nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label tol. Show all posts
Showing posts with label tol. Show all posts

Friday, March 31, 2017

LPT2 DARI DANA AWAM, KONSESI DIMILIKI PIHAK SWASTA- Kenyataan Media

Image may contain: 1 person, phone and indoor

*KENYATAAN MEDIA*
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu
28 Mac 2017 | 29 Jumadil Akhir 1438H

*LPT2 DARI DANA AWAM, KONSESI DIMILIKI PIHAK SWASTA*

1. Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2) membabitkan perbelanjaan sebanyak RM 4.284 bilion. Keseluruhan sumber kewangan ini dikeluarkan dari Lembaga Lebuhraya Malaysia melalui sumber kewangan RMK9/10 sebanyak RM 1.52 bilion, JKR melalui sumber kewangan RMK9/10 sebanyak RM 0.914 bilion dan melalui sumber kewangan Dana Khas sebanyak RM 1.85 bilion.

2. Jawapan yang dikemukakan oleh Menteri Kerja Raya pada 9 Mac 2017 terhadap soalan YB Ustaz Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali memperincikan jumlah kutipan tol yang bermula 15 Julai 2016 – 31 Disember 2016 memperolehi RM 40.5 juta. Syarikat konsesi yang menguruskan kutipan tol ini adalah LPT2 Sdn.Bhd. Hasil kutipan tol tersebut dibelanjakan oleh syarikat konsesi bagi menampung kos operasi dan penyenggaraan (O&M) dan melaksanakan kerja-kerja pembaikan utama (major repairs work).
 

3. Tempoh perjanjian konsesi ini perlu diketahui umum. Seperti yang dibuat oleh syarikat konsesi PLUS Expressway Berhad yang mengisytiharkan tempoh konsesi mereka berakhir pada 31 Disember 2038. Syarikat konsesi ini telah memulakan perjanjian ini pada tahun 1988-2018, dilanjutkan kembali sehingga tahun 2030 melalui konsesi tambahan pada tahun 1999 atas justifikasi kerajaan tidak menaikkan kadar tol seperti di dalam perjanjian menurut dakwaan mereka. Perjanjian konsesi tambahan ini dilanjutkan sehingga 2038 kali ke tiga yang ditandatangani pada tahun 2005. Bagaimana dengan perjanjian konsesi di LPT 2?

3. Berbalik tentang perkembangan LPT2 yang telah menggunakan kos Dana Khas milik rakyat Terengganu, apakah wajar syarikat konsesi ini melakukan kutipan tol dalam keadaan modalnya datang dari dana awam? Syarikat konsesi untuk LPT2 adalah Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn.Bhd. Syarikat milik penuh Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS Malaysia Berhad). Apakah pihak kerajaan negeri langsung tidak membantah usaha pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia ini?
4. Pihak kerajaan negeri dilihat tidak serius untuk menuntut kembali hak penggunaan duit RM1.85 bilion ini. Hatta mendapat hak pegangan saham antara pemegang konsesi pun tidak diberi muka. Walaupun, pihak Kementerian Kerja Raya pernah mendakwa untuk mempertimbangkan tuntutan ini.
YAB Menteri Besar hanya sekadar mampu merayu sekalipun kos penyiapan LPT2 menggunakan perbelanjaan Dana Khas. Samada berlaku atau tidak rayuan, rakyat tidak mengetahuinya. Apa yang rakyat tahu, setiap KM laluan tersebut akan dikenakan tol RM 0.12.

5. Kami sedar, pihak kerajaan negeri menuntut pembayaran balik kos daripada pihak persekutuan. Meskipun demikian, pulangan yang telah diberikan hanyalah sejumlah RM118.5 juta. Itupun pengembalian dalam bentuk projek. Iaitu menaiktaraf jalan 2 lorang ke 4 lorong di daerah Kemaman dan sebahagian di Marang. Itupun masih merupakan jalan persekutuan.

6. Apakah pihak kerajaan negeri langsung tidak mempunyai hak untuk menuntut agar penjelasan kembali penggunaan Dana Khas sebanyak RM1.85 bilion perlu disegerakan. Setidak-tidaknya, kerajaan negeri perlu mendesak agar kadar tol yang dikenakan boleh dikurangkan dari 0.12 sen/km kepada kadar yang lebih ringan untuk membantu rakyat.
Sekian, terima kasih.

*“Bertekad Melebar Muafakat”*
*“Inilah Penyelesaian Kita”*
Yang benar,
*YB Hishamuddin bin Abdul Karim*
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT)

Admin: Berharap agar kadar tol LPT 2 ini lebih murah dan termurah di Malaysia kerana sebahagian kos pembiayaan LPT ini dibiayai oleh Kerajaan Negeri Terengganu dari duit rakyat dan moga rakyat mendapat manfaat yang terbaik. Bukan mahu PERCUMA tetapi mahu yang sewajarnya.

Saturday, April 5, 2014

Ambil alih lebuh raya beri kesan kewangan lebih RM400 bilion, kata menteri



Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof hari ini berkata Putrajaya  tidak dapat melaksanakan cadangan mengambil alih semua lebuh raya yang beroperasi pada ketika ini kerana ia melibatkan implikasi kewangan tinggi iaitu melebihi RM400 bilion.
Beliau berkata, cadangan pengambilalihan itu juga akan dianggap sebagai nasionalisasi di mana akan memberi kesan negatif kepada pasaran modal dan imej kerajaan di kalangan pelabur terutamanya pelabur asing.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin.
Hanipa dalam soalannya turut meminta kementerian menyatakan jumlah pampasan yang dibayar oleh kerajaan bagi setiap pemegang konsesi tol di semua lebuh raya kerana keengganan menaikkan kadar tol pada masa ditetapkan.
Dalam jawapan itu bertulis itu menyatakan imlikasi kewangan itu adalah berdasarkan kajian dilaksanakan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).
Sementara itu Hanipa dalam sidang medianya berkata kerajaan dilihat selalu memberi jawapan tidak konsisten berhubung isu konsesi dan kenaikan tol apabila menyatakan pengambilahan tersebut tidak menghormati perjanjian.
Katanya sebagai pemegang majoriti saham tertinggi melalui Khazanah Nasional, kerajaan mempunyai kuasa untuk membeli saham tersebut daripada membayar ganti rugi apabila meminta syarikat konsesi menangguhkan kenaikan harga tol.
"Tidak ada kerugian yang berlakunya sekiranya kerajaan membeli kesemua saham itu daripada syarikat konsesi.
"Kerajaan sepatutnya melihat perjanjian yang melibatkan kepentingan rakyat apabila umum ditangguh tidak bermakna duit rakyat tidak gunakan kerana ia akan disalurkan sebagai ganti rugi kepada syarikat konsesi," katanya.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad juga mendakwa dengan angka yang diberikan menteri kerja raya itu menunjukkan bahawa rakyat ditipu oleh Umno.
"Perjanjian amat berat sebelah ini bukan soal langgar perjanjian ini mengenai mencari harga pasaran saya rasa sekiranya kerajaan melanggar perjanjian tidak adil itu saya kira imej negara tidak akan terjejas malah ia akan menyebabkan Malaysia di pandang tinggi," katanya. – 2 April, 2014.
@Malaysia Insider
admin:
Apakah tujuan sebenar lebuhraya diwujudkan? tentunya ia bagi kemudahan rakyat bukan sekadar masa lalau, tetapi masa kini dan masa depan. Akan tetapi apabila kerajaan sendiri yang terikat dengan kontrak bersama pemegang konsesi lebubhraya, padahal kerajaan lah yang menawarkan pembinaan lebuhraya kepada pihak konsesi.
Pihak kerajaan jugalah yang patut memikirkan nasib lebuhraya pada masa kini dan masa depan bagi kemudahan rakyat. Ia bukan bermakna rakyat mahu kerajaan memberi percuma penggunaan lebuhraya, tetapi biarlah ia munasabah dan berpatutan serta berbaloi bagi rakyat untuk jangka masa yang panjang.
Bukan bermakna kita tidak bersetuju dengan apa yang ada sekarang, sememangnya lebuhraya kita diselenggara dengan baik dan pihak konsesi juga mendapat pendapatan tambahan melalui ruang sewa premis perniagaan, dan juga ruang pengiklanan disepanjang lebuhraya.
Kadar sekarang boleh dikatakan agak mahal iaitu RM20.00 bagi 2 jam atau 2 jam setengah perjalanan bagi Lebuhraya Pantai Timur- Jabor -Lancang atau dengan kata lain RM10.00 sejam sejauh 140 km.
Jika dilihat perolehan kewangan setiap syarikat konsesi lebuhraya, semuanya memberi keuntungan lumayan dan yang mendapat pulangan adalah pemegang saham bukan rakyat.

Mungkin untuk dimasa depan, syarat atau terma bagi lebihraya baru perlu diubah agar ianya seimbang terutama kepada pengguna dan rakyat serta tidak juga membebankan syarikat konsesi

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...