nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label simpanan. Show all posts
Showing posts with label simpanan. Show all posts

Friday, January 25, 2013

JALAN UNTUK KAYA, Fahami ASET dan LIABILITI


Manakala LIABILITI adalah tanggungan dan ianya memerlukan pendapatn kita untuk melunaskannya sebagai contoh pendapatan atau gaji kita diperlukan bagi menjelaskan bil utiliti, sewa, cukai atau perbelanjaan tanggungan lain.

Bagi mereka yang belajar akaun, tiada masalah untuk memahami istilah ' ASET' dan LIABILITI. Tetapi secara konsepnya memang nampak mudah, cuma untuk diimplimentasikan dan dilaksanakan ia memerlukan perancangan.

Hakikatnya tiada jalan mudah untuk menjadi 'KAYA". Ia memerlukan disiplin kewangan, pengorbanan untyuk mendapatkan pulangan.

ASET secara asasnya adalah pengumpulan harta daripada pendapatan bagi mendapatkan pulangan samada secara tunai, dividen, saham dan sebagainya.



Pendapatan daripada ASET yang melebihi LIABILITI ini akan menjamin kita untuk menjamin KAYA. Walaubagaimanapun ia bukan jalan yang mudah untuk di rintis.

Bagi orang MISKIN, pendapatan yang dimiliki adalah hanya dapat menampung LIABILITI malah tidak mencukupi untuk membiayainya, malah terpaksa berhutang untuk meneruskan hidup. Setiap kali hari gaji adalah hari yang menggembirakan untuk beberapa ketika, kemudian nafas mula mencungap untuk menanti gaji dibulan yanh akan datang.

Bagi golongan sederhana dan pertengahan, walaupun memiliki pendapatan yang baik, tetapi masih mempunyai LIABILITI yang tinggi untuk ditanggung setiap bulan, akibat gaya hidup yang sukar diubah sehingga terpaksa menggunakan kad kredit untuk menjelaskan hutang dan seterusnya menggali lubang hutang yang lebih besar untuk menjelaskan hutang.
Bagi orang KAYA, disiplin kewangan yang diamalkan di mana simpanan adalah keutamaan, tidak mengira berapa punca pendapatan, kemudian hasil SIMPANAN mula dikembangkan untuk membina ASET yang akan memberi pulangan dan pendapatan tambahan sehingga LIABILITI menjadi semakin  mengecil kerana pulangan ASET jauh lebih besar dari LIABILITI.

Ramai golongan pertengahan mereka membina ASET dengan membeli rumah contohnya, tetapi mereka menanggung kos penyelenggaraan yang besar setiap bulan tetapi tiada pulangan daripada pembelian ASET tersebut. Ini menjadikan perbelanjaan bulanan @ LIABILITI bulanan menjadi semakin besar. Dan ia mengurangkan peluang untuk membina SIMPANAN dan mengembangkan ASET.

Jadi dari sini kita perlu faham akan peranan ASET dan apa itu LIABILITI. Orang kaya adalah mereka yang memiliki ASET yang banyak dan besar manakala orang MISKIN adalah mereka yang memiliki LIABILITI yang besar melebihi pendapatan.
Perlu kita ingat, tidak penting berapa banyak wang yang kita dapat, tetapi berapa banyak wang yang dapat kita simpan. Simpanan adalah kuasa bagi membina ASET.

Terima kasih Robert T Kiyosaki di atas inspirasi ASET dan LIABILITI ini.

Monday, December 13, 2010

Simpanan Melalui KWSP anda tahu??

Masih ramai yang tidak sedar bahawa mereka juga layak menjadi pelabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP.  Di bawah skim ini, anda layak melabur sebahagian daripada simpanan KWSP anda dengan institusi yang dilantik antaranya PUBLIC MUTUAL BHD.
Dibawah skim ini, ahli dibenarkan melabur 20% daripada baki yang melebihi amaun simpanan asas dalam akaun 1 (sebagaimana jadual di bawah). Pelaburan minimum adalah RM1,000.00

JADUAL JUMLAH SIMPANAN ASAS DALAM AKAUN 1

 Umur  Simpanan Asas
 (RM)
 Baki Minimum
Layak melabur (RM)
 Umur  Simpanan Asas
(RM)
 Baki Minimum Layak melabur (RM)
 18  1,000  6,000  37  34,000 39,000 
 19  2,000 7,000   38  37,000 42,000 
 20  3,000 8,000   39  41,000 46,000 
 21  4,000 9,000   40  44,000 49,000 
 22  5,000 7,000   41  48,000 53,000 
 23  7,000 12,000   42  51,000 56,000 
 24  8,000 13,000   43  55,000 60,000 
 25  9,000 14,000   44  59,000 64,000 
 26  11,000 16,000   45  64,000 69,000 
 27  12,000 17,000   46  68,000 73,000 
 28  14,000 19,000   47  73,000 78,000 
 29  16,000 21,000   48  78,000 83,000 
 30  18,000 23,000   49  84,000 89,000 
 31  20,000 25,000   50  90,000 95,000 
 32  22,000 27,000   51  96,000 101,000 
 33  24,000 29,000   52  102,000 107,000 
 34  26,000 31,000   53  109,000 114,000 
 35  29,000 34,000   54  116,000 121,000 
 36  32,000 37,000   55  120,000 125,000 

CONTOH PENGIRAAN KELAYAKAN


 Umur  Akaun 1 (RM)  Simpanan Asas (RM)  Pengiraan
Akaun 1- simpanan asas x 20%
   
 29  20,000  16,000  (20,000-16,000) x 20% = RM800  Minima pelaburan adalah
RM1000.00, jadi tidak layak
 
 35 40,000   29,000  (40,000-29,0000 x 20% =RM2200  layak melabur  
 45 80,000  64,000  (80,000-64,0000 x 20%= RM3200   layak melabur

Ahli yang layak melabur boleh membuat pengeluaran setiap tiga (3) bulan sekali.
contohnya, jika anda telah membuat pengeluaran kali pertama pada 1 Mac 2010,
anda boleh membuat pengeluaran kali kedua tiga bulan kemudian, iaitu pada
atau selepas 1 Jun 2010 dengan syarat baki kiraan anda masih layak untuk
melabur.

Garis Panduan Pelaburan
Ahli-ahli layak untuk memohon jika mereka;
  • mempunyai baki akaun 1 melebihi jumlah simpanan asas mengikut
  • jadual di atas
  • berumur tidak melebihi 55 tahun
Untuk mengetahui samada anda layak;
  • semak penyata akaun KWSP anda yang terkini
  • semak baki anda di www.kwsp.gov.my jika anda adalah pendaftar i-Akaun
  • dapatkan penyata terkini di mana-mana pejabat KWSP berhampiran anda
  • tulis surat kepada pejabat KWSP untuk mengetahui baki terkini

Setelah mendapat penyata terkini dan LAYAK, hubungi perunding anda di talian
019-9044003 Ahmad Sanusi untuk proses mengisi borang, serta cap jari dan selanjutnya.
Pelaburan lebih awal adalah lebih baik dengan
pulangan yang lebih baik, semakin berumur,
semakin kecil peluang anda untuk melabur
melalui skim KWSP ini.
Bayangkan pulangan pelaburan anda melebihi
15% setahun berbanding dengan pulangan
dividen KWSP hanya sekitar
4% hingga 5.5% setahun.
 (untuk maklumat lanjut, boleh hubungi perunding anda Ahmad Sanusi- 0199044003 atau email kepada sisnanuc@yahoo.com)

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...