nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label viral. Show all posts
Showing posts with label viral. Show all posts

Sunday, February 19, 2017

Cikgu Ezlie di bela bekas anak murid setelah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.. apa cerita sebenarnya??



KES GURU ROGOL BUDAK BAWAH UMUR?
saya sebagai anak murid (silat) kepada cikgu terbabit telah menziarahi cikgu sy hari ini, dan dia telah menceritakan kisah yang sebenar !
sepanjang saya mengenali dan menjadi ank murid cg ezlie selama 10tahun dia sangat menjaga batas pergaulan dengan muridnya (perempuan). bukan sahaja sentuh, bahkan pandang pun jarang, dia tidak pernah mengambil kesempatan dan 'menggatal' dgn sy atau murid2 lain. berita ini sangat mengejutkn kami , sbb kami memang mengenali beliau yg terkenal dgn sikap yg baik hati dan hormat terhadap semua murid nya . perkara pertama yg terlintas di fikiran sy adalah berita ini tidak sahih atau fitnah sahaja semata-mata.

 No automatic alt text available.

penuduh(mangsa rogol) adalah seorang murid di sekolah taman melawati yg juga anak murid silat beliau di sekolah tersebut , mklumat yang sy terima , penuduh yang dikenali sebagai izzah juga mempunyai perasaan suka terhadap tertuduh (cikgu ezlie), bahkan ibu beliau juga pernah menyuruh cikgu ezlie berkahwin dengan anak nya (izzah), tetapi cinta nya tidak di balas Oleh Cikgu , kerana Cikgu mengangap murid nya seperti anak nya sendiri . Izzah juga seorang murid yang bermasalah sosial. sebaik sahaja sy melihat photo mangsa , terus terlintas di fikiran sy 'ada ke org selera dgn bdk mcm ni , lalu mkn ke muka mcm tu ' , ramai lagi murid cikgu yang lawa sebab cikgu ezlie mengajar silat di pelbagai tempat dan sekolah, tidak pula sy melihat Cikgu 'mengurat' mereka, kerana Dia bkn seorang yg mcm tu. murid perempuan yang lain juga terkejut dgn berita ini kerana mereka sgt mengenali perangai cikgu. bahkan student2 uia yang mengenali cikgu ezlie juga sangat terkejut dengan berita ini.

No automatic alt text available.

PROSES BICARA MAHKAMAH
semasa proses bicara di mahkamah , pihak penuduh tidak mempunyai bukti yg kukuh , hanya kerana penuduh seorang perempuan bawah umur yang pandai memberi keterangan, result doktor juga tidak mempunyai tanda2 yang dia di rogol oleh cikgu tersebut, dan beliau(izzah) juga mempunyai teman lelaki Dan pernah ber jumpa beberapa kali. (Maklumat dr kawan Baik dia (syakira), agak fishy di situ. izzah dan syakira adalah pasangan tempur yang di ajar oleh cikgu, syakira juga menjadi saksi cikgu di mahkamah, syakira juga mengaku bahawa izzah ni seorang yang sosial , dan dia mengatakan yg izzah juga mempunyai video dan gambar2 lucah di telefon bimbitnya, tetapi semasa bicara di mahkamah banyak cerita yang tidak di terima hakim dan peguam bela bagi pihak cikgu juga seolah tidak bersedia semasa bicara akhir yang menyebabkan cikgu kalah dan di jatuhkan hukuman .
Semasa sy melawat cikgu ezlie, sy sedih melihat keadaan beliau yg menanggung ujian ini, terlihat kesedihan di wajah cg walaupun luarannya nampak cg ezlie tenang2 sahaja.


Image may contain: 1 person, drink
kepada yg MENUDUH, KOMEN, dan membuat SPEKULASI sendiri bahawa cikgu sy ini perogol, anda mungkin tidak mengenali beliau , sy bg pihak cikgu tidak teragak2 untuk menceritakan kebenaran di sebalik kisah ini dan saya yakin guru saya tidak bersalah, dan sy berdoa agar cikgu bebas dr tuduhan ini dlm bicara rayuan di mahkamah tinggi nanti.
kepada sesiapa yang mengenali cg ezlie dan sekiranya anda terbaca posting saya ini, sy mohon untuk anda semua shared @ viralkan kenyataan ini, mungkin ini sahaja yang kita mampu untuk kembali membersihkan semula nama cg Ezlie
Assalamualaikum w.b.t
p/s: saya sertakan gambar izzah (penuduh)
Daripada
NURHAFIZAH BINTI HUSIN
anak murid (silat) cikgu Ezlie

@FB SEPAT

Friday, February 17, 2017

Gara-gara memuat naik mesej peribadi, ibu tunggal dihujani mesej di ajak berkahwin

Terima mesej tanpa henti, nafi terdesak kahwin
Status ibu tunggal yang menjadi tular di media sosial.



KUALA KRAI - Seorang ibu tunggal tidak menyangka status yang dimuat naik di laman sosial petang Selasa lalu, menjadi tular sehingga mengganggunya.
Mira, 32, (bukan nama sebenar) berkata, status berkenaan dimuat naik semata-mata untuk menghilangkan rasa geram dan kecewa dengan sikap individu tertentu sahaja.
Menurutnya, statusnya itu adalah hal peribadi dan tidak perlu dijelaskan secara terperinci kepada pengetahuan umum.
"Saya muat naik status ini pada jam 5 petang dan selepas itu saya mula terima mesej secara berterusan.
"Tapi pada jam 6 petang saya padam status ini kerana bosan menerima mesej tanpa henti. Malah disebabkan itu juga, telefon saya 'hang'," katanya.
Ibu kepada dua anak berusia 5 dan 12 tahun ini juga berkata, kebanyakan mesej dihantar kepadanya daripada lelaki yang mengajaknya berkahwin.
Menurutnya, dia bukan terdesak untuk berkahwin tetapi mahu menunjukkan status tersebut kepada individu berkenaan.

“Saya cuma berharap dia baca dan faham, itu sahaja. Tak sangka lain pula jadinya. Saya juga tak sangka ramai orang kongsi status saya,” katanya.
Dia percaya, status tersebut dikongsi di pelbagai kumpulan media sosial sehingga menyebabkannya tular hingga kini.
Susulan status itu juga katanya, ramai kawan-kawannya yang hubunginya kerana terkejut membaca status tersebut.

“Kebanyakan kawan-kawan faham situasi saya sekarang. Walaupun kecewa dengan apa terjadi, tapi saya bersyukur mereka berikan kata-kata semangat.
“Saya harap selepas ini orang ramai tak lagi hantar mesej ajak saya berkahwin,” katanya.
Tambahnya, bagi individu yang tidak mengetahui perkara sebenar mungkin menganggap dia terdesak untuk berkahwin berdasarkan status berkenaan.
Katanya, status itu tidak menggambarkan kehendaknya sekarang dan hanya yang benar-benar mengetahui situasi sebenar memahami dirinya.

@sinar harian

admin: memuat naik mesej peribadi ke laman sosial adalah suatu yang boleh memberi kesan yang buruk dan negatif jika tidak kena pada tempatnya, apath lagi mesej yang kongsi berbaur peribadi dan boleh menggangu ruang peribadi. 
Pastikan setiap perkongsian kita yang dimuat naik itu tidak membawa kepada gangguan hidup.
Niat suka-suka akan jadi duka...

Friday, July 10, 2015

Gambar budak belajar guna lampu McDonald jadi viral seluruh dunia


Manila: Gambar seorang budak lelaki belajar dengan diterangi lampu dari restoran McDonald di Mandaue, Cebu, yang tersiar di Internet, menjadi viral dan bantuan untuknya mencurah tiba.
Ibunya, Christina Espinosa, berkata, Daniel Cabrera yang berusia sembilan tahun kini boleh meneruskan cita-citanya menjadi polis selepas sumbangan wang tunai, peralatan sekolah dan biasiswa diberi kepadanya.
“Kami amat gembira walaupun saya amat terperanjat dengan semua sumbangan ini. Kini Daniel boleh meneruskan persekolahannya,” kata wanita berusia 42 tahun yang bekerja sebagai pembantu rumah dan jurujual sebuah kedai kepada AFP hari ini.
Gambar berkenaan disiarkan dalam Facebook bulan lalu, oleh seorang pelajar kolej menunjukkan Cabrera membuat kerja sekolahnya di atas bangku kayu sebagai meja berhampiran restoran McDonald bagi mendapatkan cahaya lampu.

Pelajar kolej perubatan itu, Joyce Torrefranca, 20, menyiarkan gambar itu bersama kata-kata: “Saya mendapat inspirasi daripada seorang budak.”
Gambar itu kemudian dikongsi hampir 7,000 kali di rangkaian laman sosial sehingga televisyen menyiarkannya.
Espinosa dan tiga anaknya termasuk Cabrera, tinggal dalam stor kedai runcit tempatnya bekerja selepas rumah setinggan mereka terbakar lima tahun lalu.
Pendapatannya hanya 80 peso (RM6.70) sehari bekerja di kedai itu serta sebagai pembantu rumah sambilan kepada majikannya. Dia mencari wang lebih dengan menjual rokok serta gula-gula di jalanan Mandaue.
Menurutnya, mereka tinggal berdekatan restoran McDonald itu yang menjadi sumber cahaya kepada Daniel belajar yang bapanya meninggal dunia pada 2013 akibat taun. Tiga lagi anak Espinosa, sudah berkahwin dan tinggal berasingan
Selain sumbangan wang tunai, peralatan sekolah dan biasiswa sehingga Daniel ke kolej, ada juga yang menyumbangkan pakaian seragam sekolah dan lampu membaca selain bantuan kewangan kepadanya yang disalurkan kepada jabatan kebajikan dan gereja.
Gambar yang disiarkan Torrefranca itu dikongsi di seluruh dunia dalam pelbagai bahasa oleh mereka yang tersentuh dengan kedaifan serta semangat kanak-kanak itu.
“Sukar untuk saya percaya ia menjadi viral hingga membantunya. Saya berasa terharu kerana ketika budak jalanan lain mengemis, dia belajar,” kata Torrefranca yang merakam gambar itu ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Julai 2015

@harianmetro online

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...