nuffnang adv

lazada adv

Tuesday, March 20, 2012

ISU PEMBANTU RUMAH :- PENGALAMAN BLOGGER

Isu mengenai pembantu rumah kini hangat diperkatakan. Sebenarnya banyak sekali masalah berhubung dengan isu ini, samada ia ditimbulkan atau disenyapkan sahaja.

Blogger sendiri pernah mengalami apa yang telah dialami oleh majikan lain yang senasib. Ditipu malah didenda oleh Jabatan Imigresen pun telah dilalui gara-gara pembantu rumah warga Indonesia ini.

Semasa isteri tinggal dan bekerja di Kuantan, Pahang, manakala blogger berulang alik dari Terengganu @ Setiu ke Kuantan saban minggu, telah memaksa kami sekeluarga untuk menggunakan pembantu rumah bagi menguruskan anak kecil disamping faktor keselamatan mahupun kecemasan.

Pengalaman pertama mendapatkan pembantu rumah cukup mengujakan. Terbayang bahawa sebahagian urusan rumah, penjagaan anak, kebersihan rumah akan terjaga, apatah lagi dengan agen yang begitu hebat dan pandai  mengambil hati kami sekeluarga dan penjelasan bahawa pembantu rumah yang mereka bekalkan mahir serba serbi. Sampai ketikanya, betapa malangya, apabila mula bertugas, semuanya tidak tahu, menanak nasi tidak tahu, apatah lagi mahu menggunakan periuk elektrik, nak masak lauk pun tidak tahu, jadi keadaan mula haru biru. Kita sebagai majikan pula terpaksa menguruskan makan minum untuk pembantu rumah, bagaimana mahu meninggalkan anak kecil kalau keadaan begini.

Setelah diselidiki, rupanya dia datang ke Malaysia kerana dijanjikan kerja. Datang pula dari keluarga susah, memasak dengan menggunakan kayu api, makan pun sekadar mengalas perut. Hal ini telah dilaporkan kepada agen untuk gantian. Agen pula berbelit-belit dah cakap. Kita pula terpaksa menguruskan kepulangan pembantu rumah tadi bersama tiket dan sedikit makanan itupun atas dasar belas kasihan sesama manusia.

Tunggu punya tunggu gantian pembantu rumah, agen lesap begitu sahaja, telefon pun sudah tidak diangkat, hangus RM3000 bayaran kepada agen, pembantu rumah entah ke mana. Serik rasanya untuk mengambil pembantu rumah. Buat sementara carai pengasuh dan hantar anak ke Pusat Asuhan.

Setelah sekian lama, isteri telah berjumpa dengan kenalannya untuk mencadangkan warisnya dari indonesia sebagai pembantu rumah. Katanya, pembnatu rumah yag bersamanya kini amat bagus da memuaskan. Oleh kerana diuruskan sendiri, bayaran yang dikenakan adalah RM2500 degan 3 bulan gaji pertama termasuk dalam bayaran tadi.

Alhamdulilah, dapat pembantu rumah yang boleh melakukan kerja kerja rumah. Baru rasa lega.

Setelah 3 bulan bersama, isteri telah mendapat khabar gembira untuk bertukar ke Terengganu. Pelbagai usaha dan ikhtiar yag dilakukan selama ini membuahkan hasil alhamdulillah. Cuma yang malangnya pembantu rumah pula tidak mahu mengikut majikan kerana ingin tinggal disekitar Kuatan berhampiran saudara maranya. Kami telah mencapai persetujuan bersama agen untuk menamatkan perkhidmatan pembantu rumah ini.

6 bulan kemudian, blogger mendapat maklumat bahawa pembantu rumah ini masih berada di Malaysia dan telah tinggal melebihi tempoh tanpa permit yag sah. Sekali lagi blogger terpaksa berurusan dengan Jabatan Imigresen di Kuantan dan dikenakan denda sebayak RM1000 kerana tidak menghantar balik dan membenarkan pembantu rumah tinggal melebihi tempoh.

Setelah perbincangan, agen sanggup menanggung kos denda dan tambang minyak blogger untuk berurusan dikuantan. Selesai urusan berkaitan pembantu rumah.

Di Terengganu, kami sekeluarga ,mengambil keputusan meletak anak di Taska atau rumah pengasuh. Tak payah nak fikir pasal pembantu rumah lagi, bayar gaji, tanggung makan minum, tempat tinggal dan lain lain lagi.

Sekarang walaupun telah mempunyai 5 hero termasuk hero terbaru berusia 4 bulan. Semuanya diuruskan sendiri tanpa pembantu rumah. Baby hantar ke rumah pengasuh, anak yang 5 tahun hantar tadika yayasan Islam Pra sekolah, petang ke Taska. Manakala abang-abangnya balik sekolah terus ke rumah. 

Walaupun penat kerana suami isteri bekerja, tapi hati puas  walaupun menguruskan rumah bagai "kapal pecah".

Daripada isu ini, perlunya agensi kerajaan seperti Kementerian Pembangunan Wanita, KEMAS dan sebagainya melatih warga tempatan untuk menjadi pembantu rumah mahir yang boleh menguruskan kerja pembantu rumah dan tidak tinggal bermalam dan bertugas dari jam 7.00pg hingga 6.00 petang. Atau memperkasakan lagi pusat jagaan atau asuhan kanak=kanak dengan memberi ruang yang lebih luas samada agensi swasta mahupun kerajaan.

Kerajaan juga boleh menawarkan insentif cukai atau rebet cukai kepada ibubapa yang menghantar anak ke pusat asuhan atau taska. Ia sekaligus dapat megurangkan kebergantungan kepada pembantu rumah asing dan mengurangkan pengaliran keluar Ringgit Malaysia ke luar negara.

Sebenarnya, disebalik isu ini, terlalu banyak hikmah yang tersembunyi. Ia akan mendorong kita untuk memperkasakan lagi institusi keluarga dengan lebih baik, mendekatkan lagi hubungan anak dengan ibubapa dan penjaga. Serta membuatkan kita akan lebih berdikari untuk menyelesaikan masalah dalaman kita sendiri dengan mengurangkan pembabitan pihak luar.

Dengan permintaan gaji RM700 untuk pembantu rumah dengan satu pengkhususan amat besar dan melampau bagi keluarga kecil da sederhana di Malaysia di mana kalau dihantar anak ke taska ia mampu menanggung 2 orang anak.

Kita patut kembali kepada pepatah lama.. 'buat baik berpada-pada.. buat jahat jangan sekali...'

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...