nuffnang adv

lazada adv

Saturday, April 9, 2011

Kuasa Dorongan dan Motivasi...

Kata Stephen R Covey, penulis buku terkenal, "ramai pemimpin organisasi samada peringkat rendah mahupun peringkat tinggi atau atasan, hanya suka memberi arahan.Mereka selesa membiarkan orang bawahan mereka atau pekerja mengikut arahan ataupun paksaan tanpa memberi motivasi. Bagi pemimpin sebegini, mereka hanya mementingkan hasil kerja tanpa memikirkan orang yang melakukan kerja."

Fenomena ini selalu berlaku dalam kerenah organisasi, jabatan mahupun pertubuhan. Banyak daripada kita yang menjadi pemimpin atau bos, hanya suka memberi arahan dan arahan kepada orang bawahan dan memastikan supaya arahan itu hendaklah diikuti samada suka atau tidak.

Sikap ini amat jauh sekali daripada sikap dan kepimpinan atau kepemimpinan yang sentiasa memberi dorongan dan motivasi kepada orang bawahan, pekerja, serta mereka yang dibawah naungan. Sikap sebegini akan membuatkan orang bawahan rasa dihargai dan kebolehan serta bakat mereka di beri perhatian.

Kita kena akui bahawa pekerja bawahan tidak mempunyai pendidikan yang tinggi, tetapi mereka mempunyai perasaan, keinginan serta semangat yang tinggi. Apabila mereka menghormati dan juga dihormati, perasaan untuk menyumbang atau bekerja lebih baik dan bersungguh-sungguh akan timbul. Dari sini segala kerja dan tindakan yang mereka buat bukanlah dari arahan, tetapi dari hati dan keinginan hasil dorongan dan motivasi bos mereka.

Anda boleh mencubanya dengan sentiasa bertanya khabat dan gerak kerja pekerja bawahan, beri mereka semangat dan visi yang jelas serta hargai apa yang mereka buat. Ubah persepsi lama mereka terhadap anda dengan persepsi yang baru dengan anda adalah pendorong mereka bukan pemberi arahan.

Anda akan dapati suasana kerja akan berubah dengan perlahan-lahan. Mungkin pada permulaan agak perlahan tetapi anda akan dapati walaupun anda memberi perhatian yang sedikit, tetapi kesan motivasi dan dorongan akan memebri impak yang besar kepada anda dan organisasi.

budakkg setiu april 2011 


No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...