nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label pertubuhan peladang. Show all posts
Showing posts with label pertubuhan peladang. Show all posts

Saturday, January 17, 2015

MELABUR DALAM ASB MELALUI PINJAMAN BANK, BAGUS KE?


Hari ini admin ingin berkongsi tentang hangat juga perbahasan tentang baik buruk melabur dalam ASB melalui pinjaman bank berbanding dengan simpan terus tanpa pinjaman.

Artikel ini dipetik dari blog cikgu shamsudin iaitu http://cikgushamsudin.blogspot.com/

Pinjaman Bank ASB ? Baik Hindarkan Segera - Part 1

Ramai juga rupanya dikalangan kawan-kawan admin bertanya tentang hal ini. Membuat pinjaman bank untuk pelaburan ASB; atau mana-mana pelaburan lain dengan cara meminjam bank di bank atau institusi kewangan yang lain dan wang itu dilaburkan semula di suatu tempat untuk tujuan mendapat keuntungan.

Baiklah. Untuk hujah berkaitan halal haram isu pinjam duit untuk menambah duit neh admin serah kepada yang lebih pakar. Banyak hujah tentang aspek agama neh dalam internet. Anda kena rajin google jer. Admin bagi hujah bukan dari aspek agama tetapi dari aspek matematik, iaitu aspek mengira. Ramai malas atau tak tahu nak kira. Jadi admin cuba kirakan. Jika tak betul sila betulkan pengiraan yang admin buat neh...

Andaian pengiraan admin ialah seperti berikut:

1. Pinjaman bank yang hendak dibuat ialah RM100,000 dengan tempoh pinjaman 25 tahun.
2. Kadar dividen diberi oleh ASB ialah 6% setahun sepanjang tempoh. 
3. Dividen atas baki terendah tahunan (bukan atas baki bulanan).
4. Kedua dua pengiraan ialah simpanan / dividen hanya dikeluarkan selepas 25 tahun (tempoh matang).

Admin ambil jadual bayaran balik untuk jumlah pinjaman RM100,000 dari laman web Maybank dengan pembiayaan ASB Financing-i (produk pembiayaan Islamic Maybank). Ini sebagai suatu contoh pengiraan sahaja. 


Berdasarkan jadual di atas, bayaran bulanan untuk RM100,000 bagi tempoh 25 tahun ialah RM598 sebulan. Admin akan bundarkan menjadi RM600. Senang nak kira. 

Jadi, selama 25 tahun anda akan membayar balik kepada pihak Maybank sebanyak : RM600 x 12 bulan x 25 tahun = RM180,000.

Jumlah wang yang anda akan dapat adalah seperti jadual di bawah. Klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas.

Jadual 1

Berdasarkan jadual 1 di atas, dengan andaian-andaian yang diberi seperti diperenggan awal, jumlah wang yang akan anda dapat ialah RM429,187 iaitu jumlah wang pinjaman RM100,000 di tambah dengan dividen selama tempoh itu (25 tahun). Banyak bukan ?

Anda silap. Itu bukan jumlah bersih yang anda dapat. Setiap bulan anda membayar RM600 untuk pinjaman bagi mendapatkan wang RM100,000 itu. Kosnya ialah RM180,000 bagi tempoh 25 tahun itu.

Hasilnya, pendapatan bersih anda ialah hanya RM249,187 sahaja.

Sekarang, andaikan pula jika anda menyimpan sendiri RM600 setiap bulan tanpa membuat apa-apa pinjaman dari bank.

Simpan secara konsisten selama tempoh yang sama seperti pengiraan di atas, iaitu selama 25 tahun dan renungkan jadual di bawah (jadual 2).

Jadual 2

Dalam jadual 2, memang dana permulaan anda sangat rendah. Hanya berjumlah RM7,200 untuk tahun pertama. Teruskan menyimpan secara konsisten dan hasilnya pada akhir tempoh 25 tahun itu, wang anda ialah sebanyak RM395,024. Cara kira dividen admin gunakan cara baki terendah tahunan untuk memudahkan pengiraan. Jika guna baki terendah bulanan jumlahnya akan lebih tinggi. Selain itu, admin abaikan dividen untuk tahun pertama tersebut. 

Adakah anda perlu membayar RM180,000 untuk pinjaman bank ? Sudah tentu tidak kerana anda tidak membuat apa-apa pinjaman. Ia adalah wang anda sepenuhnya. 

Berapa beza jika anda membuat pinjaman bank dengan menyimpan secara konsisten?

RM395,024 - RM249,187 = RM145,837

Bagi admin, ia adalah jumlah yang sangat banyak. Secara purata, ia berjumlah RM486 sebulan !

Jika anda bercadang untuk membuat pinjaman untuk pelaburan seperti ASB, admin cadangkan untuk anda hentikan niat tersebut dan mulalah menyimpan secara konsisten tanpa membuat apa-apa pinjaman bank. Namun begitu, ini hanyalah pengiraan secara matematik sahaja. Faktor yang lain perlu diambil kira juga. 

Pinjaman Bank ASB ? Baik Hindarkan Segera - Part 2

Ini adalah untuk menerangkan dengan lebih lanjut berdasarkan post sebelum ini - klik di sini - yang mana ada beberapa bahagian atau persoalan yang rasanya perlu diterangkan.

Antaranya seperti berikut:

1. Dividen ASB tak pernah rendah dari 6%. 

Memang betul. Dividen ASB dari tahun 1990 hingga 2014 boleh dilihat di post yang neh - klik di sini. Memang lah dividen ASB itu lebih tinggi dari 7%, tetapi dah diberitahu ia hanya andaian untuk suatu pengiraan. Ia hanya untuk mengira sahaja dan ambil 6% untuk kira 2 cara pelaburan. Malah jika letak dividen 7% atau 8% dan ke atas / atau peratus yang lain, jumlah perbezaan antara 2 kaedah itu akan lebih besar. 


2. Kenapa kena tolak RM180k ? 

Jika dah namanya meminjam, maka wang itu sudah tentu kena tolak. Ia bukan hak kita lagi. Ia hak bank yang memberi pinjam. Jadi nilai yang tertulis di buku pelaburan itu bukan nilai bersih yang sebenarnya. Jadi kenalah tolak. Dari mana datangnya kos RM180k tuh ? Ia datang dari ansuran bulanan yang kita bayar RM600 tiap-tiap bulan tuh. RM600 x 12 bulan x 25 tahun = RM180k.


3. Kenapa guna RM600? Dalam jadual kan hanya RM598. Kalau 25 tahun dah berapa? Jadi admin kira salah. 

Dah diberitahu awal-awal yang admin memang bundarkan ke ratus terdekat. Beza RM2. Cuba kira sendiri berapa untuk 25 tahun. RM2 x 12 bulan x 25 tahun = RM600 sahaja. Tak banyak beza atau memberi kesan pon ke atas pengiraan tuh. Jika kira dividen untuk RM2 tuh pon tak sampai beri ralat sampai RM3k.


4. Pengiraan untuk simpanan bulanan (simpan sendiri) kira salah untuk dividennya sebab dividen dikira atas baki bulanan. 

Yang neh pon dah cakap awal-awal. Untuk memudahkan anggaran kira guna baki tahunan jer. Sebab itu jika dilihat pada jadual 2, tiada dividen untuk tahun pertama. Jika dikira dividen untuk baki bulanan, maka nilai perbezaan akan lebih besar. Nak kira guna baki bulanan boleh kira guna mesin kira automatik di pautan yang diberi di bawah (rujuk no. 6). 


5. Saya rasa untung jika dapat RM100k. Lepas tahun ke 2 saya bayar loan guna dividen jer. Tak payah bayar bulan-bulan. Jimat.

Ia tak jimat pon sebenarnya. Kos RM600 tetap berjalan seperti biasa walau kita secara fizikalnya tak keluarkan duit sendiri. Malah ia akan merendahkan pendapatan terkumpul di hujung tempoh 25 tahun. Kiraannya seperti ini:

Dividen 6% x 25 tahun x RM100,000 = RM150,000
Pinjaman diperolehi (sebab dah matang) = RM100,000, Jumlah = RM250,000.

Tolak bulan bulan bayar bank = RM180,000

Bakinya hanya = RM250,000 - RM180,000 = RM70,000.

Jauh lebih rendah. 

Admin tak akan kira beza jika simpan sendiri dan tiap hujung tahun keluarkan dividen. Sebab cara perbezaan itu tidak adil sebab "tiap-tiap bulan kena bayar bank RM600". Kena fahamkan kos bank neh. Di sinilah ramai keliru sebab mereka selalu abaikan kos bank / kos pinjaman.


6. Secara mudahnya begini. 

Bank kenakan kadar faedah pinjaman berapa % ? Saya tak pasti. Mungkin 5%, 6% atau lebih. Atau kurang. Yang neh kena rujuk bank sendiri. 

OK katakan ambik 5%. Dividen ASB berapa ? Katakan 7%. Beza berapa ? Anda hanya dapat 2% jer selepas bayar loan bank - secara kasar. Bayangkan dividen ASB anda 2% jer selepas tolak kos bank. 

Sedangkan kawan lain simpan secara konsisten dapat 7% dividen bersih. Tak ada kos bank. 

Pada suatu masa terdapat titik persilangan antara loan bank dengan simpanan secara konsisten. 


Untuk kira dividen secara baki bulanan boleh gunakan kalkulator online di web yang berkaitan. Antaranya pautan berikut:




Kiralah sendiri. Buat perbandingan. Bagi pinjaman bank jangan lupa untuk tolak kos pinjaman tersebut. Saya dah buat pelbagai pengiraan untuk pelbagai jumlah pinjaman seperti 30k, 40k dan sebagainya. Hasilnya, simpanan secara konsisten lebih baik berbanding membuat pinjaman bank untuk pelaburan ASB (atau lain-lain pelaburan berasaskan simpanan). 


7. Komen di blog.

Semua bebas beri komen di blog neh. Tapi sila beri komen positif. Komen negatif saya tak layan, pada masa yang sama tidak juga di delete. Banyak komen masuk tapi tak sempat nak reply semua. Tambahan pula dunia kewangan dan perbankan neh bukan perkara utama yang perlu saya layan.

Saya dapati ada yang bagus beri komen, malah memberi cadangan. Ya, memang betul pengiraan saya kurang tepat sebab hanya menggunakan MS Excell. Pengiraan yang lebih tepat sila guna kalkulator di pautan di atas. 

Saya juga tak akan terangkan lagi kenapa dapat RM429k tapi merugikan banding dapat RM395k. Perkara neh telah diterangkan di jadual 1 dan jadual 2. Mungkin anda perlu baca berkali-kali dan fahamkan.

Ramai (berdasarkan komen) yang tak sedar dia membayar ke bank tiap bulan jika berhutang. Itu adalah kos. Tak apa lah jika membayar ke bank itu lebih berkomitmen berbanding menyimpan sendiri. Tapi agak pelik sebab kita boleh pula patuh dan taat menyimpan dengan bank seolah olah bank itu tuan kita sedangkan kita ada pilihan untuk menjadikan diri kita sendiri sebagai tuan atau taat kepada diri sendiri (dari aspek menyimpan wang).


8. Kakitangan awam

Tadi ada ternampak komen berbaur negatif. Seolah "dengki" dengan penjawat awam atau guru. Post ini tidak ada kaitan dengan kerjaya atau status saya sebagai penjawat awam. Sila komen dengan lebih positif lagi di masa hadapan. Malah blog ini adalah blog pendidikan. Sumber carian bahan seperti bank soalan / latihan dan bahan untuk pendidikan. Hanya ada beberapa post berkaitan sosial, kepenggunaan dan kemasyarakatan.


9. Saya tak kaya untuk simpan RM600 sebulan.

Ini bukan soal kaya atau mampu atau tidak. Ini adalah kesedaran masyarakat untuk tidak berhutang untuk menghasilkan simpanan. Tak mampu dengan jumlah RM600, kira untuk jumlah yang lebih kecil. RM100, RM200 dan setakat mana kemampuan sendiri. Mesin kira dah ada di pautan di atas.

Malah untuk pinjaman RM30k dengan tempoh matang 10 tahun, ansuran RM323 sebulan pun saya telah kira. Hasilnya sama. Simpan secara konsisten lebih baik. Itulah kesimpulannya.

admin: berdasarkan pengalaman admin dalam menguruskan dana unit trust, melabur dalam ASB melalui pinjaman bank adalah sesuatu yang perlu di elakkan, ini kerana kadar interest yang dikenakan bank dan belum dicampur dengan kadar inflasi semasa boleh membuatkan kita hanya mendapat pelaburan pokok dengan sedikit keuntungan dan apa yang paling merugikan adalah nilai wang kita pada masa matang yang berkemungkinan akal mengecil dan menyusut.

Pada pandangan perbadi admin, bagi pegawai kerajaan, jika mereka ingin juga melabur melalui pinjaman, adalah lebih baik membuat pinjaman peribadi yang mengenakan kadar keuntungan yang rendah seperti Bank Rakyat untuk dilabur dalam unit amanah mahupun koperasi. Berbanding dengan membuat pinjaman terus dengan institusi bank untuk dilabur dalam ASB. (soal hukum pelaburan ASB kita ketepikan dahulu)


Secara umumnya dana Syariah yang stabil  unit amanah mampu memberi  pulangan di antara 8% hingga 12% . dan jika kita ambil kadar keuntungan 4% yang dikenakan oleh bank dan 1.5 hingga 2% adalah kadar inflasi, kita masih mempunyai minimum 3% keuntungan bersih dengan kadar pulangan 8%.

Dan satulagi  instrumen adalah melalui koperasi di mana ia mampu memberi pulangan sehingga 10 hingga 13%. Di antara contoh terdekat adalah melalui Pertubuhan Peladang Kawasan yang terdekat dengan anda. Dengan menjadi ahli PPK, anda bukan sahaja layak melabur, malah turut mendapat manfaat yang lain seperti khairat kematian, bantuan haji, hadiah kecemerlangan anak-anak dalam UPSR, PMR, mahupun SPM.

Malah anda juga berpeluang mendapat kemudahan kredit jika anda berminat menceburi bidang pertanian serta pinjaman mudah pertanian melalui Tabung Pembangunan Usahawan.

Bagi admin, sebolehnya kita cuba mengelak pelaburan yang meragukan dan sekarang banyak sekali alternatif bagi pelaburan yang patuh syariah berbanding dengan awal 90 an. Kita yang memilih untuk patuh syariah. Insyalah keberkatan akan datang pada harta kita.

Sunday, January 23, 2011

PPK Sri Medan, Johor... Berbakti dan Hasil Usaha Untuk Peladang

Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Medan, Johor di antara PPK yang berjaya di Johor. Dengan mempunyai 24 buah unit peladang dan 3413 ahli telah dapat mengumpulkan modal saham ahli berjumlah RM881,490 untuk di jana sebagai modal perniagaan PPK.

Di antara projek ekonomi PPK Sri Medan adalah:
  • Pemasaran BTS Kelapa sawit dan pengangkutan
  • perniagaan input pertanian
  • perkhidmatan pemajuan dan khidmat sosial
  • perkhidmatan simpanan dan kredit
  • perniagaan BP (kedai peladang)
  • Pembangunan Tanah terbiar ahli
  • SKLT
  • Kerja kontrak
  • Projek semaian benih kelapa sawit
  • Projek pembangunan usahawan
  • projek korporat iaitu projek ternakan kambing bebiri dan tanaman dusun buah-buahan campuran
Di antara aktiviti utama PPK Sri Medan adalah melibatkan Tanaman Kelapa sawit samada pengurusan ladang, pemasaran BTS, pusat timbang , pengngkutan dan sebagainya. Ia meliputi 85% daripada aktiviti ekonomi  keseluruhan PPK.

Di antara projek yang melibatkan pembangunan tanah ahli adalah:
  1. pemasaran hasil kelapa sawit ahli yang melibatkan keluasan 3000 ekar
  2. projek pembangunan tanah ahli Tg Sri Muda seluas 911 ekar
  3. Pembangunan tanah ahli seluas 1000 ekar
Hasil daripada pemasaran BTS membolehkan PPK Sri Medan  menjana pendapatan 2010 sebanyak RM31 juta dengan keuntungan lebih RM624,000 dengan hasil yang dipasarkan sebanyak 57,000 MT.

Begitu besar sekali peranan PPK dalam memajukan projek yang melibatkan ahli-ahli peladang di mana segala hasil peladang dapat dipasarkan melalui PPK.

Projek-projek lain juga seperti pengangkutan BTS serta Semaian Kelapa Sawit turut bmenyumbangkan keuntungan kepada PPK dan dipulangkan dalam bentuk dividen dan bonus kepada modal saham ahli.

Tahniah diucapkan kepada pengurusan PPK Sri Medan di atas usaha memajukan projek dan juga sosio ekonomi ahli.

(Taklimat Pengurus Besar PPK Sri Medan, Haji Ramli Bin Tambi sempena lawatan Peserta Seminar industri Sawit pada 18 Januari 2011)

Monday, January 17, 2011

Pertubuhan Peladang Negeri Johor, Model Pembangunan Peladang Yang Terbaik

Pertubuhan Peladang Negeri Johor atau PPNJ adalah badan induk gerakan Pertubuhan Peladang atau PP di negeri Johor. Ia telah menyatukan dan menggembleng seramai lebih 78,000 ahli peladang dalam 28 buah PP di negeri Johor.

PPNJ telah berjaya mengumbul modal daripada ahli peladang melalui PP sebanyak RM13 juta dan telah menjalankan perniagaan dengan isipadu melebihi RM600 juta setahun. RM480 juta atau 80% adalah dari industri kelapa sawit yang melibatkan ahli-ahli peladang.

Aktiviti ekonomi PPNJ adalah:
  • perladangan
  • perkilangan
  • pemasaran
  • pelaburan hartanah
  • hub industri makanan halal
  • kompleks IKS PPNJ
  • pelaburan anak syarikat
  • pembekalan input dan bahan tanaman

Manakala aktiviti sosio ekonomi ahli adalah:
  • program integrasi sawit
  • program inyegtarsi unggas
  • program integrasi ruminan
  • program integrasi buah-buahan
  • Dana Pembangunan Peladang Johor (DPPJ)
  • program pembangunan dan pemindahan teknologi
  • program sokongan modal pusingan ahli
  • bank tanah

Manakala aktiviti sosial ahli adalah skim perlindungan peladang, pendidikan, aktiviti pengembangan dan skim kebajikan.

Anugerah yang dicapai oleh PPNJ adalah:
  •  Anugerah Kualiti Perdana Menteri 1994
  • Anugerah Pengurusan Projek Terbaik LPP 1996
  • Mendapat Sijil ISO 9001:2000
  • ANugerah Kualiti Perdana Menteri 2003

PPNJ telah berjaya melaksana transformasi kepada ahli peladang dalam meningkatkan taraf sosio ekonomi ahli. Matlamat ini dicapai dengan perlaksanaan program berasaskan rantaian projek yang lengkap.

Adalah amat wajar sekali PP lain mengambil contoh dan inisiatif sebagaimana program dan projek yang telah dilaksanakan di PPNJ yang bukan sahaja membantu ahli-ahli peladang malah menjadi pencetus kepada kemajuan ekonomi negara serta komoditi dan makanan negara seperti padi, kelapa sawit getah dan sebagainya.

( artikel ini di rumus dari kertas kerja PPNJ oleh Pengurus Besar PPNJ  Encik Rahman Ismail.)

Sunday, January 16, 2011

Seminar Pemantapan Industri Kelapa Sawit Pertubuhan Peladang Peringkat Kebangsaan 2011 di Batu Pahat Johor

Kini blogger berada di Batu Pahat Johor menghadiri satu seminar sebagaimana tajuk di atas. Ianya amat penting kepada ekonomi Melayu Islam kita supaya pengembelengan sumber dapat dioptimumkan dikalangan para peladang di Malaysia.

Walaupun ianya hanyalaha 1% lebih daripada hasil kelapa sawit negara, ianya melibatkan 78 pertubuhan peladang di seluruh negara dengan keluasan kawasan 58,897 hektar (+- 145,000 ekar) dengan penglibatan lebih 13,800 ahli dan penghasilan hasil lebih RM160 juta setahun.

Ianya boleh berkembang dengan lebih pesat serta penglibatan lebih ramai peladang dalam industri kelapa sawit dengan pelan tindakan yang lebih pro aktif daripada pertubuhan peladang yang terlibat.

Seminar yang dianjurkan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Negeri Johor telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah LPP Dato' Arpan Shah Bin  Satu telah dihadiri oleh 180 orang pegawai pertubuhan peladang dari seluruh negara.

Resolusi daripada seminar ini dijangka  akan dapat meningkatkan industri kelapa sawit daripada ahli dan pertubuhan peladang itu sendiri- 16 Jan- Hotel Katerina, Batu Pahat, Johor

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...