nuffnang adv

lazada adv

Wednesday, November 30, 2011

Kisah Mumia Yuya adalah Nabi Yusof as??

Satu lagi kisah penemuan menarik dari Blogger KHALIFAH... jom tengok

MUMIA YUYA ADALAH NABI YUSUF A.S?

Mukadimah
Penulis sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa tidak salah untuk mencari sesuatu kebenaran asalkan tidak menjejaskan akidah sebagai seorang muslim. Sebenarnya penulis benar-benar tertarik dengan satu cabang kajian yang sering dipandang sepi oleh umat Islam iaitu Egyptologi.
Egyptologi adalah kajian yang terperinci merangkumi sejarah, adat, agama, bahasa dan tatacara hidup masyarakat Mesir yang dipercayai telah mendiami lembah sungai Nil sejak 3000 sebelum masihi sehingga abad ke-4 selepas masihi. Di Amerika Syarikat, Egyptologi diklasifikasikan sebagai salah satu cabang kepada bidang Arkeologi.



Ahli-ahli Egytologi yang pertama
Ahli ‘Egyptologi’ yang pertama dipercayai adalah Firaun Mesir itu sendiri iaitu Tutmoses IV. Tutmoses IV dikatakan telah memulihkan patung Sphinx yang tersergam di hadapan Sungai Nil.
Manakala ahli Egyptologi Islam yang pertama adalah ahli sufi terkenal, Zun Nun al-Misri. Zun Nun al-Misri diriwayatkan sangat meminati tulisan Hiroglif Mesir dan dikatakan telah memahami sebahagian besar tulisan berkenaan.
Seorang lagi ilmuwan Islam yang pertama digelar ahli Egyptologi adalah Ibnu Washiyya. Ibnu Washiyya dikatakan telah mendahului Jean-François Champollion dalam menafsir tulisan Higrolif sebanyak empat abad. Champollion dikenali pada hari ini sebagai individu pertama yang menafsir tulisan Higrolif susulan terjumpanya batu Rosetta.
Bergitulah besarnya cabang bidang Egytologi ini. Miskipun banyak sudah dibongkar dan dibuat kajian. Namun, masih banyak lagi yang belum terbongkar sepenuh. Antaranya adalah berkenaan persoalan siapakah Firaun yang memusuhi Nabi Musa as. Al-Quran tidak mencatatkan siapakah Firaun tersebut. Bergitu juga dengan Injil dan Taurat.
Walaubagaimanapun, penulis telah tertarik dengan kajian yang dilakukan oleh seorang ahli Egyptologi warga British berkelahiran Mesir, Ahmed Osman. Ahmed Osman secara terperinci telah mendakwa bahawa seorang figura Mesir Purba bernama Yuya adalah Nabi Yusuf yang diceritakan Allah swt dalam al-Quran sebagai seorang menteri kerajaan Mesir Purba.


Nabi Yusuf as seperti yang diceritakan dalam al-Quran, Taurat dan Injil
Sejak satu abad yang lalu, pencarian tentang siapakah Nabi Yusuf as dalam peradaban Mesir Purba giat dilakukan. Kebanyakkan dilakukan oleh ahli arkeologi daripada Eropah dengan bersandarkan kepada Kitab New Tastement(Injil) dan Old Tastement(Taurat). Namun, kajian tersebut menemui jalan buntu dek kerana hasil penemuan yang tidak menepati dengan apa yang disifatkan dalam kedua-dua kitab suci agama Kristian dan Yahudi.
Dalam kitab tersebut ada menceritakan bagaimana Nabi Yusuf as telah dikhianati oleh adik-beradiknya dengan meletakkan baginda di dalam perigi tua. Adik-beradik baginda juga telah menipu bapanya iaitu Nabi Ya’kub as dengan mendakwa Nabi Yusuf as telah dibaham serigala dengan menunjukkan baju yang dilumur darah haiwan sebagai barang bukti. Nabi Ya’kub as yang mengetahui anak-anaknya telah membohongi bagaimanapun terpaksa redha dan meratapi nasib dirinya. Akibatnya, mata nabi Ya’kub menjadi buta kerana kerap menangisi kehilangan anak kesayanganya itu.
Dalam ketiga-tiga kitab tidak menyalahi fakta asal antara satu sama lain. Ketiga-tiga kitab suci tersebut ada menyatakan bagaimana Nabi Yusuf as akhirnya diselamatkan daripada perigi buta tersebut dan dibawa ke Mesir untuk dijadikan hamba abdi. Nabi Yusuf as kemudian dibeli oleh seorang menteri dan dijagakan bagaikan anak mereka sendiri. Menteri tersebut hanya digelar al-Aziz. Al-Aziz hanyalah panggilan bagi seorang menteri dan bukanlah nama sebenar menteri yang menjaga Nabi Yusuf as. Dalam Injil dan Taurat, nama menteri tersebut telah disebut sebagai Potiphar.
Apabila meningkat dewasa, Nabi Yusuf as telah melalui sebuah dugaan yang maha hebat apabila digoda oleh ibu angkatnya sendiri, Zulaikha. Di dalam Injil mahupun Taurat, nama Zulaikha langsung tidak dinyatakan.
Akibat fitnah daripada Zulaikha, Nabi Yusuf as kemudiannya dihumban dalam penjara. Di dalam penjara, Nabi Yusuf as telah menunjukkan mukjizatnya dengan menafsir mimpi seorang banduan. Kebolehan Nabi Yusuf as telah sampai kepada Firaun yang memerintah Mesir pada waktu itu. Nabi Yusuf as telah dipanggil untuk menafsir mimpi Firaun. Kejayaan menafsir mimpi Firaun dengan tepat akhirnya telah membuatkan baginda diangkat menjadi wazir negara Mesir Purba.

Dakwaan Ahmed Osman
Ahmed Osman telah mendakwa Yuya adalah Nabi Yusuf as dengan beberapa bukti yang boleh dikatakan kukuh. Ahmed Osman yang menggunakan tiga sumber rujukan iaitu al-Quran, Injil dan Taurat sebagai dokongan dalam kajian beliau berkenaan dengan Yuya.
Antara dakwaan Ahmed Osman berkenaan Yuya adalah:

1. Tangan Yuyu
Mumia Yuya menurut Osman tidak seperti mumia-mumia yang lain. Tangan mumia Yuya tidak menyilangkan tangan seperti mumia Firaun dan mumia pembesar-pembesar Firaun. Adat menyilang tangan di dada sebenarnya adalah mengikut tatacara Osiris iaitu salah satu dewa besar Mesir Purba. Tangan Mumia Yuya bagaimanapun diletakkan pada bawah dagunya. Adat letak tangan di bawah dagu seperti menyerupai adat resam bangsa Semitik atau bani Israil. Ia memungkinkan bahawa Yuya adalah individu yang bukan berasal daripada Mesir.


 Bandingkan mumia Yuya(kiri) dan mumia Firaun Maneptah(kanan). Lihat kedudukan tangan mereka.

2. Yuyu dan janggut
Wajah Yuya menyerupai wajah bangsa Semitik. Ia bersandarkan kepada janggut, dagu dan wajah mumia Yuya yang bujur seperti wajah tipikal bangsa Semitik. Ia ditambah dengan fakta bahawa tiada Firaun dan pembesar Firaun yang menyimpan janggut kecuali Yuya sahaja. Adat menyimpan janggut biasa dilakukan oleh bani Israil pada dahulukala.
Ia bersandarkan kepada tafsir al-Qummi melalui Jaafar al-Sadiq yang berkata bahawa Allah swt telah menganugerahkan kepada moyang kepada bangsa Israil dan Arab(Bangsa Semitik), Nabi Ibrahim as sebanyak sepuluh kebaikan. Lima di kepala dan lima lagi di badannya.
Di kepala:


1. Bercukur misai.
2. Menyimpan janggut
3. Bercukur rambut di kepala
4. Memberus gigi
5. Memutihkan gigi
Di badan:
1. Berkhatan
2. Memotong kuku
3. Membersih badan dengan air bersih
4. Mencukur bulu ari-ari
5. Membersih diri selepas berjimak(mandi hadas besar)


Maka ia jelas sekali menunjukkan anak cucu Nabi Ibrahim perlu mengikut syariat yang diturunkan daripada baginda termasuklah nabi Yusuf as yang merupakan cicit baginda sendiri melalui datuknya, Nabi Ishak as. Melalui penemuan mumia Yuya yang tidak bercukur janggut jelas membukti ia adalah berasal daripada bangsa Semitik dan bukannya seseorang berbangsa Mesir.


lihat janggut mumia Yuya.
3. Bapa kepada Firaun
Yuya adalah satu-satunya individu yang digelar ‘Bapa kepada Firaun’. Ia selari dengan apa yang tercatat dalam Injil melalui Genesis 45:8.

“So then, it was not you who sent me here, but God. He made me father to Pharaoh, lord of his entire household and ruler of all Egypt.


Mana-mana individu tidak pernah digelar bapa kepada Firaun. Dan gelaran seperti ini adalah kebesaran yang dianugerahkan kepada Yuya sebagai orang kepercayaan Firaun. Ia jelas dinyatakan dalam al-Quran dalam surah Yusuf ayat 54.

Dan raja(Firaun) berkata: “Bawalah Yusuf kepadaku, agar aku memilih dia sebagai orang yang rapat kepadaku.” Maka tatkala raja(Firaun) telah bercakap-cakap dengan dia, dia berkata: “Sesungguhnya kamu (mulai) hari ini menjadi seorang yangberkedudukan tinggi lagi dipercayai pada sisi kami(Firaun dan pembesar-pembesar lain).”


Menurut ahli Egyptologi, Yuya digelar Father of Pharoah adalah kerana Yuya merupakan bapa mertua kepada Firaun Amenhotep III melalui perkahwinannya dengan anak perempuan Yuya,Tiye. Tiye adalah salah seorang Isteri Diraja Terhebat(Great Royal Wife) dan dianggap nenek moyang kepada fahaman Monoteisme.
Tiye digelar nenek-moyang kepada fahaman Monoteisme adalah kerana anaknya, Firaun Akhanaten telah melakukan revolusi agama dengan menghapuskan fahaman menyembah banyak tuhan kepada satu tuhan sahaja. (InsyaAllah jika berkesempatan penulis akan menulis berkenaan Firaun Akhanaten pula)
Persoalannya, bagaimana Tiye boleh digelar sedemikian rupa? Amat mustahil Tiye mendapat visi daripada Tuhan kerana tiada nabi daripada gologan wanita melainkan terpengaruh dengan seseorang yang paling rapat dengannya. Dan orang paling rapat dengan Tiye semestinya bapanya sendiri iaitu Yuya.
Kaitan Yuya dengan Tiye dan gelaran “bapa kepada Firaun” amat menyakinkan bahawa Yuya sebenarnya adalah Nabi Yusuf as yang diceritakan dalam tiga kitab suci agama Samawi(agama langit). 


Tiye
 4. Isteri dan gelaran Nabi Yusuf as
Firaun juga telah menganugerahkan Nabi Yusuf as dengan isteri daripada bangsa Egypt dan nama dalam bahasa Mesir purba. Isteri Nabi Yusuf as telah dinyatakan dalam Taurat melalui Book of Genesis sebagai Asenath. Asenath adalah anak kepada seorang paderi Firaun yang bernamaPotipherah.
Sejarahwan Mesir, Manetho telah menulis sejarah negaranya pada abada ketiga sebelum Masihi. Beliau telah menyebut berkenaan Firaun Amenhotep III mempunyai seorang menteri yang digelar Sef. Ia kelihatan seperti nama Josef dalam bahasa Ibrani dan Yusof dalam bahasa Arab. Jika digabungkan dengan Yu(merujuk kepada tuhan bani Israil, Yahweh) dan gelaran Mesir purba kepada Nabi Yusuf as iaitu Sef, ia jelas boleh mengabungkan perkataan:

Y.U.S.E.F.

Telah menjadi kebiasaan kepada adat orang dahulu kala mengabungkan nama sepertimana yang biasa kita dengar iaitu Tutankhamun(hasil gabungan nama gelarannya, Tutan dan nama tuhan sembahannya, Amon), Amenhotep(gabungan tuhan Amen dan nama gelarannya Hotep) dan banyak lagi. Maka, tidak mustahil nama Nabi Yusuf as adalah hasil gabungan tersebut. Waallahualam.

5. Bandar seratus pintu gerbang
Melalui perbandingan antara ketiga-tiga kitab suci dan rekod sejarah Mesir purba, terdapat satu fakta yang boleh menguatkan lagi dakwaan bahawa Yuya adalah Nabi Yusuf as. Dalam al-Quran, nabi Ya’kub as telah berpesan kepada anak-anaknya supaya memasuki pintu gerbang yang berlainan atas sebab-sebab tertentu. Ia termaktub dalam surah Yusuf ayat 67,

Dan Ya’qub berkata: “Hai anak-anakku janganlah kamu (bersama-sama) masuk dari satu pintu gerbang, dan masuklah dari pintu-pintu gerbang yang berlain-lain; namun demikian aku tiada dapat melepaskan kamu barang sedikitpun dari pada (takdir) Allah. Keputusan menetapkan (sesuatu) hanyalah hak Allah; kepada-Nya-lah aku bertawakkal dan hendaklah kepada-Nya saja orang-orang yang bertawakkal berserah diri.”

Dalam tradisi masyarakat Yahudi ada memperkatakan perihal kebimbangan adik-beradik Yusuf as berkenaan niat jahat bangsa Mesir sehingga mereka telah melalui sepuluh pintu gerbang yang berlainan.

“His brothers, fearing the evil eye, entered the city at ten different gates”
(Midrash Bereshith Rabbah 89)


Mengikut penyajak terkenal berbangsa Yunani, Homer dalam sajaknya yang ditulis pada abad ke-8 sebelum Masihi, Bandar Thebes mempunyai lebih seratus pintu gerbang yang berlainan. Bandar Thebes yang terletak di timur tebing sungai Nil adalah pusat pemerintahan kerajaan Mesir Purba. Homer menggelarnya “Bandar seratus pintu gerbang”. Maka, ia jelas menggambarkan wahyu yang disampaikan dalam al-Quran adalah merujuk kepada Bandar Thebes yang juga tempat bersemayamnya Firaun dan para menterinya termasuklah Nabi Yusuf as sendiri.


Salah satu pintu gerbang di bandar purba Thebes.
 Penyangkalan orang Yahudi dan Kristian
Mengikut tradisi bani Israil, keranda nabi Yusuf as telah tenggelam ke dalam sungai Nil. Walaubagaimanapun, terdapat juga dakwaan yang menyatakan bahawa jenazah nabi Yusuf disemadikan dalam Istana Diraja sesuai dengan statusnya sebagai menteri paling kanan Firaun ketika hayatnya.
Semasa Exodus, Nabi Musa as dikatakan telah dibantu oleh Serah, anak kepada Asher untuk menaikkan keranda Nabi Yusuf yang tenggelam di dalam Sungai Nil. Serah kemudian menunjukkan tempat di mana keranda Nabi Yusuf berada. Nabi Musa as tanpa berlengah telah melontar batu ke dalam sungai dan berseru,

Yusuf! Yusuf! Masanya telah tiba untuk bani Israil diselamatkan daripada musuh mereka; bangkitlah dan jangan berlengah lagi.!

Ajaib sekali, keranda tersebut telah timbul dan terus diambil untuk dibawa bersama ke tanah yang dijanjikan.
Namun, tradisi Bani Israil tidak boleh dibenarkan sepenuhnya terutamanya kita sebagai Umat Islam. Kebanyakkan telahpun ditokok tambah untuk kepentingan mereka sendiri. Bergitulah yang terjadi kepada kisah jenazah Nabi Yusuf as yang dikatakan tenggelam dalam sungai Nil.
Dalam kajian Ahmed Osman, ia adalah satu-satunya penyangkalan daripada individu yang menentang teorinya.

Kisah Benar Mukjizat Al Quran... Rahsia Pembinaan Piramid

 

Kali ini blogger ingin berkongsi artikel dari BLOG KHALIFAH.. menarik isunya 

AL-QURAN MENJAWAB TEKA TEKI PEMBINAAN PIRAMID


Sejak lama para ilmuwan bingung bagaimana cara sebuah piramid dibina.Ini kerana teknologi mengangkat batu-batu besar yang boleh mencapai ribuan kilogram ke puncak-puncak bangunan belum ditemui di zamannya. Apa rahsia di balik pembinaan piramid ini?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Desember 2006, menerbitkan berita ilmiah yang mengesahkan bahwa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid! Menurut penyelidikan tersebut disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah tanah liat yang dipanaskan hingga membentuk batu keras yang sukar dibezakan dengan batu aslinya.


Para ilmuwan mengatakan bahawa Firaun mahir dalam ilmu kimia dalam memproses tanah liat hingga menjadi batu. Dan teknik tersebut menjadi perkara yang sangat rahsia jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang ditinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Michel Profesor Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batu: batu semulajadi dan batu-batu yang dibuat secara manual atau olahan tanah liat.

Dan dalam penyelidikan yang diterbitkan oleh majalah “Journal of American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan jenis tanah slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Ini kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sementara untuk dasarnya, Firaun menggunakan batu alam.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur di tungku perapian yang dipanaskan dengan wap air garam dan berhasil membuat wap air sehingga membentuk campuran tanah liat.

Kemudian olahan itu dituangkan dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diolah menurut ukuran yang diinginkan tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

Profesor Davidovits telah mengambil batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut dan menemui jejak reaksi cepat yang menegaskan bahawa batu diperbuat dari lumpur.

Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu membezakan antara batu semulajadi dan batu buatan.

 Dengan kaedah pembuatan batu besar melalui cara ini, seorang profesor memerlukan waktu sepuluh hari hingga mirip dengan batu aslinya.

Sebelumnya, seorang ilmuwan Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawaban dari rahsia di balik pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid.

Ia pun berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang saya baru yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”

 Penemuan oleh Profesor Prancis Joseph Davidovits soal batu-batu piramid yang ternyata terbuat dari olahan lumpur ini memakan waktu sekitar dua puluh tahun.

Satu kajian yang lama tentang piramid Bosnia, "Piramid Matahari" dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat! Ini menegaskan bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu. (Gambar dari batu piramid).

Sekeping gambar yang digunakan dalam casting batu-batu kuno piramid matahari mengalir di Bosnia, dan kebenaran ilmiah mengatakan bahawa sangat jelas bahawa kaedah tertentu pada pengecoran batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam peradaban yang berbeza baik Rom atau Firaun!

Al-Quran Ternyata Lebih Dulu Punya Jawaban

Jika difahami lebih dalam, ternyata Alquran telah mengungkapkan hal ini 1400 tahun sebelum mereka mengungkapkannya, perhatikan sebuah ayat dalam Al Quran berikut ini:


وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي 
لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

“Dan berkata Fir'aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku BANGUNAN YANG TINGGI supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan Sesungguhnya aku benar-benar yakin bahwa Dia Termasuk orang-orang pendusta." (Al-Qashash:38)

Subhanallah! bukti menakjubkan yang menunjukkan bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam peradaban tinggi pada masa itu, juga dibina dari tanah liat! Al-Quran adalah kitab pertama yang mengungkapkan rahsia pembinaan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika dan Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi SAW tidak pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, malah mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa Nabi SAW ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satupun di muka bumi ini pada waktu itu yang mengetahui tentang rahsia piramid.

Sebelum ini, para ilmuwan tidak yakin bahAwa Firaun menggunakan tanah liat dan panas untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad SAW, berbilang tahun setelah berakhirnya dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kelak dinamakan Piramid menggunakan.........TANAH LIAT

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat membuktikan bahawa nabi Muhammad SAW tidaklah berbicara sesuai hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa ... Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya dikemudian hari!!

Subhanallah! Sungguh suatu perkara yang hanya dapat difahami oleh orang orang yang bukan sekadar berakal, tetapi juga mempergunakan akalnya.
Blogger: sungguh besar mukjizat AL Quran, rahsia isi dunia ada didalamnya walaupun telah didatangkan 1400 tahun yang lalu. 

Tuesday, November 29, 2011

Wahh Memang panjang Umurnya...

Cerita ini dikongsi dari rakan blogger di blog Lepak Sini


"Jagalah agar hatimu tetap tenang, duduklah seperti kura-kura, berjalanlah dengan riang seperti merpati dan tidurlah seperti seekor anjing." Itulah nasihat yang diberikan oleh Li Chung Yun ketika seorang ketua suku bernama Wu Pu Fei mengundangnya ke rumah dan menanyakan rahsia umur panjang. Li Chung Yun meninggal pada 6 Mei 1933 ketika berumur 256 tahun.

Mr Li tinggal di Sichuan,China dimana umur panjang melambangkan kebesaran seseorang. Pada saat usianya 10 tahun, dia sudah berkelana ke Kansu, Shansi, Tibet, Annam, Siam dan Manchuria untuk mengumpulkan tanaman ubat. Dia terus mengumpulkan tanaman ubat hingga berumur 100 tahun.

Beberapa sumber mengatakan bahawa Mr.Li telah menguburkan 23 isteri dan pada saat meninggalnya dia hidup bersama isteri ke 24. Dari semua isterinya, Li memiliki anak cucu hingga 11 generasi dan berjumlah sekitar 200 orang. Dia juga memiliki kuku yang panjang sekitar 6 inci. Walapun usianya sudah 200 tahun lebih, namun dalam pandangan orang dia kelihatan seperti seseorang yang berusia 60 tahun.

Menurut Mr. Li, dia lahir pada tahun 1736. Namun pada tahun 1930, seorang profesor dari jabatan pendidikan universiti  Chengdu yang bernama Wu Chung Chieh menemukan sebuah catatan dari kerajaan China yang memberikan ucapan selamat kepada Li Ching Yun atas ulang tahunnya yang ke-150 tahun. Ucapan selamat itu diberikan pada tahun 1827. Sekiranya pada tahun 1827 dia berumur 150 tahun, ini bererti catatan kerajaan menunjukkan bahawa Mr. Li lahir pada tahun 1677 dan saat meninggal pada tahun 1933, dia berumur 256 tahun.

Pada saat kematiannya, ucapan dukacita untuk Mr.Li diberitakan oleh media-media ternama dunia, termasuk The New York Times dan Times Magazine.

Sebelum ini, di China juga pernah tercatat seorang yang bernama Chen Jun yang dipercayai meninggal pada usia 443 tahun.

Selama hidupnya, Mr Li dikenali sebagai seorang herbalis dan ahli kungfu. Pada tahun 1749 ketika dia berumur 71 tahun, dia berpindah ke kota Kai Xian untuk bergabung dengan pasukan Cina sebagai pelatih kungfu dan penasihat tentera.

Kisah hidupnya kemudian diceritakan seperti sebuah kisah dari filem-filem silat yang kita tonton. Salah seorang murid Mr. Li, iaitu Master Tai Chi bernama Da Liu menceritakan kisah ini. Pada saat Mr. Li berusia 130 tahun, dia berjumpa dengan seorang petapa di sebuah gunung yang kemudian mengajarinya Jiulong Baguazhang (sembilan naga lapan diagram telapak tangan) dan Qigong (tenaga dalam). Da Liu mengatakan bahawa Mr.Li dapat memiliki umur panjang kerana dia secara teratur melakukan latihan-latihan tersebut setiap hari, secara teratur selama 120 tahun. Sampai saat ini, para pengamal Jiulong Baguazhang moden mengakui bahawa pengetahuan yang mereka peroleh berasal daripada Mr. Li.

Mr li pernah berkata kepada seorang sahabat,"Aku telah menyelesaikan semua hal yang harus diselesaikan di dunia ini, sekarang aku akan pulang." Li Chung Yun meninggal tidak lama selepas itu. Dan sejak itu muncullah Legenda Li Chung Yun, manusia yang berumur 256 tahun.

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...