.



Pendapatan daripada ASET yang melebihi LIABILITI ini akan menjamin kita untuk menjamin KAYA. Walaubagaimanapun ia bukan jalan yang mudah untuk di rintis.

Bagi orang MISKIN, pendapatan yang dimiliki adalah hanya dapat menampung LIABILITI malah tidak mencukupi untuk membiayainya, malah terpaksa berhutang untuk meneruskan hidup. Setiap kali hari gaji adalah hari yang menggembirakan untuk beberapa ketika, kemudian nafas mula mencungap untuk menanti gaji dibulan yanh akan datang.

Bagi golongan sederhana dan pertengahan, walaupun memiliki pendapatan yang baik, tetapi masih mempunyai LIABILITI yang tinggi untuk ditanggung setiap bulan, akibat gaya hidup yang sukar diubah sehingga terpaksa menggunakan kad kredit untuk menjelaskan hutang dan seterusnya menggali lubang hutang yang lebih besar untuk menjelaskan hutang.
Bagi orang KAYA, disiplin kewangan yang diamalkan di mana simpanan adalah keutamaan, tidak mengira berapa punca pendapatan, kemudian hasil SIMPANAN mula dikembangkan untuk membina ASET yang akan memberi pulangan dan pendapatan tambahan sehingga LIABILITI menjadi semakin  mengecil kerana pulangan ASET jauh lebih besar dari LIABILITI.

Ramai golongan pertengahan mereka membina ASET dengan membeli rumah contohnya, tetapi mereka menanggung kos penyelenggaraan yang besar setiap bulan tetapi tiada pulangan daripada pembelian ASET tersebut. Ini menjadikan perbelanjaan bulanan @ LIABILITI bulanan menjadi semakin besar. Dan ia mengurangkan peluang untuk membina SIMPANAN dan mengembangkan ASET.

Jadi dari sini kita perlu faham akan peranan ASET dan apa itu LIABILITI. Orang kaya adalah mereka yang memiliki ASET yang banyak dan besar manakala orang MISKIN adalah mereka yang memiliki LIABILITI yang besar melebihi pendapatan.
Perlu kita ingat, tidak penting berapa banyak wang yang kita dapat, tetapi berapa banyak wang yang dapat kita simpan. Simpanan adalah kuasa bagi membina ASET.

Terima kasih Robert T Kiyosaki di atas inspirasi ASET dan LIABILITI ini.

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...