nuffnang adv

lazada adv

Wednesday, February 15, 2017

Resepi Cheesekut Cake.. memang sedap, mudah pulak tuu

Image may contain: food

Hari ini admin nak belanja resepi sikit, nampak macam sedap dan mudah serta tak payah masak cuma adunkan sahaja sebagaimana resepi di bawah.

Jika bapa mithali yang buat tentu awesome buat anak-anak dan juga isteri tersayang. Lain sebenarnya air tangan BAPAK ni. Cubalah, insyalah jika selalu memasak dan berbuat sesuatu terutama memasak kepada famili, hubungan keluarga juga berubah dan memang hasilnya positif.

Pastikan baca Basmalah dan berselawat moga resepi kita lebih berkat insyalah.

Resepi kali ini adalah seperti berikut:

Image may contain: food


<3 span=""> RESEPI CHEESEKUT CAKE <3 span="">

Bahan-bahan:
250 cream cheese(Saya guna brand Tartura)
1 paket Biskut Deluxe Crackers Hup Seng
1/2 tin susu pekat manis (boleh kurangkan)
1 kotak kecil susu segar
Nestum
.
Cara-cara boleh rujuk di setiap gambar.
1)Masukkan cream cheese, susu pekat manis dan 2 s/b susu segar ke dalam mixer/blender. Putar sampai sebati.
2)Celup biskut ke dalam susu segar. Pastu susun dalam bekas untuk lapisan pertama.(Celup jap je taw, Nanti kembang sangat)
3)Tuang adunan cheese ke atas biskut dan ratakan. Pastu boleh tabur nestum.
4)Ulang step yang sama.
5)Pastikan lapisan last sekali ialah adunan cream cheese. PAstu tabur nestum.
6)Masuk dalam aisbox belah bawah. Sedap makan time sejuk.Pas potong dah boleh ngap!


Image may contain: food
1)Masukkan cream cheese, susu pekat manis dan 2 sudu susu segar ke dalam mixer/blender. Putar sampai sebati.
.
(Saya guna blender je sebab tak ingat mixer letak mane time pindah rumah hari tu.Tapi jangan guna blender yang buat blend cili lak. Haha. Pedas nanti.)


Image may contain: food 
2)Lapik loyang dengan plastik.
Celup biskut dalam susu segar. Pastu susun dalam bekas untuk buat tapak(lapisan pertama). Celup jap je tau. Kalau rendam lame nanti jadi lembik. ;p
.
3)Tuang adunan cheese ke biskut dan ratakan. Tabur nestum(optional).
.
4)Ulang step yang sama.


 Image may contain: food
4)Ulang step yang sama sampai biskut habis atau cukup untuk buat lapisan yang last.
.
5)Pastikan lapisan atas sekali ialah adunan cream cheese.Tabur nestum.
.
6)Dah siap masuk dalam esbox belah bawah. Sedap makan time sejuk taw.


Image may contain: dessert and food 
 Balance biskut n cheese tu jangan buang ye.
Membazir tu amalan syaitonnnn. 😂😂😂

So sementara tunggu biskut sejuk dalam esbox, boleh ngappp dulu balance biskut.


Image may contain: food 
Inilah hasilnya memang awesome.. sedap

.
Diizinkan untuk share resepi simple dan sedap sangat ni. <3 span=""> <3 span="">
credit : Nor Suhana Samidjan #resepiringkas

MADU. Musuh Kuman yang Paling Digeruni


MADU. Musuh Kuman yang Paling Digeruni 

Anda semua pernah jumpa dengan madu kan? Dulu ada yang ingat ia hanyalah larutan yang mempunyai gula yang tinggi. Berasa manis dan melekit-lekit. Tidak mendatangkan apa2 manfaat
PEMAHAMAN ANDA SALAH. MADU ADALAH PEMBUNUH BAKTERIA PALING KUAT
Madu merupakan hasil daripada penat lelah lebah yang bertungkus lumus menghasilkannya. Setiap daripada kompaun di dalam madu itu seperti protein imun sehinggalah kepada gula itu sendiri mempunyai kegunaan yang sangat bermanfaat.

Dan telah terbukti daripada zaman purba lagi, madu digunakan untuk mengelakkan jangkitan kuman pada luka. Dan pada zaman moden ini pula, kita juga menggunakan madu yang telah diproses untuk digunakan melawan jangkitan bakteria di dalam hospital.

Kelebihan madu ini telah diceritakan dalam alquran sejak dahulu lagi Sebagaimana dalam firman Allah SWT dalam Al-Quran surah An-Nahl ayat 69 :
“Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.” [QS. An-Nahl : 69]

bee2
Lebah berkerja keras menghasilkan madu Ya betul. Madu dapat mengubat beberapa jenis penyakit terutamanya yang melibatkan jangkitan kuman.
Saya akan menceritakan 3 cara bagaimana madu mengubati penyakit terutamanya yang melibatkan jangkitan bakteria

1) Gula dalam madu itu sendiri
Madu mempunyai 17% air. Selain daripada itu, majoritinya gula.
Senang cerita madu adalah larutan gula yang sangat pekat(supersaturated solution). Sebab itu, madu akan menjadi gula pepejal jika dibiarkan di atas meja. Ini disebabkan air yang tersejat drpd madu tersebut membuatkan gula tidak lagi dapat dilarutkan. Secara kimianya, ia sangat kuat menarik air ke dalam larutan madu tersebut. Selain daripada itu, ada 2 jenis gula dalam madu iaitu glukosa dan fruktosa.

Jika kita lihat sifat air, ia boleh bergerak merentasi sel membrane dengan pergerakkan pasif daripada tempat yang mempunyai kepekatan air yang tinggi kepada kepekatan air yang rendah seperti larutan madu yang pekat.

Jika ada bakteria yang termasuk ke dalam madu, air dalam bakteria akan disedut keluar drpd bakteria itu dan masuk ke dalam larutan madu yang pekat. Karakter madu yg unik ini menyebabkan bakteria dan kulat secara teknikalnya menjadi kering dan mati dan menyebabkan madu itu sendiri tidak rosak.

13601
Gambar sebelah kiri menunjukkan sel bakteria yang mengecut disebabkan kehadiran larutan yang pekat(hypertonic)

2) Lebah merembeskan enzyme glucose oxidase ke dalam madu
Hebatnya ciptaan Allah sehingga mana lebah ini mampu merembeskan enzyme Glucose oxidase yang mampu menguraikan glucose kepada gluconic acid dan juga hydrogen peroxide. Kedua-dua bahan ini sangat kuat dalam merencat pertumbuhan bakteria dan juga membunuhnya.

Jika kita lihat, gluconic acid menyebabkan pH madu menjadi serendah 4 iaitu 1000 kali ganda keasidannya jika nak dibandingkan dgn pH 7. pH serendah 4 ini akan membunuh bakteria yang berada di dalam madu.

Manakala hydrogen peroxide pula mampu membunuh bakteria. Manakan tidak, dalam tubuh badan kita pun terutamanya sel darah putih menggunakan hydrogen peroxide utk membunuh bakteria. Ia merosakkan dinding sel bakteria dan menyebabkan sel itu rosak dan pecah.
growth2bxpH yang sesuai bagi pembiakkan bakteria adalah drpd 6 ke 8. Jika keadaan terlampau berasid, bakteria akan mati

3) Lebah juga merembeskan antibiotic ke dalamnya.
Beberapa jenis lebah merembeskan satu protein yang bernama bee defensin-1. Bee defensin-1 melindungi lebah daripada beberapa jenis jangkitan bakteria. Ia dihasilkan drpd kalenjar yang sama dgn penghasilan madu. Oleh sebab itu, bee defensin-1 ini pun termasuk ke dalam madu yang bertindak seperti antibiotic.

Dan ada sesetengah madu juga mempunyai satu kompoun yang bernama methylglyoxal dimana ia dijumpai dalam nektar yang dhasilkan oleh sesetengah bunga. Madu yang paling tinggi dengan kompoun methylglyoxal ini adalah madu manuka yang terhasil drpd bunga manuka itu sendiri. Madu manuka sangat bagus sehingga mana madu jenis ini digunakan untuk merawat pesakit di dalam hospital.
dish
Madu Manuka merupakan salah satu jenis madu yang digunakan dalam perubatan moden. Ia terbukti mampu membunuh bakteria jenis MRSA yang merupakan bakteria yang kuat

Hanya ada beberapa jenis bakteria sahaja yang tidak boleh dibunuh oleh madu. Ia adalah bakteria Clostridium Botulinum yang menyebabkan suatu penyakit yg boleh membawa maut iaitu Botulism. Dalam penyakit ini, toxin daripada bakteria akan memasuki darah dan menyebabkan otot keseluruhan badan tidak boleh berfungsi. Ini akan menyebabkan seseorang itu tidak mampu bernafas dan boleh menyebabkan kematian.

Madu ini tidak mampu membunuh bakteria tersebut disebabkan pada keadaan yang tidak sesuai untuk hidup, bakteria ini akan menghasilkan spora. Spora bakteria Clostrodium jarang dirosakkan pada keadaan yang ekstrim seperti di dalam madu dan apabila spora ini pergi ke tempat yg sesuai iaitu tempat yg mempunyai air dan nutrien yg mencukupi, spora ini akan berkembang dan menjadi bakteria dewasa yang boleh menghasilkan toxin.

Lebih kurang 10% drpd madu mempunyai spora botulinum. Jika orang dewasa mengambilnya tidak akan menjadi masalah kerana imun sistem kita akan sempat membunuh bakteria tersebut sebelum sempat ia menghasilkan toxin. Tetapi berlainan pula bagi kanak-kanak. Ini disebabkan sistem imun nya yg masih belum matang menyebabkan mereka mudah untuk terkena jangkitan bakteria ini. Sebab itulah, kita menasihati ibubapa untuk tidak memberikan madu kepada anak-anak mereka yang kurang daripada setahun.
hypotonic-infant_168fbff65d9be6f6dddea82a418242c2
Keadaan bayi yang mengalami Botulism.

 admin: Begitulah kehebatan madu dan lebah, jika tidak masakan Allah Swt mengabadikan kisah madu dan lebah dalam AL Quran untuk pedoman manusia dan juga untuk diambil manafaat darinya.

@Root Of Science

Monday, February 6, 2017

Perkhidmatan ambulans oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Terengganu



Image may contain: 1 person

Perkhidmatan ambulans oileh Persatuan Bulan Sabit Merah Negeri Terengganu adalah satu langkah yang baik dan proaktif dalam memastikan kehadiran badan itu kepada masyarakat.

Ia juga dapat mendidik masyarakat untuk lebih bersedia dan berilmu dalam menghadapi sesuatu kecemasan dan bencana atau seumpama dengannya.

Pihak PBSM juga turut sedia memberikan latihan pertolongan cemas, operasi menyelamat, kempen derma darah mahupun kempen kesedaran HIV/AIDS ataupun dadah.

#setiupost

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...