nuffnang adv

lazada adv

Monday, March 13, 2017

Terengganu My Heritage: Warung kecil tapi lauknya memang awesome...Bandar ...



Terengganu My Heritage: Warung kecil tapi lauknya memang awesome...Bandar ...: Warung kecil ini terletak berhadapan dengan Masjid Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu, iaitu pusat bandar bagi Daerah Setiu. Kunju...

Tuesday, March 7, 2017

Berhabis lebih RM200,000 kerana mahu jadi 'makhluk asing tanpa jantina'

Berhabis lebih RM200,000 kerana mahu jadi 'makhluk asing tanpa jantina'

SEORANG lelaki sanggup berhabis AS$50,000 (RM223,000) demi merealisasikan cita-citanya untuk menjadi makhluk asing.

Vinny Ohh, seorang jurusolek dari Los Angeles, Amerika Syarikat telah menjalani lebih 100 pembedahan untuk memastikan hasratnya itu tercapai.

Ohh kini merancang untuk menjalani pembedahan untuk membuang alat sulit dan pusat, selepas menjalani pelbagai prosedur pembedahan wajah.

Dia juga selesa mengenakan kanta lekap berwarna hitam, yang didakwa menonjolkan lagi identiti 'makhluk asing' seperti yang diingininya.



Portal Toronto Sun melaporkan, Ohh yang berusia 22 tahun mula menjalani pembedahan ketika berusia 17 tahun.

"Saya mahu jadi makhluk asing yang tidak berjantina," kata Ohh kepada portal berkenaan.

Ditanya apa yang membuatkan dia tekad berbuat demikian, Ohh memberitahu, ia bermula kerana kegagalannya untuk menyesuaikan diri dengan orang di sekeliling, selain enggan menjadi mangsa jangkaan luar biasa yang biasa ditetapkan dalam masyarakat.

Ohh bakal menjadi sebahagian daripada rancangan The Plastics of Hollywood, yang akan mengetengahkan bakat-bakat mereka yang obses dengan pembedahan plastik.

 Berita lanjut boleh ke Istagram Vinny Ohh

Berapa kos peralatan elektrik rumah anda bagi setiap jam??

No automatic alt text available.

@FB Bob sharul

Apa yang anda perlu tahu tentang penggunaan setiap peralatan elektrik di rumah anda dan kos?
tengok carta ini.

Penhawa dingin 1hp = 16 sen sejam
Penghawa dingin 1.5hp = 24 sen sejam
Seterika Wap @ steam iron = 26 sen sejam
Water Heater = 55 sen sejam

Jadi boleh lah buat anggaran penggunaan bagi memastikan bil bulanan TNB anda munasabah.

Admin sendiri masih bingung dengan bil bulanan TNB yang dulu sekitar RM120 sebulan telah meningkat kepada RM180 sebulan dan terus meningkat kepada RM250 sebulan dan kini meningkat kepada RM300 sebulan

Peralatan yang dimiliki
2 unit penghawa dingin 1hp ( kadar guna 10 jam sehari)
1 unit mesin basuh automatik
1 unit dryer 6kg
1 unit peti sejuk inverter
1 unit steam iron ( kadar guna 1 jam sehari- pada gari sekolah @ 5x seminggu)
1 unit Elken water filter hot n warm water





Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...