nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label protokol zionis. Show all posts
Showing posts with label protokol zionis. Show all posts

Monday, March 31, 2014

Protokol Zionis



1901


Protokol Zionis secara ringkas dan beberapa tajuk penting yang menjurus kepada apa yang sedang berlaku di sekeling kita agar mudah difahami.

 Artikel penuh mengenai Protokol ini disiarkan selepasnya dalam bahasa Inggeris.
disertakan juga satu rencana pendek untuk menerangkan kandungan 24 protokol yahudi ini. 

Sedikit Tentang Protokol Zionis

Bilakah protokol-protokol ini diwujudkan? Tidak ada maklumat yang jelas. Namun ia nampak berkaitan dengan Muktamar Bale 1897 di Switzerland. Dalam muktamar tersebut, para pemuka Yahudi membincangkan cara-cara untuk menzalimi umat-umat selain Yahudi. Protokol-protokol ini disimpan secara rahsia.

Suatu hari, berlaku pertemuan rahsia antara seorang wanita Kristian dari Peranchis dengan seorang pemimpin besar Zionis di Paris. Secara tidak sengaja wanita itu telah melihat sebahagian daripada isi kandungan protokol lalu dicurinya sebahagian. Kejadian ini berlaku pada tahun 1901.


Wanita Peranchis ini khuatir akan keselamatan dirinya lalu menyerahkannya kepada seorang Ketua Perisik Rusia. Perisik ini pula menyerahkannya kepada Professor Sergay Niloss. Setahun kemudian si professor menyiarkan isi protokol itu dalam bahasa Rusia.

Sebaik-baik sahaja ia disiarkan, serta-merta penganjur Muktamar Bale iaitu Teodor Herzl mengisytiharkan kehilangannya. Penyebaran bahan-bahan itu boleh mendatangkan bahaya kepada kaum Yahudi.

Orang-orang Yahudi marah dengan kejadian ini tetapi menafikan kaitan mereka dengan dokumen-dokumen itu. Menurut mereka, ada pihak yang sengaja memfitnah kaum Yahudi. Malangnya usaha mereka tidak berhasil kerana apa yang sedang berlaku di dunia memang sepadan dengan isi kandungannnya. Mustahil semua itu satu kebetulan saja.


Setiap kali buku tentang protokol ini diterbitkan, dengan begitu pantas pula ia hilang dari pasaran. Dipercayai kaum Yahudi mengumpulkan buku-buku ini secara rahsia lalu menghilangkannya dari pasaran. Ia pernah diterbitkan pada tahun 1905, 1911 dan 1917 tetapi hilang dari pasaran dengan cara yang ajaib.

Protokol-protokol yang sampai ke tangan kita berjumlah 24 protokol. Secara keseluruhannya ia bermatlamatkan penguasaan bangsa Yahudi ke atas seluruh dunia.

Antara isi terpenting Protokol 1: 

Sebaik-baik cara untu menguasai dunia ialah dengan merampas kekuasaan dan ancaman, bukan dengan perundingan ilmiah.

Isi penting Protokol 2: 

Sebenarnya kejayaan Darwin, Marx dan Nietche sudah lama kita merancangnya...

Media akhbar adalah satu-satunya kekuatan besar yang membolehkan kita menguasai manusia.

Kini persuratkhabaran telah berada dalam tangan kita, dan melaluinya kita telah mendapat pengaruh, emas bertimbun tanpa kita memperlihatkan (muslihat ini) kepada umum.


Isi penting Protokol 8:

...menganjurkan agar jawatan-jawatan terpenting diserahkan kepada orang-orang yang mempunyai rekod yang tidak baik serta rosak akhlaknya...

Kita akan memilih presiden (pemimpin-pemimpin negara) antara orang yang bijak pandai, yang kita bentuk (asuh) ataupun dari konco-konco kita.

Isi penting Protokol 12:

Kita akan cuba melalaikan orang ramai dengan pelbagai corak hiburan dan permainan-permainan (sukan terutamanya) bagi memenuhi masa lapang mereka...

...kita akan menjemput orang ramai supaya menyertai pelbagai perlumbaan (pertandingan) dalam segala lapangan seperti kesenian, sukan dan sebagainya.


Isi penting Protokol 16:

Kita akan mengubah semua universiti lalu membangunkannya semula mengikut rancangan-rancangan kita yang khusus...

Isi penting Protokol 17: 

Kita akan cuba mencacatkan kehormatan ahli-ahli agama kaum asing (selain Yahudi) supaya kita berjaya menimpakan keburukan ke atas perutusannya, dan masanya tidak lama lagi, hanya beberapa tahun sahaja agama Kristian akan merosot ke peringkat yang paling rendah....

...dan Raja Israel akan menjadi "Pope" kepada dunia.

Isi penting Protokol 19: 

... semua pemberontakan (penentangan) terhadap kita hendaklah diumpamakan seperti gonggongan anjing terhadap gajah. ...hendalah gajah (Yahudi) menunjukkan kekuasaannya dengan satu cara yang boleh membinasakan supaya anjing-anjing itu berhenti daripada menggonggong...

sumber: Abu Zulfiqar "Alexanderwathern"

tq: king of the east

Wednesday, November 21, 2012

Review, Art Of Deception, bagaimana Amerika Syarikat menipu kita semua..


Untuk entry kali ini, blogger ingin berkongsi tentang buku yang sedang blogger habiskan iaitu ART OF DECEPTION, Amerika, Freemason, Zionis, Mereka menipu dunia oleh Jerry D Gray. 

Buku ini menceritakan banyak perkara penting tentang pembohongan Kerajaan Amerika Syarikat kepada dunia termasuk kita seperti peristiwa 9/11/2001 iaitu Kemusnahan Bangunan WTC, Pentagon dan ianya dijelaskan dengan gambar dan penjelasan yang baik.

Anda patut membacanya agar anda dapat membuat pertimbangan yang baik terhadap isu yan berlaku di dunia hari ini samada yang berlaku di Amerika sendiri, Gaza, Palestin dan sebagainya.

Ia dapat memberi anda fahaman tentang Zionis dan apa misi mereka terhadap Islam. Apa yang telah mereka lakukan dan akan lakukan.

Penerbit buku ini adalah PTS Islamika dengan harga RM20.00 dengan sinopsis:

"Perbahasan mengenai apakah agenda Amerika dan Zionis mewujudkan satu kuasa pemerintahan dunia atau dikenali sebagai New World Order. Membongkar misteri yang menyeliputi peristiwa 9 September dan kenapa ia berlaku. Juga bagaimana menangkis fahaman Islamphobia yang menyatakan Islam adalah agama pengganas dan memberi jawapan kepada dunia yang termakan hujah-hujah yang tidak berasas. Bagaimana al-Quran memberikan jawapan dan paparan sebenar oleh Jerry D. Gray, mualaf yang berhijrah selepas melihat sendiri penipuan yang dilakukan oleh pemimpin negaranya sendiri, Amerika Syarikat."

Manakala pandangan mereka yang telah membacanya adalah:

"Buku ini mengungkap peristiwa 11/9 yang menghancurkan bangunan  WTC di Washington, Amerika.  Ada banyak agenda tersembunyi yang dirancangkan oleh Amerika Syarikat dalam peristiwa tersebut.
Misteri yang menyelubungi peristiwa 9/11 atau 11 September 2001 terjawab sudah. Peristiwa yang menghancurkan bangunan WTC di New York dan Pentagon di Washington Amerika ini secara realitinya sangat jauh berbeza dengan apa yang dikatakan oleh Pemerintah Amerika Syarikat. Ini bukanlah sebuah tindakan pengganas seperti yang mereka katakan. Menurut penulis, kejadian 9/11 adalah sebuah rangkaian kejadian dari sebuah penipuan yang besar.
Di dalam buku ini Jerry D. Gray mengajak pembaca memikirkan sejenak fakta fakta yang belum  dipaparkan secara terbuka dan pembaca boleh membuka mata untuk memahami  apa yang sebenarnya terjadi di sebalik peristiwa 9/11 tersebut. Penulis juga mengatakan bahwa peristiwa ini ada hubungannya dengan organisasi rahsia dan Dajjal.

Tentang konspirasi 9/11 dikongsikan tentang pihak Illuminati dan Freemason ada 4 tujuan dengan peristiwa 9/11 ini. Bukan tulisan Jerry D Gray tetapi dari sebuah forum.
1. Mencabar kuasa Allah. Kenapa tarikh 9/11 dipilih? Mereka ‘skip’ nombor 10 sebab nombor 10 ini melambangkan kesempurnaan (bagi mereka). Hanya Allah s.w.t sahaja yang bersifat sempurna. Jadi mereka ‘skip’ bilangan nombor 10 itu kepada nombor/tarikh 9, 11. Maka tiada nombor 10 di situ. Mereka juga terapkan 911 ini dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh di Amerika Syarikat, bagi mendapatkan bantuan kecemasan, sila dail 911? Adakah ini satu kebetulan? Bagi memohon pertolongan?
2. Sebagai simbol kemusnahan Kaabah
3. Untuk mempengaruhi politik dunia bagi rancangan terakhir New World Order.
4. Untuk membina “the Darkest Stargates”. (berkaitan dengan kepercayaan sihir golongan Freemason / Illuminati)
Tujuan ke-3 mungkin anda semua sudah tahu. 9/11 ini adalah modal besar untuk Amerika Syarikat menyerang negara-negara Islam dan jadikan Israel sebagai kuasa utama dunia bagi menyambut The False Messiah-Dajal.
Di sini saya terangkan tujuan ke-2. Iaitu sebagai Simbol kemusnahan Kaabah.
Kaabah adalah satu pusat tenaga positif yang paling besar di bumi. Tenaga apa? Ada 3 tenaga yang saling berkaitan antara satu sama lain.
1. Minda/Akal
2. Tubuh/Jasmani.
3. Roh/Batin.
Jika anda kurang faham tentang potensi diri, anda tidak akan faham betapa pentingnya sistem penguasaan itu. Jika dikaji tubuh anda sehingga atom terkecil apa anda akan temui? Atom, elektron, proton. Apa makna semua ni? Ini bermakna diri anda pada asasnya adalah tenaga. Begitu juga bumi dan seluruh alam semesta. Ini bermakna Allah jadikan kita sebagai pemancar tenaga. Dimana kita boleh dipengaruhi oleh tenaga disekeliling dan yang paling penting kita boleh mempengaruhi tenaga disekeliling kita.
Kita boleh keluarkan tenaga positif, mahupun negatif. Kita juga boleh dipengaruhi tenaga positif dan negatif. Bagaimana ini berlaku?
Jika kita hasilkan tenaga positif berfrekuensi tinggi, tenaga tu akan bergabung dengan tenaga luaran positif. Jadi kita akan dikelilingi oleh kuasa positif dan begitulah sebaliknya.  " oleh http://belimbingbintang.blogspot.com

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...