nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label polisi. Show all posts
Showing posts with label polisi. Show all posts

Tuesday, May 28, 2013

KWSP Kekal Polisi Benar Keluar Simpanan Persaraan Pada Usia 55 Tahun


KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengekalkan polisi membenarkan ahlinya mengeluarkan keseluruhan simpanan persaraan mereka pada usia 55 tahun walaupun umur persaraan penjawat awam dinaikkan kepada 60 tahun.
Bagaimanapun, KWSP menggalakkan pencarum mengamalkan pengeluaran caruman secara fleksibel berbanding sekali gus, yang boleh mengundang pembaziran.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata langkah pengeluaran secara fleksibel itu diperkenal bagi membantu anggota KWSP mengurus perbelanjaan mereka selepas bersara.
"Sebelum ini, kebanyakan ahli mengeluarkan wang secara sekali gus. Seperti yang anda sedia maklum, adalah sukar untuk mengurus dan menyimpan wang berkenaan dalam tempoh tiga hingga lima tahun selepas bersara," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.
Beliau berkata pihaknya sedang mempergiat usaha menggalakkan pencarum melakukan pengeluaran fleksibel serta memberi kesedaran berhubung kepentingan merancang kewangan selepas tamat perkhidmatan.
Shahril Ridza berkata setakat ini, sambutan terhadap pengeluaran caruman secara fleksibel di kalangan ahli adalah memberangsangkan.
"Jangka hayat sekarang ini semakin panjang sehingga 76 atau 77 tahun. Dan jika semua wang telah dikeluarkan, mereka akan hanya ada baki caruman lima tahun untuk menampung kewangan selepas bersara (pada usia) 60 tahun," katanya.
Pada suku pertama tahun ini, sebanyak 43,775 permohonan pengeluaran fleksibel umur 55 tahun bernilai RM1.66 bilion diluluskan KWSP berbanding RM1.50 bilion bagi tempoh sama tahun lepas.
Pada suku pertama 2013, sejumlah 481,603 pengeluaran dibuat ahli berbanding 451,194 bagi tempoh sama tahun lepas, naik 6.74 peratus.
Pengeluaran yang diluluskan pada suku pertama 2013 meningkat 3.54 peratus kepada RM8.77 bilion daripada RM8.47 bilion bagi 2012.
Pada 31 Mac, 2013, sejumlah 13.69 juta orang berdaftar dengan KWSP dan daripada jumlah itu, 6.41 juta adalah ahli aktif yang masih mencarum untuk persaraan mereka berbanding 13.26 juta orang dengan 6.28 juta ahli aktif pada suku yang sama pada 2012.
Jumlah majikan berdaftar ialah sebanyak 509,139 pada suku pertama 2013, meningkat 3.26 peratus berbanding 493,066 bagi tempoh sama tahun lepas.

 -BERNAMA

Sunday, April 1, 2012

Pengalaman Menemuduga... 2 kisah menyayat hati..



Blogger ing in berkongsi kisah pengalaman menemuduga 2 orang calon yang ingin memohon kerja di tempat blogger bekerja. Moga pengalaman ini dapat dikongsi oleh semua dan dapat kita jadikan iktibar bersama-sama.

Kisah Calon 1

Calon ini baru berumur 17 tahun, belum cukup 18 tahun lagi. Kelulusan setakat PMR sahaja. Perawakan ok dan boleh tahan. Selepas memperkenalkan diri. 
Soalan pertama panel adalah:,
 'boleh baca Qunut?'.
Calon 1 tersipu-sipu dan terus menjawab,
"Kita tak tahu...."
Panel: " Sembahyang ke tidak rumah"
calon 1: " Kita tak sembahyang" dengan jujur dan ikhlas.
Panel: " Mak dan ayah tak suruh sembahyang ke?
Calon 1: " suruh jugak, kita malas..."
Panel: " Al tahiyyat boleh baca ke tidak?'
Calon 1: " tak boleh..."
Panel: " Dah macamana nak kahwin, nak jaga anak dara orang, kalau kita tak sembahyang, anak-anak nak didik macamana?. Beginilah .... balik belajar baca Qunut, belajar sembahyang.. lepas cukup 18 tahun.. datang semula untuk temuduga...

Kisah Calon2

Mula masuk ke bilik temuduga dan bersalam dengan panel. Rambut bercolor... Kata calon 2, baru berpindah ke Terengganu kerana keluarga jaga tok yang sakit. Umur 18 tahun lepasan SPM. Katanya ada band muzik sendiri.
Panel: " Cuba baca Qunut sekali?"
Calon 2: " Qunut tu..tak tahulah nak baca macamna.. tapi tahu kena baca masa solat Subuh.."
Panel: "Kat rumah sembahyang ke tidak?"
Calon 2: " Sembahyang jugak...kadang-kadang"
Panel: " Cuba baca Al Tahiyyat sekali?"
Calon 2: " Kita tak berapa, kalau baca tak kena kita minta maaf.." diam
Panel: " Tak apa baca.. kita nak dengar.."
Calon: " Tak boleh lahh"


Kesimpulan yang boleh dibuat adalah, ramai anak-anak remaja kita bukan sahaja tidak solat dan sembahyang malah tidak tahu bacaan dalam solat. Soalan bukanlah untuk mencari yang alim dan ustaz. Tetapi kalau sembahyang sudah tidak ada dalam diari harian, maka macammana untuk membentuk pekerja yang baik, amanah lebih lagi dalam memberi khidmat kepada pelanggan, menjaga barang-barang pelanggan.

Rumusan bagi panel, tidaklah mengambil kisah jika keputusan PMR atau SPM tidakbagus, tetapi sekurang-kurangnya kehidupan sebagai seorang muslim adalah lengkap dan sempurna. Itu belum lagi menerima cabaran dan tekanan dalam kerja. Jika begini pekerja yang kita ada, maka roh berkat tidak akan hadir dalam pekerjaan kita yang memberi rezeki.

Kita semua ada peranan bagi membentuk generasi berkahlak dan baik sebagai langkah asas dalam membentuk generasi cemerlang masa depan. Jika remaja yang tiada roh solat dalam dirinya, amat mudah anasir liar seperti pil kuda, merempit, gejala lucah, gejala zina dan lain-lain menusuk menjadi duri dan nanah dalam masyarakat. Seterusnya merebakkan lagi penyakit kepada remaja-remaja lain yang baru mengenal dunia.

Sama-sama kita perhatikan, tegur-menegur supaya sama-sama kita dapat perbetulkan keadaan. Sememangnya syarikat di tempat blogger amat memberi penekanan kepada 'bebas dadah' dan ia menjadi syarat wajib menjalani 'urine test' sebelum dapat disahkan untuk bekerja. Dan yang terbaru adalah memastikan calon pekerja adalah mereka yang cukup solat 5 waktu. Di harap dengan pembaharuan polisi ini, hidayah dan keberkatan daripada Allah swt terus tersebar luas dan membuka pintu-pintu rezeki.

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...