nuffnang adv

lazada adv

Sunday, August 14, 2011

Kelebihan Makkah Al Mukaramah...



Setiapkali memandang Kaabah, hati merasa syahdu dan begitu tenang sekali
Di antara kelebihan Makkah AL Mukaramah yang Allah kurniakan kepada umat manusia adalah:

Masjidil Haram di waktu senja memang indah
Beginilah ramainya umat Islam bertawaf dan gambar ini dirakam blogger  pada Jun 2011
  • memiliki Masjidil Haram dan Kaabah yang menjadi kiblat seluruh umat Islam
  • Tempat kelahiran dan kediaman Rasulullah saw, nabi akhir zaman dan di utus untuk semua umat
  • sebaik-baik tanah dimuka bumi di mana Allah swt akan menyegerakan pembalasan kemungkaran yang dilakukan di tanah suci ini.
  • Tempat Makam Nabi Ibrahim as
  • Tempat yang aman dan terpelihara daripada kekacauan dan serangan luar.
  • memiliki banyak nama seperti Mekah, Bakkah, Ummul Qura, Al Balad, Al Baladul Amin, Haramain Amina dan AL Qaryah.
  • Dajjal tidak boleh memasuki Makkah
  • Diberikan pahala yang besar kepada sesiapa yang bertawaf atau sekadar memandang dan merenungi Kaabah.
Maqam Nabi Ibrahim as, di antara tempat yang m ustajab untuk berdoa
  • Diberikan 100,000 kali ganda pahala kepada sesiapa yang mendirika solat di Masjidil Haram.
  • Tiada waktu larangan solat di Masjidil Haram.
  • Banyak tempat yang mustajab doa untuk dipohon di sini seperti di belakang Maqam Ibrahim as, di antara Rukun HajarulAswad dan Rukun Yamani, dalam Hijir Ismail, Arafah, Mina serta Mudzalifah.
  • Memiliki air zamzam yang tidak pernah kering dan mempunyai pelbagai kelebihan dan keistimewaan.
* disusun dari- Travelog Misteri Israel Kuasai dunia- Mohd nadzri Kamsin 

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...