nuffnang adv

lazada adv

Tuesday, June 11, 2013

Gajet penjimat minyak terkini



“BIASANYA dengan isian petrol sebanyak RM50, saya boleh ulang-alik selama empat hari dari rumah di Selayang ke tempat kerja di Damansara Utama. Menggunakan alat ini, saya hanya mengisi semula pada hari keenam. Alhamdulillah, jimat dua hari perjalanan.”
Itulah antara komen wanita dikenali sebagai Sarah yang dibuat dalam laman web www.mpr4u.my berhubung kepuasannya menggunakan gajet penjimat minyak MaxPower Revolution (MP-R) keluaran syarikat Bumiputera, Kilauan Impian Sdn. Bhd. (Kilauan Impian). Sarah menggunakan kereta Honda Jazz untuk ke tempat kerja setiap hari.
Syarikat berkenaan yang telah memasarkan produk tersebut sejak lebih empat tahun lalu kini mengorak langkah dengan memperkenalkan gajet terbaharu bagi kenderaan berat dikenali sebagai MP-R Heavy Duty (MP-R HD).
Penggunaan gajet itu membolehkan pemilik kenderaan berat menjimatkan penggunaan minyak sehingga 30 peratus.

“Sebelum ini, kami mencipta gajet penjimat minyak khusus untuk kereta tetapi atas permintaan pengusaha-pengusaha lori terhasillah MP-R HD.
“Selain menjimatkan penggunaan minyak, MP-R HD turut menawarkan pelbagai keistimewaan termasuk menambah kuasa pecutan, memanjangkan jangka hayat alat ganti dan mengoptimumkan fungsi alat-alat elektronik kenderaan,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shaharizal Ariffin.
Beliau ditemui pada majlis pelancaran gajet itu yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur baru-baru ini. Turut hadir, Pengerusi Kilauan Impian, Kapten (B) Shaharudin Ariffin.
Pada bulan pertama di pasaran sebanyak 2,000 unit MP-R HD telah dijual. Sehubungan itu, syarikat berkenaan menyasarkan jualan sebanyak 3,000 unit setiap bulan.

Gajet tersebut telah memasuki pasaran Indonesia dan Thailand selain bakal menembusi Filipina serta Vietnam dalam masa terdekat.
Pada majlis tersebut turut dilancarkan MPR versi baharu untuk kegunaan kereta.
Stabilkan arus elektrik
Kedua-dua gajet jimat minyak itu berfungsi dengan menstabilkan arus elektrik kenderaan sekali gus memantapkan pembakaran bahan api, melancarkan pemanduan, mengurangkan tekanan terhadap enjin dan menambah kuasa pecut kenderaan.
Sementara itu, Hamzah berkata, pihaknya menyambut baik inovasi anak tempatan sekali gus menyatakan kesudian untuk bekerjasama mengetengahkan produk-produk terbaik ke pasaran antarabangsa.
“Di sinilah peranan Kementerian Luar sebagai agen kepada masyarakat dalam negara yang mahu memasarkan produk di peringkat antarabangsa. Menariknya langkah itu juga membolehkan rakyat negara luar untuk turut sama menikmati teknologi terkini dari Malaysia,” katanya.
Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan MP-R HD yang bersaiz kompak pada harga promosi iaitu RM299 manakala MPR pula berharga RM219 seunit.
Untuk maklumat lanjut berkaitan produk dan pengedar, layari laman web www.mpr4u.my dan www.fb.com.mpr4u atau hubungi talian 010-510 9300

-Kosmo Online

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...