Mohd Fadhil menceritakan kisah ‘luar biasa’ yang membawa kepada pengislamannya sejak 12 tahun lalu.
KUANTAN – “Saya benar-benar terkejut
apabila ahli keluarga memberitahu bahawa saya ‘sudah mati’ malah rekod
perubatan tertera pengesahan itu,” kata Chow King Kong atau Mohd Fadil
Chow Abdullah, 38, salah seorang mangsa kemalangan maut yang meragut
tiga nyawa di kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini, 14 tahun lalu.
Katanya, ALLAH Maha Berkuasa, ketika
persiapanmenuntut dan membawa pulang mayatnya sudah dilakukan keluarga,
tiba-tiba mereka dikejutkan kejadian luar biasa apabila mayat terbaring
kaku itu kembali bernyawa.
“Saya disahkan ‘kembali sedar’ dan ambil
masa kira-kira lima tahun untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan
akibat kemalangan itu,” katanya ketika ditemui dalam satu majlis anjuran
Yayasan Pahang bersama Persatuan Cina Muslim Pahang (MACMA) dan Pusat
Perkembangan Tamadun Masyarakat Asli (Petama) di sini, kelmarin.
Mohd Fadhil berkata, dia bersyukur
kerana mendapat peluang kedua bagi membolehkan dia memperbetulkan
perjalanan hidupnya.
“Ternyata ada rahmat di sebalik
kemalangan yang ‘meragut’ nyawa saya itu kerana di sebalik dugaan itulah
ALLAH memilih King Kong menerima hidayah-Nya,” kata bapa kepada empat
anak ini.
Mohd Fadhil mengakui, di saat nyawanya
berada di penghujung, seorang lelaki berjubah dan bersongkok putih
dengan bau harum mendampinginya sambil perdengarkan bacaan ayat suci
al-Quran di telinga.
“Kehadiran ‘lelaki’ itu beri satu
perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata kerana saya bukan Islam
dan peristiwa itu berlaku ketika saya ‘koma’,” katanya.
Menurutnya, kejadian itu buka pintu
hatinya memahami Islam dan seterusnya ambil keputusan ‘berhijrah’
sebagai Islam dua tahun selepas peristiwa itu pada usia 26 tahun.
“Selepas memeluk Islam, jiwa dan hati
saya semakin tenteram. Saya banyak belajar daripada isteri, Salamah
Mahmud, 32, yang sentiasa beri perangsang dan nasihat bagi bina semula
kekuatan.
sumber: kakibising dot.com
No comments:
Post a Comment