nuffnang adv

lazada adv

Thursday, November 15, 2012

Imbas kembali Genocide: Kem Sabra dan Shatilla, pelarian Palestine disembelih dan dibunuh.



Peristiwa penyembelihan di Kem Sabra dan Shatilla telah berlaku pada bulan September 1982, di Beirut, Lubnan.

Pada awalnya, Palestine Liberation Organization (PLO) telah terlibat dalam satu pertikaian dengan Israel dan Kumpulan Nasrani Lubnan, Phalangist. Ketika itu, Phalangist diketuai oleh Bachir Gemayel yang terkenal dengan kekejaman.

Pada 14 September 1982, Bachir Gemayel telah di bunuh dan PLO dituduh terlibat dalam pembunuhan itu lalu menimbulkan kemarahan Phalangist. Mereka berpakat dengan regim Israel bagi menceroboh Kem Sabra dan Shatilla yang menempatkan pelarian Palestin.

Dalam tempoh 36 jam, Phalangist telah menyembelih beratus-ratus orang pelarian di kem itu. Dalam masa yang sama Pasukan Pertahanan Israel (IDF) pula mengawal setiap pintu masuk ke kem tersebut. Pembunuhan ini berterusan selama 3 hari dan laporan perkembangannyatelah dihantar ke Tel Aviv dari semasa ke semasa.

Jumlah sebenar mangsa yang terkorban tidak diketahui namun International Committee of The Red Cross (ICRC) melaporkan seramai 2,750 orang mangsa terkorban manakala Amon Kapeliuk, seorang wartawan Israel yang terkenal melaporkan seramai lebih 3,000 orang telah terkorban. Manakalapihak tentera Israel hanya melaporkan seramai 700 hingga 800 orang sahaja yang terkorban.


Ariel Sharon, Menteri Pertahanan Israel ketika itu yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Israel dilaporkan telah mengarah tentera Zionis Israel untuk bekerjasama dengan Phalagist bagi menjalankan misi pembunuhan kejam terhadap pelarian kem berkenaan.

Akibat peristiwa itu juga, Ariel Sharon telah didapati bersalahdan jawatannya sebagai Menteri Pertahanan Israel dilucutkan dan kini beliau masih koma terdampar di hospital sejak beberapa tahun lepas. Mungkin inilah balasan tuhan di dunia di atas kekejaman yang telah dilakukan untuk peringatan.

(sumber: Travelog misteri: Israel Kuasai Dunia, Mohd Nadzri Kamsin)

Blogger: Imbasan berita ini adalah untuk mengingatkan kita bahawa kekejaman Israel adalah lebih daripada ini. Ini mungkin sebahagian kecil kekejaman yang dapat dilaporkan. Malah mungkin banyak lagi kekejaman dan rancangan lain yang hebat dan dahsyat dalam menyiksa rakyat Palestin dan juga yang menyokong rakyat Palestin. Serangan Israel ke atas Gaza pada 15 Nov 2012 bersamaan awal Muharram 1434 adalah tindakan dan kekejaman regim Zionis secara berterusan untuk melemahkan rakyat Palestin. Ia juga menguji sensitiviti umat Islam dunia terhadap penindasan yang berlaku di Palestin.

Mari kita renung apa perjuangan kita dalam membantu saudara kita di Palestin? Adakah kita sudah menderma membantu meringankan beban? Bilakah kali terakhir? Adakah kita masih meberi ruang kepada produk-produk yang jelas menyokong Israel? Adakah kita memberi kesedaran dan kefahaman kepada sahabat, anak-anak kita tentang apa yang berlaku di Palestin? JIka usaha jihad ini dibuat dengan bersungguh, ia mampu membangkitkan kesedaran serta semangat jihad, paling tidak pun kita boleh menolong menghulurkan bantuan kewangan dan sebagainya supaya saudara kita di sana terbela. Ayuh gandakan semangat jihad... Allahuakbar

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...