| http://pondoksridamai.blogspot.com/ |
Lagi cerita dan kisah berkenaan Tokku Paloh, Ulama terkenal Terengganu
“Terengganu ini ada tuannya. Sila berunding dengan tuannya!(Tokku Paloh)”, titah Sultan kepada wakil British, W.L Conlay.
Tokku Paloh atau nama sebenarnya Sayid Abdul Rahman bin Muhammad Al Idrus adalah ulama kerohanian yang berkecimpung dalam bidang pentadbiran dan diplomatik di Terengganu. Beliau hidup dalam zaman pemerintahan lapan orang sultansilih berganti, paling lama dan paling kuat pengaruh beliau ialah semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu ke-11.
Kerana kewibawaannya, beliau diberi mandat oleh Sultan mentadbir kawasan Palohdan mengawasi kawasan Hulu Terengganu. Beliau juga diterima sebagai penasihat pertama dan utama kepada sultan dalam berbagai persoalan. Beliau tegas dan pintar dalam bidang diplomatik dan sering diberi peluang mewakili sultan berunding dengan pihak British sehingga pada zaman itu British gagal menjajah Terengganu.Tokku Paloh

terkenal sebagai seorang wali Allah yang mempunyai berbagai karamah dan sentiasa mendapat bantuan Allah swt khususnya sewaktu mengendalikan urusan rakyat. Tokku Paloh adalah khalifah Tareqat Naqsyabandiah, dan beliau turut mengamal dan mengembang luaskan ‘Syahadat Tokku’ satu amalan yang disusun oleh ayahnya Tokku Tuan Besar.