nuffnang adv

lazada adv

Tuesday, July 5, 2011

Tenaga Ajaib Bersembunyi Dalam Minda Anda



Kata Dr HM Tuah Iskandar dalam bukunya Membina Imaginasi Cemerlang, apabila kita sentiasa memikirkan kita ini rasa kenyang, anda tidak akan berasa lapar. sebagai contoh kita kurang merasa lapar pada bulan Ramadhan kerana tidak memikirkan rasa lapar atau tentang makanan, malah gerak kerja kita seharian pun tidak terganggu dek terfikir kepada makanan atau rasa lapar. Cuma apabila menjelang waktu petang, kita secara sengaja atau tidak sengaja telah menghantar mesej kepada minda kita tentang makanan, bazar Ramadhan, nak makan apa pada waktu berbuka, dari situ sudah mula timbul rasa lapar bagi yang berfikir tentang perkara tersebut.

Dan kalau pada hari biasa, pada pagi hari lagi kita sudah terfikir pasal makanan dan sarapan pagi, minda kita telah menghantar mesej kepada perut tentang makanan dan rasa lapar. Sebab itulah bagi mereka yang mengalami sindrom putus cinta yang parah tak lalu dan berselera untuk makan sebab tiada mesej dari minda tentang lapar dan makanan. Mesej yang ada adalah berkisar tentang putus cinta, kisah pedih dan sebagainya. Padahal perut dalam keadaan kosong dan lapar.

Maka jika kita bijak berkomunikasi dengan minda kita untuk mencapai segala impian atau mendorong tindakan bagi mencapai impian untuk cemerlang, kita kena selalu berimaginasi dan berkomunikasi tentang perkara impian, tindakan, bayangan yang menjurus kepada apa yang kita ingin capai atau berubah.
Di sini dapat disimpulkan bahawa, kita adalah apa yang ingin kita capai atau gapai dan minta apa yang akan berlaku kepada diri kita.'

Jika kita benar-benar mahu berjaya dan cemerlang dalam hidup, hantarlah atau berkomunikasilah dengan minda kita tentang apa yang perlu dan patut dilakukan untuk berjaya dan cemerlang dalam hidup. Insyallah kejayaan dan kecemerlangan sedang menanti kita di hadapan....

Sunday, July 3, 2011

catatan umrah dan ziarah 2011- Jabal Uhud @ Bukit Uhud

Di sinilah kawasan berlakunya Perang Uhud, dan di bukit di belakang yang rendah itulah  terletaknya pasukan memanah Muslimin
Kali ini perkongsian catatan perjalanan Umrah dan Ziarah 2011 kita adalah ke salah satu tempat yang penting dalam sejarah Islam iaitu Jabal Uhud.

Di sini bersemadinya Saidina Hamzah RA, yang terkorban syahid dalam perang Uhud
Di sinilah berlakunya peperangan kedua dalam Islam selepas perang Badar iaitu Perang Uhud di mana pada peperangan tersebut pada awalnya telah dimenagi oleh Kaum Muslimin akan tetapi apabila pasukan memanah telah ingkar arahan dan meninggalkan posisi strategik mereka untuk sama-sama meraikan kemenangan dan turun untuk mengumpul harta rampasan, dan secara tiba-tiba tentera berkudan Musyrikin telah berpatah semula dan membuat serangan balas mengejut dan mengakibatkan pertahanan kaum Muslimin telah kucar kacir. 


Informasi tentang perkuburan Syuhada Uhud dan Peperangan Uhud


Ramai sahabat telah syahid dalam peperangan ini dan antaranya adalah Saidina Hamzah iaitu bapa saudara Rasulullah SAW di mana hatinya telah dilapah sebagai membalas dendam atas keberanian beliau mempertahankan Islam.
Inilah kawasan Bukit Uhud yang kontang yang menjadi lokasi peperangan dalam Perang Uhud

Sesungguhnya menziarahi kawasan peperangan Uhud ini cukup menginsafkan kita betapa sukarnya mempertahankan Islam bukan sahaja dari cabaran fizikal geografi juga cabaran cuaca yang ekstrem dan panas serta keadaan tanah yang tandus.

Di kawasan inilah disemadikan para sahabat yang gugur syahid dalam peperangan Uhud. Sama-sama kita renung dan ambil iktibar dari peperangan Uhud serta pengorbanan para sahabat dalam menegakkan Islam bersama Rasulullah SAW.

Saturday, July 2, 2011

catatan ziarah 2011- Ashabul Kahfi

Hadapan Gua Ashabul Kahfi
Batu Catatan Ashabul Kahfi


Kali ini blogger ingin berkongsi dalam catatan umrah dan ziarah, kali ini destinasinya adalah Gua Ashabul Kahfi di Jordan.

ianya adalah sebagaimana yang dikisahkan dalam Al quran dalam Surah Al Kahfi dimana disinilah Allah SWT telah menidurkan 7 orang pemuda, di mana ada yang mengatakan 5 orang dan ada yang mengatakan 6 orang dan seekor anjing. Mereka ini telah tuhan tidurkan selama lebih 360 tahun dan apabila mereka bangun dan keluar mencari makan, didapati semuanya telah berubah dan begitu asing.

Suasana di dalam gua yang sejuk dan nyaman
Apabila mereka bertanya penduduk di situ, mereka sebenarnya telah 300 tahun berlalu dimana duit yang mereka bawa telah tidak digunakan oleh penduduk di situ.

Sebenarnya asshabul kahfi ini adalah antara pemuda yang taat pada Allah SWT yang telah lari menyembunyikan diri dari raja yang zalim dan telah bersembunyi di dalam gua dan telah tuhan tidurkan mereka selama 369 tahun.
Rombongan Ziarah dan Umrah Royal Jordan 27

Kemudian  mereka kembali ke gua tersebut sehinggalah mereka meninggal dunia. Apa yang uniknya, gua ini sebenarnya terlindung oleh pokok zaitun yang besar dan tau yang telah menutup laluan ke pintu gua dari laluan orang ramai.

Suasana persekitaran di luar gua
Keadaan didalam gua memang sejuk dan nyaman, kajian telah dibuat dengan diletakkan sebiji epal dan didapati selepas seminggu, ianya masih dalam keadaan segar.

Banyak pengajaran daripada catatan perjalanan menziarahi gua Asshabul kahfi ini.
Masjid Ashabul Kahfi
Bekas tapak masjid Ashabul Kahfi yang tertua di Jordan

Di sini juga terdapat tapak masjid tertua diJordan iaitu Masjid Asshabul Kahfi yang terletak di atas gua tersebut. Dan kini masjid yang baru telah dibina dan terletak disebelah tapak yang lama.

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...