nuffnang adv

lazada adv

Tuesday, July 19, 2011

Gambar- gambar semasa MAHA 2010



Tentu ramai yang tak kenal buah ini, inilah buah kelubi yang selalu dibuat jeruk

kali ini blogger ingin berkongsi gambar-gambar menarik semasa MAHA 2010 di Serdang tempohari. Sebenarnya sudah lama ianya ingin di'upload', tetapi keterbatasan ruang dan kesempatan menyebabkan ia sedikit lambat untuk dipaparkan di sini.
Buah nangka madu yang mendapat permintaan baik untuk pasaran eksport di Dubai
Sebenarnya pameran MAHA ini banyak sekali mendedahkan kita tentang peluang-peluang samada kerjaya, usahawan tani, bisnes berkaitan pertanian, teknologi terkini dalam pertanian, perikanan, ternakan dan macam-macam lagi yang berkaitan.
Rock melon yang kini mendapat tempat untuk pasaran eksport
Sambutan MAHA 2010 amatlah diluar dugaan sama sekali. Blogger hanya dapat masuk sepuas hati hanya dua hari. Hari lain banyak terbuang masa dijalan masuk akibat kesesakan luarbiasa.
berbudi pada tanah hasilnya lumayan
Sepanjang pemerhatian di pameran MAHA ini, banyak sekali peluang perniagaan berasaskan asas tani boleh diterokai dengan lebih luas lagi. apa yang mengagumkan adalah produk-produk usahawan yang kini tampil dengan lebih baik, segar dan menarik dan amat berpotensi untuk dilebarkan sayapnya hingga keluar negara.
ubi kayu yang berkualiti dan cukup baja

Monday, July 18, 2011

Seminar Pemantapan Akuakultur Pertubuhan Peladang 2011

Bermula 17 Julai hingga 19 Julai 2011, berlangsungnya Seminar Pemantapam Akuakultur Pertubuhan Peladang 2011 di Peladang Setiu Agro Resort, Setiu, Terengganu.

Ia disertai oleh peladang serta pengurus projek di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang dari seluruh negara. Di antara kandungan kertas kerja yang akan dibentangkan dalam seminar ini adalah:

  • Status dan halatuju industri akuakultur Pertubuhan Peladang- Tuan Haji Azhar Bin Yunus, Bahagian Pengeluaran ladang, Lembaga Pertubuhan Peladang
  • Dasar dan Galakan Pelaburan Akuakultur- Dr Mazuki bin Hashim- Jabatan Perikanan
  • Pengurusan Makanan Akuakultur- Strategi Meningkatkan Hasil Industri Akuakultur- Dr Zaleha Bt Kassim- UMT
  • Teknik dan Senario Industri Penetasan Dan Pembenihan- Dr Mohd Ikhwanudin B Abdullah- UMT
  • Pengurusan Ladang Akuakultur- Dr Zainoddin Bin Jamari- Istitut Akuakultur Marin Pulau Sayak
  • Pengurusan Penyakit- Pn Hajah Nik Aiha Bt Nik Yusuf- Pusat Pengeluaran & Penyeldikan Tg Demong
  • Potensi Dan Cabaran Industri Akuakultur- Tn Haji Rosli Bin Harun- TADC Terengganu
Program seminar ini juga turut mengadakan lawatan ke tapak projek iaitu ke Pusat Pembenihan Ikan Marin PPK Setiu di Kg Limau Nipis, Gong Batu dan Projek Ternakan Ikan Air Tawar, Sg Como, Tasik Kenyir.
 
Program seminar dilihat begitu bermanfaat sekali bagi meningkatkan lagi pengeluaran makanan negara dan mengurangkan kebergantungan sumber terutama dari luar yang perlu diimport.

Diharap seminar ini menjadi batu lonjatan untuk aindustri ini mengorak langkah yang lebih jauh bukan sekadar memjadi penyumbang kepada bekalan makanan negara, malah menjadi antara pengeksport utama di rantau ini. 

Wednesday, July 13, 2011

OLD TIMER KOPITIAM BANGI

Dalam sibuk meng 'update' catatan umrah dan ziarah 2011, blogger terpandang gambar-gambar yang telah dirakam sebelum ini yang belum masuk dalam senarai cerita untuk di kongsi di blog ini.

Gambar berkenaan adalah berkaitan pengalaman makan di Old Timer Kopitiam Bangi. Sebelum ini blogger pernah terbaca liputan tentang kopitiam ini di akhbar dan apabila berada di Bangi, ingin sekali mencubanya kerana artikel berkenaan menampakkan restoran ini menarik dan patut dicuba.

Blogger dan rakan memilih Nasi Lemak Ayam Kampung Goreng, Roti Bakar, telur setengah masak serta yang pastinya air yang menjadi 'trademark' mana-mana kopitiam iaitu kopi kaw.

suasana dan hiasan dekorasinya memang menarik dan rasa santai untuk menjamu selera di sini. Hiasan kedai juga menarik dengan diiringi dengan lagu-lagu malar segar yang enak di telinga.


Layanan daripada pekerja juga mesra dan menyenangkan. Kira puashati datang ke sini , maklumlah orang Setiu datang ke bandar dan mencari sesuatu yang enak untuk dibawa sebagai kenangan.

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...