nuffnang adv

lazada adv

Friday, May 20, 2011

Catatan perjalanan ke Lampung & Jakarta Indonesia ... siri 1


Pesawat Sriwajaya Air yang dinaiki rombongan

Pada 16 hingga 20 April, telah diadakan satu lawatan kerja ke Lampung dan Jakarta, Indonesia yang melibatkan PPK Setiu, PPK Kerandang dan Agro Resort.

Di Lapangan Terbang Antarabangsa Sukarno Hatta
Lawatan tersebut turut disertai oleh YB Datuk Mohd Jidin Shafee, selaku Pengerusi PPK Setiu, Dato' Abd Halim dan lain-lain ahli jemaah pengarah kedua-dua PPK serta kakitangan.

Jam 3.30 ptg 16 Mei, rombongan tiba di Terminal 1B, di Lapangan Terbang Sukarno- Hatta iaitu hub penerbangan murah bagi lapangan terbang di sini. Kami bergegas ke Terminal 1A dengan menaiki bas transit yang disediakan untuk pernerbangan domestik ke Bandar Lampung, selatan Sumetera untuk destinasi seterusnya dengan penerbangan Sriwajaya Air. Kami dimaklumkan penerbangan ditangguhkan disebabkan kelewatan pesawat. Sambil menunggu di balai berlepas, para penumpang dihadiahkan sedikit snek dan air minuman iaitu sepotong kek dan roti.
Sebahagian anggota rombongan
Jam 5.30 ptg. kami memulakan penerbangan ke Bandar Lampung yang akan mengambil masa selama 30 minit. Sepanjang perjalanan, kelihatan begitu banyak dan luas sekali pembukaan kawasan baru untuk penanaman kelapa sawit. 20 minit perjalanan pesawat belum lagi habis yang yang sedang dibuka dan dalam proses pembersihan kawasan. Benarlah kata pegawai MPOB dalam satu seminar di Batu Pahat baru-baru ini, Indonesia dijangka akan menjadi pengeluar utama kelapa sawit dunia apabila semua kawasan yang sedang dibuka akan mengeluarkan hasil sedikit masa lagi. Jadi petani dan peladang di Malaysia perlu bersikap proaktif agar pengeluaran kelapa sawit di Malaysia berkualiti dan bermutu bagi mengimbangi pengeluaran di Indonesia.
Balai Tetamu VIP Lapangan Terbang Raden Intan Lampung
Setibanya kami di Lapangan Terbang Raden Intan, Lampung, rombongan dibawa ke Balai Ketibaan Tetamu (Balai VIP) sementara menunggu bagasi diangkut ke dalam bas. Perjalanan dai lapangan terbang ke hotel penginapan iaitu Hotel Grande mengambil masa selama 30 minit. 

Bandar Lampung ini, walaupun tidak mempunyai bangunan pencakar langit, ia merupakan sebuah bandar yang besar dan padat dengan penduduk. Bandar yang merupakan warisan daripada Kerajaan Melayu Lama Banten ini penuh dengan nilai tradisi dan warisan dimana terdapat bermacam-macam identiti budaya Lampung di sepajang jalan dan juga di bangunan-bangunan mahupun menjadi landskap penghias jalan.

Setibanya di hotel penginapan, rombongan terus dibawa untuk makan malam dengan masakan Lampung iaitu Sup Sayur, Suhun Goreng, Ikan Masak Masam Manis, serta masakan ayam. Dek kerana panjang perjalanan hari ini, badan terasa letih dan niat untuk meronda di Bandar Lampung terpaksa ditangguhkan.

1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com

    Wassalam

    ReplyDelete

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...