nuffnang adv

lazada adv

Tuesday, November 29, 2011

Wahh Memang panjang Umurnya...

Cerita ini dikongsi dari rakan blogger di blog Lepak Sini


"Jagalah agar hatimu tetap tenang, duduklah seperti kura-kura, berjalanlah dengan riang seperti merpati dan tidurlah seperti seekor anjing." Itulah nasihat yang diberikan oleh Li Chung Yun ketika seorang ketua suku bernama Wu Pu Fei mengundangnya ke rumah dan menanyakan rahsia umur panjang. Li Chung Yun meninggal pada 6 Mei 1933 ketika berumur 256 tahun.

Mr Li tinggal di Sichuan,China dimana umur panjang melambangkan kebesaran seseorang. Pada saat usianya 10 tahun, dia sudah berkelana ke Kansu, Shansi, Tibet, Annam, Siam dan Manchuria untuk mengumpulkan tanaman ubat. Dia terus mengumpulkan tanaman ubat hingga berumur 100 tahun.

Beberapa sumber mengatakan bahawa Mr.Li telah menguburkan 23 isteri dan pada saat meninggalnya dia hidup bersama isteri ke 24. Dari semua isterinya, Li memiliki anak cucu hingga 11 generasi dan berjumlah sekitar 200 orang. Dia juga memiliki kuku yang panjang sekitar 6 inci. Walapun usianya sudah 200 tahun lebih, namun dalam pandangan orang dia kelihatan seperti seseorang yang berusia 60 tahun.

Menurut Mr. Li, dia lahir pada tahun 1736. Namun pada tahun 1930, seorang profesor dari jabatan pendidikan universiti  Chengdu yang bernama Wu Chung Chieh menemukan sebuah catatan dari kerajaan China yang memberikan ucapan selamat kepada Li Ching Yun atas ulang tahunnya yang ke-150 tahun. Ucapan selamat itu diberikan pada tahun 1827. Sekiranya pada tahun 1827 dia berumur 150 tahun, ini bererti catatan kerajaan menunjukkan bahawa Mr. Li lahir pada tahun 1677 dan saat meninggal pada tahun 1933, dia berumur 256 tahun.

Pada saat kematiannya, ucapan dukacita untuk Mr.Li diberitakan oleh media-media ternama dunia, termasuk The New York Times dan Times Magazine.

Sebelum ini, di China juga pernah tercatat seorang yang bernama Chen Jun yang dipercayai meninggal pada usia 443 tahun.

Selama hidupnya, Mr Li dikenali sebagai seorang herbalis dan ahli kungfu. Pada tahun 1749 ketika dia berumur 71 tahun, dia berpindah ke kota Kai Xian untuk bergabung dengan pasukan Cina sebagai pelatih kungfu dan penasihat tentera.

Kisah hidupnya kemudian diceritakan seperti sebuah kisah dari filem-filem silat yang kita tonton. Salah seorang murid Mr. Li, iaitu Master Tai Chi bernama Da Liu menceritakan kisah ini. Pada saat Mr. Li berusia 130 tahun, dia berjumpa dengan seorang petapa di sebuah gunung yang kemudian mengajarinya Jiulong Baguazhang (sembilan naga lapan diagram telapak tangan) dan Qigong (tenaga dalam). Da Liu mengatakan bahawa Mr.Li dapat memiliki umur panjang kerana dia secara teratur melakukan latihan-latihan tersebut setiap hari, secara teratur selama 120 tahun. Sampai saat ini, para pengamal Jiulong Baguazhang moden mengakui bahawa pengetahuan yang mereka peroleh berasal daripada Mr. Li.

Mr li pernah berkata kepada seorang sahabat,"Aku telah menyelesaikan semua hal yang harus diselesaikan di dunia ini, sekarang aku akan pulang." Li Chung Yun meninggal tidak lama selepas itu. Dan sejak itu muncullah Legenda Li Chung Yun, manusia yang berumur 256 tahun.

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...