nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label rejim zionis. Show all posts
Showing posts with label rejim zionis. Show all posts

Wednesday, August 6, 2014

Presiden Obama telah menderma USD20 juta kepada Israel sebagai bantuan segera- National Resport

obama-donates-20-million-dollars-to-israel-gaza-crisis

Begitu cepat tindakan dan bantuan daripada Ketuanan Amerika Syarikat membantu Rejim Zionis Israel. Sewajarnya kita umat Islam dan negara Islam meningkatkan bantuan kepada Palestin untuk Gaza dan Tebing Barat. Ia sebagai satu responsif dan tindak balas dan sokongan yang kuat kepada Gaza dan Palestin.

Bayangkan umat Islam di Malaysia yang berjumlah hampir 16 juta orang dapat menyumbang RM1 juta sehari @ RM30 juta sebulan, ianya memerlukan setiap orang menyumbang RM1.87 sen sahaja, tak sampai RM2 pun, Itu belum lagi dengan menahan nafsu dan sokongan boikot pembelian burger di McD yang bernilai RM10.00 hingga RM15.00 per set. Tentunya jumlah yang boleh disumbangkan akan lebih meningkat.

Usaha memboikot barangan atau produk oleh syarikat yang menyokong Istrael perlu di iringi dengan peningkatan sumbangan kepada Gaza dan Palestin, barulah ia memberi kesan yang hebat disamping usaha-usaha Qunut Nazilah, Doa serta solat hajat.

Sekadar melaungkan boikot tanpa memberi apa-apa sumbangan tentunya melambat usaha sokongan kepada saudara kita di Gaza dan Palestin yang amat memerlukan bantuan terutama makanan dan perubatan disamping memulihkan tempat kediaman, hospital , sekolah serta menjana ekonomi setempat demi kelangsungan hidup.

ADMIN Budakkg Setiu tetap teguh MENYOKONG GAZA DAN PALESTIN

Despite being mired in a touchy situation with our increasingly fragile US economy, Obama has made the choice to donate a hefty 20 million dollars to Israel. Israeli leaders have openly expressed gratitude after being granted the funds, which will aid them in resolving the bloody Israeli/Palestinian conflict, and restore peace within the occupied lands.
Israeli politician and Knesset member, Ayelet Shaked, was appointed to accept the funds early Saturday morning. “We are pleased and humbled that the US has given us this opportunity to address these issues and put an end to this struggle once and for all. America’s generous grant will aid in eradicating elements of violence so that we may
reestablish peace within our country.”

Several Palestinian activist groups expressed their displeasure upon learning of Obama’s 20 million dollar donation. Liam Bailey, who is program manager of the Israel Divestment Foundation (IDF), had this to say in regards to Obama’s sudden and expensive decision. “This is utter insanity. Obama is essentially enabling Israel to enforce it’s apartheid agenda against the Palestinian people. This flies in the face of everything we are trying to accomplish. It is also doing absolutely zero favors for the precarious state of the US economy. We are basically shooting ourselves in the foot with this one.”
This decision comes mere hours after Hamas militants destroyed the Church Of Holy Sepulchre in Jerusalem. The temple was first erected in 330 A.D. to commemorate the hill of crucifixion, and Jesus Christ’s burial tomb. The terrorists attacked the church overnight, looting it shortly before demolishing it with heavy explosives.
@ http://nationalreport.net

Tuesday, December 11, 2012

Briged Al Qassam- Wajib Jemaah Subuh 6 Bulan sebelum masuk briged


Briged Al Qassam adalah briged sayap kanan HAMAS yang digeruni oleh askar dan regim Israel. Kenapa mereka jadi begitu hebat. Mari kita kenali lebih dekat briged ini;


  • Nama Briged AL Qassam ini adalah bersempena ulama Sheikh Izzuddin Al Qassam yang telah mati bunuh oleh tentera British pada 1935.
  • Ditubuhkan di Gaza sebagai briged sayap bersenjata tentera Hamas pada 1987.
  • Ia mempunyai peraturan yang ketat iaitu perlu berpuasa sunat pada Isnin dan khamis, perlu menghafaz Quran dan Hadis, perl;u Solat Tahajjud setiap malam.
  • Syarat untuk menjadi Komando AL Qassam ialah perlu Solat Subuh berjemaah selama 6 bulan tanpa gagal walau sekali pun.
  • Jumlah anggota briged melebihi 30,000 orang yang terdiri di kalangan profesional, guru, pelajar universiti dimana pada waktu siang mereka bekerja atau belajar dan pada waktu malam mereka menjaga sempadan Gaza-Israel.
  • Mereka sering menggunakan teknik gerila dalam melakukan serangan terutama dengan menggunakan lubang bawah tanah.
  • Juga turut dianggotai wanita dimana mereka ini boleh mngendalikan Rifel AK47 dan juga pelancar roket.
Melihat kepada keperibadian ini, tidak hairanlan muncul kekuatan serta keimanan yang luar biasa malah dengan pertolongan Allah apabila briged ini penuh dengan amalan yang mendekatkan diri dengan Allah swt. Malah mereka sentiasa bersedia setiap masa untuk syahid kerana Allah swt.

(sumber: Harian Metro- Jamilul anbia)

Berikut adalah maklumat yang dikongsi dari blog: erapasca.com


Sheikh Izzuddin al Qassam

Jika Britain mempunyai British Special Air Service (SAS), Amerika Syarikat dengan Navy Sealsnya dan Israel dengan Shayetet 13, Palestin turut berada di dalam kelas tersendiri dengan barisan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Izzuddin al-Qassam atau lebih dikenali sebagai al- Qassam; sebuah unit elit yang amat digeruni oleh rejim Zionis. 

Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Syeikh Ahmed Yasin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Syeikh Salah Shehada pada tahun 1984. 

Nama al-Qassam diberi bersempena nama seorang pejuang ulama' yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Syeikh Izzuddin al-Qassam. 

Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari telah dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan peluang sebegitu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin; apatah lagi kepada orang luar. 

Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda yang berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja. 

"Objektif utama penubuhan al-Qassam adalah untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya. 

Apabila ditanya jumlah tentera al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya engga menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang. 

SYARAT UTAMA KEANGGOTAAN SEBELUM DIPILIH 

[1] Mesti menjaga solat 5 waktu secara berjemaah.
[2] Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
[3] Gigih berpegang dengan ajaran Islam.
[4] Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin.
[5] Berdisiplin dan mentaati amir.
[6] Mencintai dan bersedia untuk syahid.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza, bukan kerana serangan tentera Israel tetapi sebaliknya ia merupakan sesi latihan tentera al-Qassam yang dijalankan.

Briged ini juga terkenal dengan roket al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam. 

Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa anggota elit al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan sama sekali kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka. Penulis sungguh terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya memiliki wajah yang berseri, muka bersih dan bersinar. 

Jelas nampak keikhlasan pada raut wajah mereka untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati. 

Keimanan para anggota Briged al-Qassam ini cukup tinggi sehinggakan ada di antara mereka menyatakan bahawa mereka tak perlukan apa-apa bantuan, cuma cukuplah sekadar minta didoakan. Bukan doakan mereka selamat tetapi doakan agar mereka cepat menemui syahid! Inilah kunci kekuatan dan rahsia sebenar kehebatan mereka yang amat digeruni oleh 700,000 ribu tentera Israel di sana! 

Semoga Allah terus bantu dan hadirkan pertolongan buat pejuang Islam seperti mana yang Dia telah bantu dan beri pertolongan kepada umat-umat yang terdahulu dalam menentang golongan kuffar ini. Sesungguhnya tiadalah daya dan upaya kami melainkan dengan kekuasaan-Mu. Bantulah mereka....Ya Qahhar Ya Jabbar Ya Mutakabbir! 

via Dr. Zainur Rashid Zainuddin



sumber: blog erapasca.com

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...