Berdasarkan beberapa laporan akhbar berkaitan isu nahas MH17 pada 17 Julai 2014 di Ukraine yang melibatkan pesawat penumpang MAS, beberapa persoalan dapat dibangkitkan dengan kata kunci KENAPA MALAYSIA?
- Kenapa pesawat MAS MH17 MALAYSIA yang di tembak, sedangkan banyak lagi pesawat yang melalui ruang udara tersebut 24 jam termasuk India Airlines, SIngapore Airlines dan bermacam-macam lagi syarikat penerbangan dunia?
- Adakah tembakan dilakukan secara rambang? adalah mustahil dengan ketinggian melebihi 30,000 kaki ia ditembak secara rambang. Yang pasti ia telah dituju secara jelas dengan GPS penerbangan dan ditembak secara tepat dengan peluru berpandu. Tiada peluru berpandu ditembak secara rambang dan membabi buta.
- Setiap pesawat penumpang komersil mempunyai pengenalan diri. Anda boleh semak melalui aplikasi Plane finder di Google Play yang boleh didapati secara percuma. Dimana terdapat 5000 hingga 6000 pesawat di udara setiap masa diseluruh dunia. Semuanya mempunyai kod pengenalan diri kecuali pesawat persendirian ataupun jet pejuang tentera yang mungkin tiada dalam sistem komunikasi udara komersil. Malah anda boleh semak jenis pesawat, ketinggian,kelajuan semasa dan destinasi pesawat tersebut jika di akses melalui komputer riba atau dekstop. Ini bermakna pesawat yang ditembak sememangnya telah dikenal pasti dan diketahui. Persoalannya kenapa MALAYSIA?
- Apakah setelah tercetusnya kontroversi MH370 yang hilang ghaib dengan penumpang begitu sahaja dan tidak mencetuskan kontroversi seperti Malaysia-China, mungkin diharap selepas ini wujud kontroversi lebih panas di antara MALAYSIA-UKRAINE-RUSSIA serta BELANDA?
- Jika dilihat dengan kesukaran dalam mendapatkan kerjasama bagi mendapatkan kebenaran dan akses masuk ke tempat kejadian serta isu tuduh menuduh di antara Ukraine- Pemisah Pro Russia serta Kerajaan Russia sendiri, menjadikan keadaan sedikit tegang, dan yang pasti negara yang paling banyak cakap adalah Amerika Syarikat.
- Satu lagi isu yang mungkin agak sukar dipercayai, apakah ada negara KETIGA yang mengambil kesempatan mencetuskan kekeruhan dan ketegangan di rantau itu dengan menembak pesata MAS MH17, boleh jadi ia ditembak daripada Kapal Selam darat ke bumi, daripada Satelit tentera atau daripada mana-mana lokasi rahsia, dan ianya akan dipastikan jatuh di wilayah bergolak di Ukraine yang sememangnya tegang sejak kehilangan MH370 lagi.
Untuk mencari jawapan, anda kena banyak menganalisa berita, negara mana yang memberikan kenyataan yang bagaimana, negara mana yang dituduh dan negara mana yang menuduh dan sebagainya. ISU MH370 perlu dikaji bersama, kerana ia masih belum menemui titik noktah dan masih rahsia.
No comments:
Post a Comment