nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label parlimen shah alam. Show all posts
Showing posts with label parlimen shah alam. Show all posts

Tuesday, April 23, 2013

Pencalonan Zul Noordin makan diri BN - KPRU

(CIUMAN MAUT...sambil cium, penyokong BN ini mencekik leher Zul Nordin)

Harakahdaily,24 Apr 2013

KUALA LUMPUR: Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) melihat pencalonan Zulkifli Noordin sebagai calon kerusi Parlimen Shah Alam adalah suatu sokongan oleh Barisan Nasional (BN) dan Umno kepada ekstremisme.

Langkah ini juga bercanggah dengan konsep ‘1Malaysia’ yang begitu dilaungkan oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

S
eperti yang diketahui ramai, Zulkifli Noordin terdahulunya sebelum dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 2010 adalah wakil rakyat di bawah PKR.

Ketika beliau menjadi wakil rakyat di bawah PKR, beliau telah mula menunjukkan sikap untuk mengungkap kata-kata bersifat perkauman.



Sebelum beliau mula menunjukkan sikap perkauman beliau itu, dalam sebuah temu ramah dengan sebuah akhbar dalam talian pada tahun 2008, beliau mengungkap, “saya seorang Ahli Parlimen (MP) yang berkhidmat untuk semua orang tidak kira agama, bangsa dan latar belakang.

"Pusat Perkhimatan saya diuruskan oleh kaum Melayu, Cina dan India, malah kakitangan saya yang paling rajin merupakan seorang kaum India”. 

Kata-kata ini akhirnya dibidas sendiri oleh Zulkifli Noordin dengan kata-kata perkaumannya dalam beberapa klip video dan penulisan dalam blognya.

Pendirian ekstremisme Zulkifli mula kelihatan pada tahun yang sama, dalam sebuah insiden di mana beliau mencerobohi sebuah forum Majlis Peguam mengenai isu pertukaran agama.

Dalam insiden itu, beliau dilaporkan mengutarakan dakwaan bahawa jika Majlis Peguam meneruskan keangkuhan anti Islam mereka, mereka akan berhadapan dengan beliau, di mana beliau akan mempertahankan dan memperjuangkan agama Islam.

Dalam sebuah klip video lapan tahun yang lalu yang baru  ditonjolkan pada Mac 2013, Zulkifli Noordin mengambil peluang untuk menghina kaum India dengan mempersoalkan kesucian Sungai Ganges.

Menurut beliau dalam sebuah video klip, “Saya pernah ke Sungai Ganga dahulu. Bagaimana boleh kata ia suci? Terdapat bangkai ayam dan ranting kayu terapung-apung”.

Dalam video yang sama, Zulkifli Noordin juga mengambil peluang untuk menyatakan yang berikut mengenai pembelian tuhan Hindu yang patah, “Ramai orang India berebut untuk membeli patung-patung dewa gajah, walaupun satu dari hidungnya yang patah... Saya bertanya si penjual mengapa mereka membeli tuhan ini, beliau berkata, 'tidak pernah fikiran kita akan memperbaiki semula hidung tersebut.”

Sambung beliau lagi dalam video tersebut, “mereka (kaum India) tau ianya bodoh” (merujuk kepada tindakan meperbaiki hidung patung tuhan yang patah itu).

Begitu juga, kata-kata Zulkifli Noordin dalam sebuah klip video yang sama, beliau turut menggelar kaum India dan kaum Cina sebagai pendatang haram yang dibawa masuk oleh British ketika zaman penjajahan British dahulu.

Menurut beliau, mereka hanya dijadikan warganegara negara ini menurut "kontrak sosial" antara kaum India, Cina dan Melayu.

Selepas video itu, muncul pula sebuah lagi video yang menunjukkan Zulkifli Noordin mengeluarkan kata-kata yang berikut, “Ada badigol Baghdad ni percaya, entah keling mana bawa kitab Hindu dia, ‘saya ada tengok, saya ada bukti’. Keling ni bawa kitab Hindu sumpah, dia percaya”.

Zulkifli Noordin akhirnya dipecat pada tahun 2010 kerana tindak-tanduk beliau yang seakan-akan menunjukkan beliau tidak lagi merupakan ahli parti PKR dan sebaliknya mencerminkan seakan-akan beliau merupakan ahli politik parti Umno.

Ini ditambah dengan saman yang dikeluarkan oleh beliau terhadap Khalid Samad dan tindakan beliau di Majlis Peguam, beliau tidak lagi mempunyai sebab untuk menyembunyikan sikap ekstremis beliau.

"KPRU mempercayai pencalonan Zulkifli Nordin akan makan diri Umno kerana warga Malaysia yang bijak teknologi yang sudah melihat gelagat Zulkifli Noordin di internet dan klip-klip videonya mempercayai beliau seorang ekstremis yang tidak layak untuk meraih undi daripada mana-mana kaum dalam negara ini," kata kenyataan itu.

Beliau tidak mencerminkan sikap cinta keamanan rakyat dan pencalonannya mencerminkan Najib sebagai pemimpin politik yang memulaukan kaum India dan kaum Cina serta menggalakkan sikap ekstremis dalam negara di mana konsep ekstremis sebenarnya ditolak oleh rakyat Malaysia.

Pencalonan Zulkifli Noordin akan membawa kebaikan kepada pakatan pembangkang dan yang akan mengalami kerugian adalah BN dan bukannya Pakatan.

sumber: Harakah Daily

Monday, April 22, 2013

PRU 13: Penuhi permintaan Najib, tidak undi Zul Noordin


Harakahdaily,23 Apr 2013

KUALA LUMPUR: Masyarakat India akan memenuhi permintaan Datuk Seri Najib Razak supaya melupakan Zulkifli Noordin dengan tidak memangkah beliau di kertas undi.

Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS), S.Barathidasan (gambar) berkata, masyarakat India juga tidak akan menyokong serta tidak akan memilih Zulkifli sebagai calon kerusi Parlimen Shah Alam pada hari mengundi 5 Mei depan.

“Masyarakat India akan menghukum calon yang bertanding kerusi pilihan raya Parlimen Shah Alam iaitu Zulkifli Noordin dan bertekad tidak akan memberikan undi mereka kepada beliau,” ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS) dan masyarakat India di Malaysia berasa amat kesal dengan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak yang mempertahankan calon kontroversi Zulkifli Noordin dan meminta masyarakat India supaya memaafkan serta memadamkan kemarahanan terhadap Zulkifli Noordin ekoran kenyataan Naib Presiden Perkasa menghina agama Hindu.

Malahan paling yang menyedihkan dan menjijikan apabila ada segelintir NGO menyokong serta sanggup mencium Zulkifli Noordin.

Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Razak juga meminta supaya masyarakat India melupakanlah kenyataan yang dibuat oleh Zulkifli Noordin.

Masyarakat India akan memenuhi permintaan Datuk Seri Najib Razak supaya melupakan Zulkifli Noordin dengan tidak memangkah beliau di kertas undi dan tidak akan menyokong serta tidak akan memilih beliau sebagai calon kerusi Parlimen Shah Alam pada hari mengundi 5 Mei depan.

Masyarakat India akan menghukum calon yang bertanding kerusi pilihan raya Parlimen Shah Alam iaitu Zulkifli Noordin dan bertekad tidak akan memberikan undi mereka kepada beliau.

Tapi persoalannya apakah ia hanya sekadar maaf-maafan tanpa apa-apa tindakan?

Sebelum ini beberapa orang selain daripada Zulkifli Noordin, antaranya ketua bahagian Umno Pulau Pinang, Pegawai khas kepada Perdana Menteri Datuk Nasir Safar, Pengerusi Perkasa Ibrahim Ali, Ridhuan Tee Abdullah dan banyak lagi terbiar begitu sahaja tanpa apa-apa tindakan.

Maka MIPAS menggesa agar mereka ini disiasat dan mendakwa di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketidakharmonian, perasaan permusuhan dan kebencian berkiatan agama.

MIPAS meminta supaya mereka ini patut diberi pengajaran agar mereka insaf dan berazam tidak mengulanginya.

MIPAS berharap agar Pihak PDRM dan Peguam Negara berlaku adil dan telus serta tidak memihak kepada mana-mana parti politik dalam melaksanakan tugas yang diamanatkan. Maka ia akan mempertingkatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada pasukan PDRM, penguatkuasaan undang-undang dan institusi kehakiman negara.

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...