Untuk entry kali ini, blogger ingin berkongsi tentang buku yang sedang blogger habiskan iaitu ART OF DECEPTION, Amerika, Freemason, Zionis, Mereka menipu dunia oleh Jerry D Gray.
Buku ini menceritakan banyak perkara penting tentang pembohongan Kerajaan Amerika Syarikat kepada dunia termasuk kita seperti peristiwa 9/11/2001 iaitu Kemusnahan Bangunan WTC, Pentagon dan ianya dijelaskan dengan gambar dan penjelasan yang baik.
Anda patut membacanya agar anda dapat membuat pertimbangan yang baik terhadap isu yan berlaku di dunia hari ini samada yang berlaku di Amerika sendiri, Gaza, Palestin dan sebagainya.
Ia dapat memberi anda fahaman tentang Zionis dan apa misi mereka terhadap Islam. Apa yang telah mereka lakukan dan akan lakukan.
Penerbit buku ini adalah PTS Islamika dengan harga RM20.00 dengan sinopsis:
"Perbahasan mengenai apakah agenda Amerika dan Zionis mewujudkan satu kuasa pemerintahan dunia atau dikenali sebagai New World Order. Membongkar misteri yang menyeliputi peristiwa 9 September dan kenapa ia berlaku. Juga bagaimana menangkis fahaman Islamphobia yang menyatakan Islam adalah agama pengganas dan memberi jawapan kepada dunia yang termakan hujah-hujah yang tidak berasas. Bagaimana al-Quran memberikan jawapan dan paparan sebenar oleh Jerry D. Gray, mualaf yang berhijrah selepas melihat sendiri penipuan yang dilakukan oleh pemimpin negaranya sendiri, Amerika Syarikat."
Manakala pandangan mereka yang telah membacanya adalah:
"Buku ini mengungkap peristiwa 11/9 yang menghancurkan bangunan WTC di Washington, Amerika. Ada banyak agenda tersembunyi yang dirancangkan oleh Amerika Syarikat dalam peristiwa tersebut.
Misteri yang menyelubungi peristiwa 9/11 atau 11 September 2001 terjawab
sudah. Peristiwa yang menghancurkan bangunan WTC di New York dan
Pentagon di Washington Amerika ini secara realitinya sangat jauh berbeza
dengan apa yang dikatakan oleh Pemerintah Amerika Syarikat. Ini
bukanlah sebuah tindakan pengganas seperti yang mereka katakan. Menurut
penulis, kejadian 9/11 adalah sebuah rangkaian kejadian dari sebuah
penipuan yang besar.
Di dalam buku ini Jerry D. Gray mengajak
pembaca memikirkan sejenak fakta fakta yang belum dipaparkan secara
terbuka dan pembaca boleh membuka mata untuk memahami apa yang
sebenarnya terjadi di sebalik peristiwa 9/11 tersebut. Penulis juga
mengatakan bahwa peristiwa ini ada hubungannya dengan organisasi rahsia
dan Dajjal.
Tentang
konspirasi 9/11 dikongsikan tentang pihak Illuminati dan Freemason ada 4
tujuan dengan peristiwa 9/11 ini. Bukan tulisan Jerry D Gray tetapi
dari sebuah forum.
1.
Mencabar kuasa Allah. Kenapa tarikh 9/11 dipilih? Mereka ‘skip’ nombor
10 sebab nombor 10 ini melambangkan kesempurnaan (bagi mereka). Hanya
Allah s.w.t sahaja yang bersifat sempurna. Jadi mereka ‘skip’ bilangan
nombor 10 itu kepada nombor/tarikh 9, 11. Maka tiada nombor 10 di situ.
Mereka juga terapkan 911 ini dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai
contoh di Amerika Syarikat, bagi mendapatkan bantuan kecemasan, sila
dail 911? Adakah ini satu kebetulan? Bagi memohon pertolongan?
2. Sebagai simbol kemusnahan Kaabah
3. Untuk mempengaruhi politik dunia bagi rancangan terakhir New World Order.
4. Untuk membina “the Darkest Stargates”. (berkaitan dengan kepercayaan sihir golongan Freemason / Illuminati)
Tujuan ke-3 mungkin anda semua sudah tahu. 9/11 ini adalah modal besar untuk Amerika Syarikat menyerang negara-negara Islam dan jadikan Israel sebagai kuasa utama dunia bagi menyambut The False Messiah-Dajal.
Di sini saya terangkan tujuan ke-2. Iaitu sebagai Simbol kemusnahan Kaabah.
Kaabah
adalah satu pusat tenaga positif yang paling besar di bumi. Tenaga apa?
Ada 3 tenaga yang saling berkaitan antara satu sama lain.
1. Minda/Akal
2. Tubuh/Jasmani.
3. Roh/Batin.
1. Minda/Akal
2. Tubuh/Jasmani.
3. Roh/Batin.
Jika
anda kurang faham tentang potensi diri, anda tidak akan faham betapa
pentingnya sistem penguasaan itu. Jika dikaji tubuh anda sehingga atom
terkecil apa anda akan temui? Atom, elektron, proton. Apa makna semua
ni? Ini bermakna diri anda pada asasnya adalah tenaga. Begitu juga bumi
dan seluruh alam semesta. Ini bermakna Allah jadikan kita sebagai
pemancar tenaga. Dimana kita boleh dipengaruhi oleh tenaga disekeliling
dan yang paling penting kita boleh mempengaruhi tenaga disekeliling
kita.
Kita
boleh keluarkan tenaga positif, mahupun negatif. Kita juga boleh
dipengaruhi tenaga positif dan negatif. Bagaimana ini berlaku?
Jika
kita hasilkan tenaga positif berfrekuensi tinggi, tenaga tu akan
bergabung dengan tenaga luaran positif. Jadi kita akan dikelilingi oleh
kuasa positif dan begitulah sebaliknya. " oleh http://belimbingbintang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment