nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Wednesday, February 15, 2017

Resepi Cheesekut Cake.. memang sedap, mudah pulak tuu

Image may contain: food

Hari ini admin nak belanja resepi sikit, nampak macam sedap dan mudah serta tak payah masak cuma adunkan sahaja sebagaimana resepi di bawah.

Jika bapa mithali yang buat tentu awesome buat anak-anak dan juga isteri tersayang. Lain sebenarnya air tangan BAPAK ni. Cubalah, insyalah jika selalu memasak dan berbuat sesuatu terutama memasak kepada famili, hubungan keluarga juga berubah dan memang hasilnya positif.

Pastikan baca Basmalah dan berselawat moga resepi kita lebih berkat insyalah.

Resepi kali ini adalah seperti berikut:

Image may contain: food


<3 span=""> RESEPI CHEESEKUT CAKE <3 span="">

Bahan-bahan:
250 cream cheese(Saya guna brand Tartura)
1 paket Biskut Deluxe Crackers Hup Seng
1/2 tin susu pekat manis (boleh kurangkan)
1 kotak kecil susu segar
Nestum
.
Cara-cara boleh rujuk di setiap gambar.
1)Masukkan cream cheese, susu pekat manis dan 2 s/b susu segar ke dalam mixer/blender. Putar sampai sebati.
2)Celup biskut ke dalam susu segar. Pastu susun dalam bekas untuk lapisan pertama.(Celup jap je taw, Nanti kembang sangat)
3)Tuang adunan cheese ke atas biskut dan ratakan. Pastu boleh tabur nestum.
4)Ulang step yang sama.
5)Pastikan lapisan last sekali ialah adunan cream cheese. PAstu tabur nestum.
6)Masuk dalam aisbox belah bawah. Sedap makan time sejuk.Pas potong dah boleh ngap!


Image may contain: food
1)Masukkan cream cheese, susu pekat manis dan 2 sudu susu segar ke dalam mixer/blender. Putar sampai sebati.
.
(Saya guna blender je sebab tak ingat mixer letak mane time pindah rumah hari tu.Tapi jangan guna blender yang buat blend cili lak. Haha. Pedas nanti.)


Image may contain: food 
2)Lapik loyang dengan plastik.
Celup biskut dalam susu segar. Pastu susun dalam bekas untuk buat tapak(lapisan pertama). Celup jap je tau. Kalau rendam lame nanti jadi lembik. ;p
.
3)Tuang adunan cheese ke biskut dan ratakan. Tabur nestum(optional).
.
4)Ulang step yang sama.


 Image may contain: food
4)Ulang step yang sama sampai biskut habis atau cukup untuk buat lapisan yang last.
.
5)Pastikan lapisan atas sekali ialah adunan cream cheese.Tabur nestum.
.
6)Dah siap masuk dalam esbox belah bawah. Sedap makan time sejuk taw.


Image may contain: dessert and food 
 Balance biskut n cheese tu jangan buang ye.
Membazir tu amalan syaitonnnn. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

So sementara tunggu biskut sejuk dalam esbox, boleh ngappp dulu balance biskut.


Image may contain: food 
Inilah hasilnya memang awesome.. sedap

.
Diizinkan untuk share resepi simple dan sedap sangat ni. <3 span=""> <3 span="">
credit : Nor Suhana Samidjan #resepiringkas

Wednesday, May 28, 2014

Resepi KUAH YONG TAU FOO



Hari ini admin rasa nak tukar 'channel' sikit dengan mengkongsi resepi KUAH YONG TAU FO yang selalu kita beli kat medan selera atau pasar malam. Boleh lah cuba cuba buat sendiri dalam perancangan mengatasi krisis ekonomi rumahtangga yang sedang  emningkat sekarang. Resepi ini admin dapat dari rakan di Facebook. Terima kasih kawan-kawan,


Kuah hitam

2 sd mkn taucu
2 sd mkn tpg jgung
2 sd mkn tpg gndum
3 sd mkn kicap pkat
3 sd mkn sos tiram
4-5 sd mkn gula
3 cwn air
Masukan semua dlm blender.. blender bgi taucu halus... pas tu masak bgi mendidih sekejap..
Kuah merah

1/2 cwn kcng tanah yg dh d goreng
1 sd mkn tpg gndum
1 sd mkn tpg jgung
4- 5 sd mkn gula
3 cwn air
1/4 sd mkn garam
Blender semua bhn kt atas bgi kcang halus..
3 sd mkn cili blend
Panaskan sikit myak... tumis 2 bj bwang putih ketuk.. letak 3 sd mkn cili blend.. tggu kering.. masukan semua bhn dlm blender tdi.. mask sekejap bgi kuah agak pekat.. dlm 5 mnt..
Setelah siap bolehlah dimakan dengan pelbagai bebola, sosej, dan macam-macam lagi seumpamanya dan boleh dimakan bersama keluarga.

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...